Friday, August 10, 2007

Tazkirah Jumaat: Murah Rezeki

Salam to all. Sempena hari Jumaat aku sertakan beberapa perkara yang boleh melapangkan rezeki kita(bukan duit saja tau). Aku dapat dari sini


AMALAN dan DOA murah REZEKI


1) Membaca SURAH AL-WAQIAH

- Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة

"Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
(Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).



- Sabda Rasulullah SAW:

سُوْرَةُ الوَاقِعَةِ سُوْرَةُ الغِنَى فَاقْرَؤُوْهَا وَعَلِّمُوْهَا أَوْلاَدَكُمْ

"Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.”
(Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).



2) Membaca SURAH AL-IKHLAS:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ، اللَّهُ الصَّمَدُ ، لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يُولَـدْ ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ

"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".”

- Sabda Rasulullah SAW:

Sesiapa yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran daripada ahli rumahnya dan jirannya.
(Daripada Jarir bin Abdullah: Kanzu al-‘Ummal, Mu‘jam al-Tabarani; daripada Ibn Mas‘ud: Mujma‘ al-Zawaid)



3) قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ ، وَتُعِزُّ مَن تَشَاء ، وَتُذِلُّ مَن تَشَاء ، بِيَدِكَ الْخَيْرُ ، إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ، تُولِجُ اللَّيْـلَ فِي الْنَّهَارِ ، وَتُولِجُ النَّـهَارَ فِي اللَّيْلِ ، وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ ، وَتُخْرِجُ الْمَيِّـتَ مِنَ الْحَيِّ ، وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَـابٍ ، رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَرَحِيْمَهُمَا ، تُعْطِي مَنْ تَشَاءُ مِنْهُمَا وَتَمْنَعُ مَنْ تَشَاءُ ، اِرْحَمْنِي رَحْمَةً تُغْنِيْنِي بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سِوَاكَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di dunia dan akhirat. Engkau memberi kedua-duanya kepada sesiapa yang Engkau mahu. Engkau menahan kedua-duanya terhadap sesiapa yang Engkau mahu. Rahmatilah aku dengan suatu rahmat yang mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMu.”



4) وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.”

- Sabda Rasulullah SAW:

” Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa sebagai suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga.” Kemudian Baginda membaca ayat di atas.


5) الَّلهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ ، وَاغْنِنِي بِفَضلِكَ عَن سِواكَ

“Ya Allah, ya Tuhanku! Cukupkanlah aku dengan suatu yang halal berbanding suatu yang haram yang telah Engkau tetapkan. Dan berilah aku kekayaan dengan kelebihan daripada Engkau berbanding selain Engkau.”


- Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: “Aku mahu mengajar kamu kalimah yang diajar oleh Rasulullah kepadaku. Jika engkau menanggung segunung hutang tentu Allah akan tunaikannya. Bacalah:
اللهم اكفني بحلالك... (Doa di atas).”
(Riwayat daripada ‘Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib).



6) الَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ البُخْلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّينِ وقَهْرِ الرِّجَالِ
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

- Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pada dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن... (Doa di atas). Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.”
(Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).


7) Sabda Rasulullah SAW:

الَّلهُمَّ فَارِجَ الْهَمِّ ، كَاشِفَ الغَمِّ ، مُجِيْبَ دَعْوَةَ الْمُضْطَّرِّيْنَ ، رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَرَحِيْمَهُمَا ، أَنْتَ تَرْحَمُنِي فَارْحَمْنِي بِرَحْمَةٍ تُغْنِيْنِي
بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سَوَاكَ

"Ya Allah, Yang Meleraikan dukacita, Yang Melapangkan kekusutan, Yang Menyahut seruan orang yang susah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di dunia dan akhirat, Engkau mengasihi aku, maka rahmatilah aku dengan suatu rahmat yang mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMu.”

Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA katanya: “Abu Bakar datang kepadaku lalu berkata: Adakah engkau telah mendengar daripada Rasulullah SAW sebuah doa Baginda ajarkan kepada. Aku bertanya: Apakah doa itu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryam mengajar sahabat-sahabat baginda: Seandainya sesiapa di kalangan kamu yang berhutang sejumlah emas satu bukit lalu ia berdoa dengan doa ini nescaya Allah tunaikan untuknya.” Kata Abu Bakar: “Aku telah berdoa dengan doa tersebut lalu Allah memberikan aku suatu ganjaran sehingga aku dapat melangsaikan hutang aku.” Kata ‘Aisyah: Aku pernah menanggung hutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lama kemudian Allah memberi rezeki kepadaku sehingga aku dapat bersedekah dan mewariskan harta.”

(Riwayat al-Bazzar, al-Hakim dan al-
Asbahani)


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih la

12 comments:

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Al-Quran tu sebaik-baik encyclopedia bagi manusia.

