Tuesday, April 17, 2007

MACHAP selepas by-election

Sudah 5 hari pilihanraya kecil DUN Machap N8 berlalu.Pesta menyambut kemenangan sudah fizzle-out. Keadaan Machap sudah hampir kembali normal.

Namun pemenang sebenar Machap semua tersenyum lebar dari telinga ke telinga.
Pemenang sebenar by-election ini adalah penduduk tempatan.Mereka di'jamu' besar. Segala hajat di penuhi.Ramai pembesar melawat mereka. What more can the rural folks ask?

Harian Metro Sabtu 14April melapurkan(oleh Yusri A.Malek):
"Pilihanraya kecil ini juga membawa seribu rahmat kepada penduduk Machap kerana mereka menerima pelbagai limpahan pembangunan dalam tempuh 2 minggu selepas kematian mendiang Poh pada 15 Mac lalu.

Sebanyak 16 jalan utama dalam kawasan itu diturap.1200 tiang dan lampu jalan baru dipasang,lebih 10 rumah dibawah PPRT dibina,masjid dan surau dinaik taraf.

Mereka juga mendapat 2 taman rekreasi menghadap Empangan Durian Tunggal bagi membolehkan mereka beriadah pada waktu petang dan hujung minggu.

Semua pembangunan itu mendapat peruntukan terus daripada Kerajaan Pusat berjumlah RM3.5juta.

Boleh dikatakan setiap inci kawasan Machap diberi peruntukan dan tidak keterlaluan dikatakan penduduk Machap gembira dgn pemberian ini.


Orang Asli juga tidak terkecuali,apa permohonan yang diminta,termasuk alat kugiran diluluskan kerajaan negeri tanpa banyak soal.

Ya,memang penduduk Machap beruntung. Kita yakin selepas ini penduduk Ijok juga akan beroleh untung.Tak tahu berapa juta akan kerajaan Pusat lemparkan ke Ijok.Tak tahu berapa banyak Khir Toyo sanggup berbelanja utk menyimpan Ijok.
tak tahu berapa banyak 'lalat-lalat' akan memperolehi habuan di Ijok.

Selamat datang Ijok.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

6 comments:

Kata Tak Nak said...

Penduduk Ijok, mintak mintak dan anda akan dapat. Kalau lah saya pengundi di Ijok saya nak mintak satu benda saja. Boleh tak BN tak bertanding? Hai kata 'your wish is my command?'

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
I'm not sure if you had received this when I sent it last night but if you haven't, just to let you know ...
Congratulations! You have won a Thinking Blogger Award. Please collect your blog-sticker and list of rules at my blog.
Thank you.

tokasid said...

Kata tak nak(Say No):
yang lain aku rasa semua depa buleh penuhi.Tapi hat last yg suruh depa jangan betandin tu aku rasa jin depa kata tidak buleh di makbulkan.Aku nak tengok apa lagi depa nak muhong rakyat.

Fauziah: An award for me? TQ.But Thinking Blogger Award?Tak layak kot bagi saya.Kalau Blogger Merapu Award layak lah.

drzeze said...

salam to Tokasid,

betui kata u,kemenangan sebenarnya adalah penduduk Machap sendiri.
Tapi nak tegelak guling guling gak tengok dalam suratkabar hinggakan kepala paip bomba pun depa nak resmi..hahahaha siap bubuh reben lagi.Membazir masa Ketua Menteri!

Jangan la berulang lagi di IJOK mama dah tak larat gelak dah.Jangan jangan kepala paip air kat surau pulak lepas ni.

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Merapu untuk membuka minda untuk berfikir. You are deserving of the award.
Can I expect a melodramatic acceptance speech like that of CGOPD?

A Voice (of Another Brick in the Wall) said...

Buat DAP, sedap sekejap aja. BIla dema ingat Machap serupa macam Melancap ... sekejap.

Mak ai .. mencarut pagi jumaat ni.

Bro, gua sudah update cerita Hiouse in House II. Ada passage tertinggal.