Saturday, August 4, 2007

Kalau lah.........


UPDATE: Dapat pesanan dari Cerita ibu tentang kehilangan En. Salhi (bekas pelajar MCKK) sejak pertengahan July 2007. Sila lihat kat sini dan tang ni dan tang ni jugak untuk kisah lanjut.
Sama-sama di doakan agar En Salhi ditemui dan dapat semula ke pangkuan keluarga beliau.
Terima kasih.






Gerbang maghrib
foto: tokasid



Petang tu( few weeks ago) dia singgah di tempat kerja aku. Mukanya sugul tak macam selalu.Aku dah tak jumpa dia hampir 2 minggu tapi aku noticed air mukanya tak ceria.
Dia senyum hambar bila aku beri salam.Tangan dihulur untuk berjabat.Aku sambut dan ku genggam erat.Terasa longlai cengkamannya.

Adnan. Seorang jurutera di kawasan perusahan di Jebatville. Sudah hampir 5 tahun mengenali beliau.Nak kata rapat dengan beliau tidaklah juga.Tapi kalau nak mengeteh boleh saja baginya.

Aku perlu menyelesaikan sedikit kerja jadi aku suruh Adnan menungguku di kedai ngeteh yang biasa.Aku beritahu akau akan ke sana within 20 minutes.Dalam hatiku tertanya-tanya: apahal si Denan ni? Selalu ceria-meria hari nampak chom(bahasa utara for gloomy) pulak.Muka welfare. Tak apalah bisik hatiku. Nanti aku akan tahu juga sediki sebanyak.

Bila aku masuk restoran Ice Cafe aku mintak nes-0-tar kurma(nescafe-o-tarik kurang manis) seperti biasa. Adnan pula aku lihat sedang dok kelebek handphonenya. Teh tarik di depannya dah tinggal separuh. Aku duduk mengadap Adnan. Dia panggun(dongak) kepala sambil senyum pada aku.Dia capai gelas dan hirup teh tarik seteguk.

Selepas nes-o-tar kurma tiba aku teguk sedikit.
TA: Hah! Apahal Nan? Nampak macam kurang bateri saja hang ni.Apa problem hang?
Aku bila tengok kawan bermuka chom atau mandom saja ,akan tanya direct.Tak payah nak berkias-kias lagi.

Adnan: Tak dak apalah Tok. saja mai nak jengok Tok.Lagipun dah lama kita tak ngeteh sama kan?( Dia cuba ngelak dari soalan aku la ni)

TA: Alah...hang tak payah nak malu-malu la dengan aku Nan. Aku bukan baru kenal hang.Dah dekat 5 tahun ...Hang nak sembunyi apa dari aku.

Adnan: Sungguh tak dak apa-apa la Tok......tapi...kalau saya nak tanya Tok sikit boleh dak?

TA: Hah awat tak boleh pulak...Aku dah agak hang mesti ada kemusykilan ni. Tu la lain kali tak payah nak selindung-selindung dgn aku. Apa benda hang nak tanya? Habaq mai kat aku.

Adnan diam sekejap sambil dok renung ke dalam gelas nes-o-tar aku. macamlah dalam gelas aku ada ikan semilai dok bawah buih nes-o-tar tu.

Adnan: Lagu(macam) ni Tok....Macamana nak cerita eh?(sambil dia garu kepala yang tak gatal)

TA: Macamana nak cerita? Hang buka mulut hang cerita la. Macam tu la nak cerita. Yang hang dok garu kepala tu awatnya? Hang ada kutu ka? Aku ada ubat kutu kalu hang mau.

Adnan tersengih dengan remark aku tu. Aku pun terghesin(lebih sikit dari sengeh).

Adnan: Lagu ni Tok. Aku 2 minggu sudah kena pi course kat KL. Kilang hantar aku. Kat sana aku jumpa awek yang aku suka masa kat U dulu la Tok!

"Pulak dah!", getus hati aku. Nampaknya cerita Adnan ni nak jadi macam siri Manjalara atau Samarinda dah ni. Aku biar dia teruskan cerita dia.

