Wednesday, August 22, 2007

Yang membatalkan Islam(Bahagian 7):10 perkara






B.Sepuluh perkara membatalkanIslam

5-Membenci syariat.

Yang kelima ialah membenci sesuatu yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai syariat,walaupun dia mengamalkannya.Sesiapa yang berbuat demikian maka kufur lah dia. Seperti seseorang yang membenci syariat solat,membenci puasa,membenci hukum-hakam yang telah Nabi s.a.w. tunjukkan, sehinggalah dia membenci apabila Rasulullah s.a.w. menyatakan:"Makanlah dengan tangan kanan.", umpamanya.

Maka ALLAH SWT menyebut:


Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan(membatalkan) amalan mereka.


(al-Quran Surah Muhammad,47:9)


6-Mempersendakan Islam.

Yang keenam ialah mempersendakan ALLAH atau kitabNya(al-Quran) atau RasulNya s.a.w. ataupun sesuatu daripada ajaran Islam. sesiapa yang melakukan persendaan demikian maka dia menjadi kafir.

Seperti dia bermain-main dengan hukum-hakam al-Quran,mempersendakan hukum-hakam Rasulullah s.a.w.,mempersendakan syariat,menjadikan ia bahan ketawa atau lawak jenaka atau bahan sindiran.Walaupun dia merasakan perbuatan itu mendapat sambutan atau pujian dari orang lain atau dia merasakan dirinya pandai kerana melakukan satu lawak jenaka.Tetapi di sisi ALLAH SWT dia menjadi kafir.

Dalam Surah at-Taubah ayat 65-66 ,ALLAH Taala menyebut:

[65]
Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"

[66]
Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.



...next: 7) Sihir 8)Bantu kafir memusuhi Islam.



Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

6 comments:

ZABS said...

Sakam Tokasid,
Dua perkara ini kadangkala tanpa kita sedari, mungkin kita pernah lakukan. Semoga kita mendapat keampunanNya kerana melakukannya tanpa ilmu (jahil). Wallahua'lam.

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
adakalanya aku bimbang dengan ilmu pengetahuan yg agak kurang,tersilap mengatakan sesuatu yg memperlekehkan agama. macamlah aku ni bila dok menulis - khuatir juga. lebih-lebih lagi soal siasah yg melibatkan akidah. itu sebabnya, kita wajib ada sahabat yg boleh menegur demi memperbetulkan kesilapan.

Mior Azhar said...

Salam Tok:
Membenci syariat? hmmm, ramai sungguh orang Melayu Islam yang membenci syariat sekarang ni. Dari golongan yang di atas2 sana nun sehingga yang marhaen. Silap2 kitapun mengangguk sama, tanpa sedar...

tokasid said...

Pak zabs:

Betul kata pak tu. Semoga kesilapan tanpa ilmu akan ALLAh ampunkan setelah kita bertaubat(bila dah ada sedikit ilmu ni).

tokasid said...

Afrar:

Apa yg kita buat kita mesti ada self censored mengikut ilmu yg kita ada. yg aku nak buat atau nak tulis ni boleh atau tidak mengikut lunas Islam. memang kebanyakkan kita amat sedikit pengetahuan , tetapi sedikit demi sedikit bila kita dapat, kita cuba ubah stail lama kita.

Memang dalam hal siasah kita sering menjadi emosional dan kadangkala kita terlajak dalam mengkritik sesuatu. Tapi harus di ingatkan , apa yg patut kita kritik mesti kita kritik. Cuma cara kita melakukannya bagaimana. Ada perkara kita mesti kritik secara umum. Ada yg khusus tanpa menyebut nama khusus sipolan dan sipolan( kerana bimbang bila kita buat begini ketika hati sedang panas..makna kita kritik bukan kerena kemaksiatan tersebut tetapi pelakunya, yg masih ada harapan untuk mereka bertaubat).

tokasid said...

Mior:

You are right bro. Umat Melayu ni kadangkala tanpa mereka sedari telah melakukan perbuatan yg boleh gugurkan aqidah mereka. Tapi bagi saya itulah sebabnya menjadi fardhu 'ain setiap Muslim mencari ilmu, terutamanya ilmu aqidah . Ramai yg langgar kerena tidak tahu apa yg membatalkan aqidah. Itu lah purpose posting ini.

kalau boleh kita sebar-sebarkan kpd ahli keluarga dan handai taulan.