Tuesday, August 28, 2007

Yang membatalkan Islam(Bahagian 9): 4 punca rosak aqidah


(Nota kepala: Bro mokk ada satu interesting entry- Malaysia 50 atau 44 tahun. What say you? Juga ada satu blog baru Tak Nak Lah! Go have a look)








C. Empat punca rosak aqidah.

Setelah kita ketahui senarai perkara-perkara yang membatalkan Islam yang sering berlaku pada zaman ini(dan sebelum dihuraikan yang paling utama iaitu syirik) ingin dijelaskan dahulu bagaimanakah kerosakkan aqidah itu boleh berlaku pada seorang muslim.

Kita hendaklah ketahui bahawa aqidah boleh rosak di sebabkan oleh empat(4) punca.

1- Perkataan/percakapan seorang insan(muslim/mukmin).

2-Perbuatan: barangkali dia tidak berkata-kata tetapi dia melakukan sesuatu sedangkan apa yang dilakukan,di sisi aqidah Islam adalah sesuatu yang mengeluarkan dia dari daerah iman kepada daerah kufur.

3-Keyakinan(iqtiqad): Dia tidak berkata-kata dan tidak melakukannya tetapi dia mempunyai keyakinan di dalam hatinya( sekalipun tidak diberitahu kepada sesiapa).Keyakinan itu pada nilaian aqidah atau dinilai di sisi ALLAH SWT sebagai suatu kekufuran dan terkeluar daripada Islam.

4- Syak: Dia tidak berkata-kata,tidak melakukan perbuatan, dia tidak yakin tetapi dia ragu-ragu.Keraguan itu juga(ada keraguan tertentu) boleh menyebabkan seseorang terkeluar atau rosak aqidahnya.


Next: Penjelasan yang dimaksud Perkataan punca rosak aqidah.

Nota: Utk membaca Bahagian 1-8 , sila klik di label.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

18 comments:

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Kita belum boleh melabelkan diri sebagai seorang Islam yang baik, jika bukan yang terbaik, kerana pencarian tidak berakhir walaupun ilmu penuh di dada.
Thank you for your postings on this topic. We still have much to learn.

tokasid said...

Fauziah:

Yes, I considere myself a Muslim but not yet a Mukmin. The more I learn, the more I more notice my insufficient knowledge. And I know we are nothing without ALLAH's rahmat.

Sometimes, I feel proud(ujub)of myself without reasons and when I see ppl do maksiat, I felt I'm better than they are. Thats ujub and thats eating me for sometime. On and off I still had that feeling of ujub(na'uzubillah), but actually I am no better than those ppl I despise. Why must I despise them? They do maksiat maybe bcoz of their ignorance to Islamic teachings.What I should have done is get to know them and advise wisely. But I didn't do that, and I thought I'm a better person bcoz I didn't do what they did.

Alhamdulillah with the support of few friends, we try to tackle this together, advising each other to get rid of ujub and advising those yg a bit terlajak.

Your are definitely right: We still have much to learn.

Bergen said...

I think we should remember that we are good because we don't have the opportunity to be bad. And people are bad because they don't have the opportunity to be good.

Those who have never been bad are more prone to go to the other side once they discover the moment when it's difficult to be afraid of hell when heaven is right before your eyes.

It's stated in the Qur'an that don't consider yourself orang yang beriman if your faith has not been tested.

tokasid said...

Bergen:

Yes, you have a good point here.
Those who have been tested will take iman for granted( unless they really have a good grip of the aqidah knowledge) especially for us, lay person. Without undergoing any musibah or bala, we really( at least I do sometimes felt that way)think we are 'save' and will be in ALLAH's grace at all times.Without having such difficulties, we can't understand why some ppl make maksiat and why they can't stop.

I have seen some good ppl whom, at a younger age were 'drowned' in maksiat. Some had to undergo severe musibah before getting the hidayah. Some just somehow realised what he did for years is wrong and started to change for the better.

Also had seen few friends who are 'good people'( but knowledge wise not so...more of taklik.Pure taklik)who after migrating to the city or overseas, became so engrossed with maksiat and forgets what little they knew about Islam. na'uzubillahi min zalik.

I do hope, my small ring of friends will be there to alert me if I do astray out of line(siratulmustaqeem).

Thank you Sir.

Unknown said...

TA...Again, this is a reminder that we all should take note...iyelah, tengok 4 perkara itu, yg keempat itu bukan main bahaya sebab ianya terletak di kategori yang tidak terang-terangan...hanya dengan syak...kita boleh kecundang. Ini bermakna kita kena yakin dengan pegangan atau aqidah kita...kita tak boleh mempertikaikan apa yang kita percaya, apa yang menjadi NUR kepada hati kita tidak boleh malap...

