Friday, April 20, 2007

TIRU macam THIRU??


"Jangan tiru macam Thiru"

Thiru: Ketua bahagian MIC yang go head go stan di Ijok


Bila diketahui nama nya tidak di calonkan sebagai calon BN/MIC di buy-election Ijok, Thiru selaku Ketua bahagian Kuala Selangor telah merajuk, marah,gundah gulana,haru-biru dan remuk hatinya kerana segala impian untuk menjadi YB telah berkecai punah ranah. Nama lain yg dipilih oleh Samy Vellu.Seorang yang lebih muda dan lebih tinggi pelajaran dari Thiru.
Tapi Thiru tahu dia tidak boleh berbuat apa-apa dalam hal menjadi calon ini. PM 'pencari al-Ghazali' telah merestui pilihan Samy Vellu.
Dengan amarah dan kecewa,Thiru mungkin ingin 'mengajar' Samy Vellu,MIC dan BN kerana mengetepikan nya.Lalu dia mengisytiharkan keluar dari MIC dan melepaskan jawatan Ketua Bahagian.Ini adalah tindakan mengugut yang nekad oleh Thiru. Beliau tahu pasti jentera pilihraya BN di Ijok akan sedikit goyah. Mungkin beliau menjangkakan Samy Vellu akan panik nak kecut teloq dgn ugutannya.
Namun selepas 2 hari, Thiru menjilat balik ludahannya sendiri setelah samy Vellu dengan terang2 di media tidak akan memujuk Thiru untuk kembali ke dalam MIC. Perkembangan ini pasti telah mengecutkan lagi teloq Thiru yang sudah kecut/Dah melisut.
Pada umur 55,dan mempunyai jawatan tertinggi di MIC Kuala selangor thiru sebenarnya rugi dalam ugutannya. Beliau baru nampak dgn tindakan itu beliau tidak masyuk apa-apa hasil taburan buy-election. Jadi merangkaklah Thiru semula ke dalam machinery BN.
Pesanan Samy Vellu kepada ahli-ahli MIC: Jangan tiru macam Thiru!

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

6 comments:

mokk said...

Salam..
itu semua "money matters" mamat..

Mata jadi kelabu...bila berdepan dgn duit...

bakaq a.k.a ~penarik beca said...

Badak bertampung pekak badak dulu pun macam Thiru...

Ingat dak?

de_kerinchi said...

salam tokasid,

sebenarnya pemimpin macam Thiru ni, memang wujud dah lama dah, sebab itu nama nya Thiru, yang silap nya dia ni meniru benda tak elok...

Unknown said...

'Tadak ini surat kabar sudah ada silap cakap la. Saya cakap ayoyo samy jangan bagi saya jadi YB la, saya tak tau buat kerja. Bagi sama orang muda la, saya sudah tua, tamby pun tak boleh naik. Itu calaka punya paper sudah pusing saya punya cakap. Saya banyak marah la sekarang. Ayoyo itu Samy serupa saya punya tuhan jugak mana saya boleh cakap itu macam sama dia. Ceh, ceh, ceh jahat punya orang banyak ada, sumua mau kasi orang lawan.
Aisay Samy, the press misreported me la, I swear I tell you I never say anything like that la. You are like god to me la Samy, samy? samy? why quite only? why? you angry at me ah?

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Why should I vote for Thiru if he is the candidate to contest for Ijok when his involvement in politics is not to serve the constituents but Samy Vellu?
This is what voters should do. Evaluate the candidate before you cast your vote.
Ijok should be interesting to watch.

tokasid said...

Salam to all.TQ for the responses.

Mokk: betoi hang kata. U have seen a lot in Bumi Kenyalang kan.Nice for meeting you and the old clique last night.Tak tau biola akan ada peluang macam tu lagi kan.

Bakaq: Awat tak ingat pulak.Masa tu kat kampus kami dok gebang pasai team A team B saja. Badak yg sheioh cari ikut Ku Li tapi mai masuk balik. So tiru macam Thiru ka Thiru tiru dia??

de_kerinchi: yes bro.Orang macam ni melambak dalam politik.Macam boleh jual kat Petaling street atau pasar malam saja.Macam mokk kata...ni semua pasal duit.
Bagi aku dalam politik u kena ada prinsip.And u stick to that. Melainkan jika prinsip dan wadah berubah atas dasar ilmu bukan wang.

Kata tak nak: Cikgu,...that another possibility of the conversation. Knowing how SV rule the party..yes some of the members think he is GOD.

Fauziah: Agree. But do you seriously think most of our wakil rakyat really wanted to serve the rakyat? Me think they are serving their presidents and their bank accounts. Knew a few of them.