ZABS said...

Semoga tuan TA diberkati. Senjata yang paling baik bagi orang Mukmin ialah berdoa. Semoga kita renong2kan dan selamat beramal. InsyaAllah

Anonymous said...

Salam brother TA,

Tiap2 jumaat mesti nak datang sini. Suka. Takzirahnya tak extreme, enak didengar. Illustration pun cantek...

Teringat betapa beruntungnya kita... tapi selalu lupa DIA kan?

God weekend TA

tokasid said...

Salam to all.

Fauziah: U are right. Not only is al-Quran like an encyclopedia pun more of a guide to all beings.

Last weekend I attended a kuliah at Marinara building by Dr Abdullah Yassin. Dalam Q&A ada jamaah tanya about us reading the Quran tapi masih punyai masaalah and about Qarin( our satanic companion).
Dr Abdullah said: Syaitan(via Qarin his balaci) will influence not to learn reading the Quran. If we persisted and learned, syaitan says : its okay! Lets not let him/her read it regularly. If we read regularly,syaitan says:its okay. Lets no he/she understand what they read. If we read and understand the Quran(by going to tafsir classes), syaitan will say: its okay.Let him understand but lets no he practice/amal what he understood. If we practice/amal what we know from the Quran,syaitan will say: its okay.Let only him practice it.Lets not let him teach to others.
So you see, syaitan is one being who is very deligent and never gives up easily.
To reduce the influence of syaitan we are taought by Nabi s.a.w. to say the ta'awuz( "A 'uzubillahi minashaitonnirrojeem) and Basmallah before doing something.

Pak zabs: betul to pak. They power of doa if very strong.Kita tak tahu bila ALLAH akan perkenankan tapi most of the time diperkenankan pada waktu2 yg tidak kita jangka. As Muslims we are asked to always make the doa,at bad times and good times.If we remember the story of Yunus as in the whale, we'll understand the power of a doa. have a good weekend pak.

Elviza:
TQ for making the Tazkirah your weekly reading. I really need reminders because of my shortcomings. And I like to share/spread with others.Ilmu tak boleh simpan sorang2.
Are U on BP medication or no? Have a nice weekend and jangan naik tree house selalu sangat eh!

Unknown said...

Bro, Like Elviza, I also make sure evry Friday to visit your blog... alhamdulillah ilmu2 sebegini memang saya begitu inginkan, sebagi peringatan dan amalan... Terima kasih kerana sentiasa memberi sesuatu yang baru utk saya jadikan panduan...

Jazakallah and salaam.

tokasid said...

Raden:

InsyaALLAH will do it weekly selagi termampu.Tengah nak baca your Drama posting. Mungkin sambung after solat jumaat nanti.

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
adakalanya terasa terlalu kerdil diri ini bagi mengharungi dunia yg terlalu luas dan fana utk sampai ke alam yg kekal. bayangan alam barzakh sudah menimbulkan persoalan. "luluskah aku utk meniti talian kemudiannya". ilmu setitik dari khazanah lautan memampukankah aku menjadi setidak-tidaknya ketua bagi isteri dan anak-anakku. Ya Allah.Keampunanmu adalah doa kami.

Mior Azhar said...

Assalamualaikum Tokasid,
Dah lama saya membaca entry di sini baru kali ni tergerak nak comment.
Benar sekali bagai dientrykan. Tapi yang penting amalannya, tak begitu. Dulu pernah sekali saya amalkan Surah Waqiah, alhamdulillah memang lapang rasa hidup walaupun dilanda kesulitan duit. Must start again and istiqamah. InsyaAllah.

Anonymous said...

Tokasid
Seperti saudara kita sebelum ini, saya berpendapat tazkirah ini membawa banyak pengetahuan. Teruskan. Semoga mendapat pahla dan keampunan.

tokasid said...

Afrar:

Sebenarnya kita semua memang amat kerdil. Macam saya sendiri, amal kurang tapi rasa macam bagus saja. Ilmu tiada tapi rasa macam pandai saja. nasihat pandai tapi sendiri nak buat tak termampu.
La Huwla Wala.....jadi sebutan kerana memang tiada daya dan upaya saya melakukan apa saja melainkan dengan izinNya jua.

tokasid said...

Salam saudara Mior azhar:

Memang yang penting ialah amalan yang ikhlas untuk mendapat keredhaan,keberkatan dan limpahan rahmat dari ALLAH. Tetapi setiap amalan mestilah berdasarkan apa yg Nabi s.a.w. tunjukkan kepada kita.

macam saya.....surah al-waqiah amat jarang saya baca. Dengan menghantar p[osting ini adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri sebenarnya selain berkongsi ilmu yg amat sedikit ini.

tokasid said...

Salam anonymous:

Terima kasih jika coretan itu memberi menafaat.