Adnan: Dulu masa student kat U, awek ni, kita panggil dia R cukup lah Tok eh, sama tahun dengan aku. Sama course tapi grouping kami lain-lain. Dia manis orangnya Tok. Cantik sangat macam pelakun-pelakun Malaysia dak lah. ramai lagi yang lebih cantik dari dia. Tapi aku cukup berkenan kat dia. Dia manis Tok. Senyum dia yang buat aku tidoq tak lena dulu.

Adnan capai gelas dan minum sikit teh tariknya.

Adnan: Dia ni anak orang berada jugak Tok tapi bukanlah kaya raya sangat.Tapi kalau banding dengan aku masa tu memang dia kaya lah. Dia guna masa tu Daihatsu Charade. Aku pulak masa tu dok pinjam motor kawan-kawan saja. Jadi aku syok kat dia dari jauh saja. Tak berani nak pi tackle dengan dia.

Adnan: Tapi kawan-kawan aku dan kawan-kawan dia tahu aku syok kat dia. Ada kawan-kawan dia cuba ajak kami pi blind date sekali tu. Depa kata pi ramai-ramai naik kereta. Depa kata aku naik dengan R. Tapi aku tak berani Tok. Aku mana reti bawak kereta masa tu. Dah tu kalau nak makan mana aku nak cari duit.Biasiswa lambat lagi.

TA: Jadi hang tak pi dating la ngan dia?

Adnan: Tak laa....Aku mahu tapi malu masa tu Tok.Ya lah buatnya depa nak pi makan kat hotel ka, mampoih la aku Tok.

TA: Awat depa pi makan di hotel ka?

Adnan: Dak laa....depa pi McDonald saja. Tapi R pun tak pi pasai dia tak dak pakwe.

TA: Jadi masa tu R pun tak dak pakwe?

Adnan: Tak dak...Kawan-kawan dia kata dia pun suka kat aku tapi takkan dia nak ngorat aku kot? Aku la kena approach dia dulu kan?

TA: Betoi lah tu. Zaman tu takkan dia ngorat hang pulak. So apa jadi dengan hangpa berdua?

Adnan: Aku sampai grad tak berani nak ajak dia keluar Tok. Masa 3rd year kot, ada lah satu mamat Kelantan ni ngorat dia.Aku pernah tengok depa dua-tiga kali kat kantin asrama yg R tinggal tu. Tapi depa kawan tak lama. Aku rasa 6 bulan kot pasai mamat Kelantan tu panas baran dan kuat cemburu.

TA: hang pulak?

Adnan: Aku last-last sekali ngorat junior yang masuk buat Science Ed. Tu lah wife aku la ni Tok. dah beranak pinak pun kami.

TA: So, what happen to R?

Adnan: Bila aku dah ada marka masa tu, baru aku berani sembang ngan R bila jumpa kat lecture hall Tok. tapi sembang hal-hal pelajaranlah. Sekali-sekala kami minum kat kantin ramai-ramai. Masa tu walau ada marka, aku masih suka kat R Tok.

TA: Eh, hang ni biaq betul!

Adnan: betul Tok. Lepas aku ada marka macam hilang satu beban bila jumpa R. Aku dah tak rasa segan atau malu dgn dia. Dia pun okay dengan aku.Boleh sembang dan gurau macam tak dak apa-apa.

TA: So, apa cerita pasai jumpak dia semula masa course tu?

Adnan diam sejenak. Mata di pejam macam orang fikir panjang. Kemudai dia tarik nafar dan menghela perlahan-lahan.

Adnan: Masa nak habih kursus tu ada dibuat dinner pada malamnya. Lepas makan aku sembang-sembang dengan R kat meja. Aku tanyalah dia anak berapa,kerja ngan sapa tec,etc la Tok. Kemudian aku saja-saja acah dia pasai kami berdua dulu.

Adnan: Aku kata: " R, hang ni dulu aku nak ngorat awat hang tak layan?"
R : "Mana aku tak layan? Hang yang tak mai nak tegur aku pun . Nak bagi salam kat aku pun sora(suara)hang tak keluar"

Adnan: Ya ka? Masa tu aku betoi-betoi suka kat hang tapi aku tak berani nak approach hang. Aku takut hang tak layan aku.Aku takut hang buat tak tau kat aku.

R : Mana ada la Nan...Aku pun suka kat hang. hang tau ka masa tu punya ramai kawan-kawan aku syok kat hang tapi bila depa tau hang suka aku, depa back-off. Aku pun tunggu jugak kot hang nak mai.Tapi tak mai-mai jugak.