Alhamdulillah, I have you yang can remind me to guard my aqidah...Thank you bro.

tokasid said...

Raden;
Betul. dulu-dulu masa kecik2 mana ada sapa2 ajar perkara ni. seingat saya semasa di sekolah rendah dan menengah tidak pernah ada ustaz atau ustazah memberitahu hal ini. Kadangkala bila dengar kuliah di masjid juga tiada di ajar berkenaan aqidah. balik-balik fiqih sahaja.

Kalau ada pun bab aqidah, di ajar sifat 20 yg amat memeningkan kepala.
Bila saya mula ke Lembah Pantai, saya dan sahabat2 belajar aqidah mengikut manhaj para sahabah Nabi s.a.w. dan imam-imam termasuk imam As-Syafie'. Ianya lebih mudah difahami dan tidak memeningkan kepala. Di sini kami terdedah kepada bab-bab yg bisa membatalkan aqidah kita samada secara sedar atau tidak. Empat perkara yg di postkan adalah heading-headingnya. dari itu ia menjadi panduan kami agar kami lebih berhati-hati dalam berfikir, bercakap dan melakukan sesuatu.

Dulu adakala pakai taram saja. teringat ketika di Lembah Pantai ada seorang kenalan yg mempersendakan seolah-olah zina is okay, siap dia nyanyi ikut rentak nasyid lagi. Dan saya ikut tertawa waktu itu. Rupa-rupanya saya secara jahil telah terlibat mempersendakan sesuatu syariat ALLAH dan larangan Nabi s.a.w.

Bila dan dapat sikit ilmu ni, saya jadi gementar atas perbuatan dulu. Alhamdulillah sempat jugak bertaubat. saya terfikir dalam hal ini mungkin ramai lagi yg seperti saya , mempersendakan agama kerana tiada ilmu. Atas sebab itu saya nak kongsikan ilmu yg ciput ini, tetapi penting dgn kawan2 lain di blog dan saya harap kalau sesiapa sudi kongsikan dgn keluarga atau handai taulan yg lain.

Kita tidak tahu, mungkin sebaran yg sedikit ini bisa menyelamatkan aqidah orang lain. tapi saya tahu ilmu sedikit ini telah mengubah saya. Wallahu'alam.

Mior Azhar said...

Salam Tok:
Kata orang putih "Ignorance is bliss". Very bahaya tu. Sebab kita can always hide behind that ignorance to justify our action, no matter how wrong it is. So hendaklah kita beringat-ingat anatar satu sama lain and terus-terusan mencari ilmu. InsyaAllah.

Kerp (Ph.D) said...

doc, setuju dgn kak dalilah and abg mior kita. i need to be reminded every now and then becos sometimes bila ingat pon still gonna make the same mistake.

i'm so glad to hv u and IP,C&K that i can refer to in the future. org nak tuduh saya westernise ke apa ke lantak dia la. saya tau sape diri saya sendiri, tayar wheelchair saya masih dan akan sentiasa berpijak di bumi nyata, insyaAllah.

terima kasih bnyk2 doc.

tokasid said...

Pak Mior:

Tanggungjawab kita nasihat-menasihati sesama sendiri. Kalau ada perkara yg boleh membawa kepada kebaikan bersama, kita kongsi dan sebar. Nabi s.a.w. pernah bersabda( antara maksudnya): Sampaikanlah walau sepotong ayat.

Ilmu,sama ada orang boleh terima atau tidak itu bukan utk kita menentukan. Yg penting, apa sedikit yg ada di sampaikan. Penerimaan, terpulang pada individu masing-masing. Sekurang-kurangnya kita telah melakukan tanggungjawab, dan InsyaALLAH di Hari Penghakiman nanti, adalah sedikit jawaban jika ditanya apa yg telah kita lakukan di dunia ini.

Tentang pepatah asing, ada banyak pepatah-pepatah yg amat bagus dan boleh di gunakan asalkan maksud pepatah2 tersebut tidak bercanggah dgn aqidah Islam.

tokasid said...

Kerp:
Bro...kita ni memang selalu kena dapat reminder. Cuma masaalahnya sekarang, ramai yg ambil sikap tak kisah nak ingatkan yg lain. ramai yg rasa: asal aku tak buat tak apa lah. Orang lain dia punya hal sendiri.