Adnan: Ya ka...La aku tak tahu hang suka aku sama.Kalau aku tahu memang aku jumpa hang.

R: Hang tau ka Nan, bila hang ada makwe budak yang buat Science Ed tu, aku rasa kecewa sikit. sebab aku suka pada hang. tapi okay lah...lepas tu hang mahu sembang dan kawan dengan aku walau pun bukan sebagai kawan special aku. Tapi aku akui, aku frust bila hang kawan budak tu.

Adnan: Aduhai...maaflah R.Aku tak tau. Aku ngorat budak tu sebab aku tengok hang kawan budak Kelantan tu.

R: Aku dgn mamat kelantan tu takdak apa-apa. Aku saja layan, nak bagi hang tengok,nak bagi hang ada courage dan mai bagitau aku hang suka aku. kalau hang mai masa tu, aku pasti terima hang. Hang tau ka....

Adnan: Sori lah R...Aku tak suka kacau orang yg dah ada pasangan.Aku pun frust bila tengok hang ngan mamat tu. Mungkin kita tak dak jodoh R.

Adnan: Macam tu lah kisah aku Tok. Masaalahnya , sejak balik dari kursus,aku dok teringat conversation aku ngan R. macam-macam "kalau" bermain dibenak aku Tok. Macamana kalau dulu aku berani sikit.Tentu R dah jadi isteri aku. Alahai....

TA: Nan! Aku tanya hang sikit boleh?

Adnan: Apa dia Tok?

TA: Hang bahagia dak la ni dengan famili hang? R bahagia dak?

Adnan: Aku cukup bahagia. Wife aku sporting dan supportive.Anak-anak pun setakat ni tak ada yang perangai loqlaq( tak senonoh). R pun aku dengar dari kawan-kawan cukup bahagia. Ada anak dia yang dah masuk Kolej.

TA: So kalau hang happy dan R happy with kehidupan masing-masing, awat yang hang dok ghapla sangat ni? Wat yang dok angau sangat ni?

Adnan: Tak la Tok. Cuma dok fikir kalau dulu.....

TA: Sudah lah Nan. Dulu tu dulu lah. memang tak dak jodoh hang ngan R. Kalau ada tentu ALLAH beri laluan untuk hang dampingi R. Aku nak bagitau hang, hang lupakan kisah-kisah tak jadi hang tu. Tumpukan pada runahtangga dan kerjaya hang. hang nak contact R as a friend boleh tapi jangan nak lebih-lebih. jangan dok nak porak-peranda 2 rumahtangga pulak.

Adnan: Tak lah Tok. Aku rasa kalau aku ngorat dia pun dia tak layan jugak. Aku dengar she is a very good wife to her hubby and a good mother to her sons. Aku tak mau kacau-bilau. Keluarga aku pun bahagia. Cuma..bila dok kenang-kenang la....

TA: Dei!! Sudah lah tu...jangan dok kalau-jikalau lagi dah. Sudah-sudah. Ni staff aku dah sms ada patient dok tunggu aku. nanti aku bayaq dulu minum ni.

Adnan: Takpa Tok.Biaq aku saja yang bayaq. hang sudi dengaq pun aku dah lega. Mujoq Tok tak balun aku habis-habis tadi.kalu dak memang tak boleh angkat muka la aku. Tima kasih Tok.

Aku hulur tangan kanan dan bersalaman dengan Adnan. Aku keluar dan menghala ke klinik semula. hati aku berkata: Mungkin ramai lagi seperti Adnan di luar sana.


Related story jengoi tang ni.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

14 comments:

ZABS said...

Salam TA,
Memang ramai yang gitu kat luar ni. Nasihat TA tu sungguh tepat sekali. Cuma, si Nan ni janganlah ada niat nak jumpa2 lagi. Kalau terjumpa pun, jangan ingatkan cerita2 lama tu. Takut ada makhluk ketiga tolong hangat2kan nanti.

Unknown said...

Sempoi cerita ni, tapi betoi kata hang doc, kalau dah bahagia dengan pasangan masing2 biaq jadi kenangan saja lah tok sah dok layan sangat 'kalau2' ni.

Ish! kalau lah aku kawin dengan anak raja dulu lani aku dah jadi agong kot no?

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Kalau nak layan sangat soalan2 'What if ..." ni, sampai bila2 pun tak akan habis.
Kalau lirik dalam lagu "My Way" tu kata "Regrets, I have a few: But then again, too few to mention" tapi sebenarnya dalam realiti kehidupan manusia, most of us have far too many that can sometimes sometimes consume our very existence.
The best thing to do is to move on.

AFRAR YUNUS said...

Salam Dr
nak jumpa boleh. tapi biaklah ada suami R tu. lama-lama hilanglah apa yg terpendam dlm hati masing-masing. jika dua-dua saja, maaanyak susah...

IBU said...

Assalamualaikum TA

Kalau nak berkalau-kalau ni pasai ceghita lama ( ewah! speaking north pulak dah!), memang tak habis la jalan ceghita nya.

Harusnya fikir KALAU for the future. Kalau aku dok telepon si awek tu, tak ke haru hubby dia tau. Tak ke kacau bilau rumahtangga orang? Kalau aku dok contact lagi si R ni, and my wifer tau, tak ke remuk perasan dia yg penat dah jaga anak-anak zuriat ku?

Kalau wifey aku yang telepon balak lamanya, hah...apa lak jadi nya?

Kalau kelam kelibut aku & wifey, apa lak jadinya kat anak-anak ku nanti.

Setiap ketentuan Allah ada hikmahnya. Semuga kawan2 kita yang berkalau-kalau di luar sana fikir lebih panjang dari sejengkal demi kebahgiaan keluarga dan masyarakat setempat :)


Ibu
( Hopefully Ayah tak sempat fikir lah pasal kalau-kalau zaman dulu kala dia.... dia tgh sibuk transfer data ke 'toy' baru nya pakai gigi biru..... hehe... asyik sungguh! )

tokasid said...

Salam to pak zabs, che'gu ,fauziah, afrar dan ibu:

Saya dah bagi tau Adnan tentang entry dan possible comments. Mungkin dia dah baca. Anyway this incident happened few months ago and I saved it as a draft. Ni baru berpeluang publish. Adnan pun dah hilang miong dia. Miong tak lama adalah 2 minggu kot. Sekarang ni nan dah kembali normal.

Kerp (Ph.D) said...

salam tok,

rasanya perkara macam ni biasa jadi kot. maksud saya, klasik kes bila kita dah order makanan lain, kita teringin pulak apa yang dimamah rakan kita.

dalam masa yang sama ni saya nak berterima kasih secara peribadi pada tok for crossing over to my humble blog.

selalu sangat baca komen tokasid dekat laman cikgu nazir. masuk sini beberapa kali tapi segan nak komen...haha...

IBU said...

Tok,

If you have time, drop by at my space and read the missing person alert "In Search of Salhi"

Appreciate if you could help pass the word around & make doa for his safe return.

every little helps.

Wassalam

IBU said...

Salam Doc,

Thank you v much for the missing person alert. May our prayers be answered soon.

Accia said...

salam tok.
terlalu masak dengan isu ni. samada lelaki atau perempuan. kata pendek, jangan termasuk dalam perangkap syaitan. syaitan akan mentertawakan kita dan akan kata kita bodoh mendengar cakap dia.

tokasid said...

Salam kerp:

TQ for leaving a comment. I had linked you in my list so I can visit you regularly. I support for fight for OKUs benefit. keep going bro.

tokasid said...

Ibu:

I dah update this entry and dah linked kan blog ibu,che'gu dan Pi Bani to it. I dah hantar the discussion group yg I join. Lets hope dia cepat di temui.

IBU said...

Salam Tok,

Thank you v much for the missing person alert. Semoga Allah jua lah yg membalas budi baik Tok.

As a mother, I shudder thinking of losing a child. Hopefully by us spreading the words around, more people are aware of Salhi.

Thanks again, doc.

p/s I've linked your blog to mine. Terlupa bagitau. Permissi ya?

Kerp (Ph.D) said...

terima kasih banyak2 tok. i have met alot of them volunteers and they were all a bunch of cool and fun people. they may not understand fully but they tried to and thats wonderful enough and should really be praised.

moga2 satu hari dpt la bertembung dgn tokasid dekat mana2 function OKU, insyaAllah. cuma kena ingat nama persatuan je tok- PERWIRA K9.