Seperti saya, walau pun ikut belajar sana, ikut seminar sini dan athu lah sikit2 perkara basic, yet selalu lupa dan alpa. Alhamdulillah the few friends that I have in Jebatville ni jenis yg suka tegur bila kita buat kesilapan.Mereka akan tegur walaupun kadang2 kita akan terasa hati, tetapi perkara mungkar akan mereka katakan mungkar. Sahabat2 ini yg selalu make sure kita tak tergelincir.

Kalau nak harap sendiri...memang dah lama hanyut kot saya ni.

Being label as westernised tu perkara kecil saja. Banyak juga value western dari segi adab yg bagus yg boleh kita emulate. Kita pilih ciri2 mereka yg selari dgn Islam. Yg bercanggah kita tinggalkan. Sepatutnya, ciri-ciri mereka yg baik seperti cara mereka menuntut ilmu, mengkaji dan R&D mereka kita patut emulate.
Tapi yg ramai kita emulate perkara2 yg tidak baik. Yg baik kita tinggalkan.

Kita yg 'easternised' ni pun byk cacat cela. Perangai kita selalu tak elok. Kita pengotor. Kita tak bertanggunjawab kpd harta benda awam. Kita malas nak belajar. Etc2...

So, biar lah mangkuk2 hayun tu nak label apa saja, asalkan perbuatan dan amalan kita tidak di larang agama.

ps: dah sihat belum?

Kerp (Ph.D) said...

thank u so much doc. will keep everything u said in mind.

ok dah sikit ni. masa lelangit/telinga gatal hari tu, i thought it was goin to get worse but it didnt. alhamdulillah.

ZABS said...

Sala TA: I read all the comments, and indeed are very enlightened. All the commenters and you especially you, have brought into a right perspective, this very important but sometimes ignored subject.
Kita kadang kala berfikir bahawa sebagai seorang Islam, kita dah tahu semua itu. Tak mahu belajar perkara yang basik lagi, walaupun kita masih tidak memahami sepenuhnya. Kita tidak seharusya berhenti belajar.
Ada Tok Guru yang mengajar secara percuma di rumahnya, kita enggan pergi, walau pun ramai muridnya datang dari luar kawasan, hadir setiap minggu ke rumahnya(saya pun mulanya begitu).
Ada Ustaz mengajar di surau, hanya 10 orang yang muncul. Namun say hormati Ustaz, kerana masih bersemangat mengajar walaupun kehadiran tidak seperti yang dijangkanya.
Oleh itu TA, teruskan usaha ini, kerana anda telah membantu dengan cara anda sendiri untuk menyebarkan Ilmu yang terpenting ini. Jazakallah Doktor.

tokasid said...

Pak zabs:

Bagi kita setiap Muslim bertanggungjawab nasihat-menasihati sesama kita. Tak payah nak tunggu Ustaz atau Tok Guru. Kalau ada sikit,sikit lah kita sampaikan. Ini juga satu kerja dakwah.
saya sering di ingatkan : Apakah yg hang dah buat dengan ilmu yg hang ada? Kita pun tahu bila seseorang anak Adam mati, yang bermenafaat baginya di alam barzah hanya 3 perkara (1)- harta/sedekah yg pernah di buat (2) ilmu yg beliau sebarkan memanafaatkan orang lain (3) doa anak yg soleh.

Harus di ingat, jika entry saja mempunyai kesilapan, saya harus diperbetulkan dan di tegur. dan jika sesiapa yg mempunyai tambahan, mari kita kongsi bersama.

InsyaALLAH selagi terdaya akan saya teruskan.

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
alhamdulillah. ada ruangan ilmu di sini. sikit-skit, lama-lama jadi bukit. dulu Dr, bila pi belajak kitab, dia adun dgn bahasa lama, untuk akulah, aku rasakan macam tak menarik. itu dulu. tapi masa lani, kupasan ustaz-ustaz walaupun menggunakan kitab lama, cara penyampaiannya dah cukup baik. menarik minat. cuma ianya terletak pada kita. antara nak meluangkan masa atau tidak. con bab rosakkan akidah ni. bila kita baca dan hayati, boleh faham dgn mudah dan sangat-sangat berguna utk semua apabila dapat diamalkan. tk

ZABS said...

Salam lagi Doc.,
Setuju dengan kata TA tu. Tapi ada orang yang tak mahu terima nasihat orang biasa macam saya ni. Jadi tentu mereka nak Tok Guru atau Ustaz yang nasihat baru terima. Tapi tidak juga begitu.
Walau apa pun, semoga apa sedikit nasihat yang dapat kita kongsi akan memberi manfaat bersama. InsyaAllah.

tokasid said...

Afrar:

Dalam pemyampaian ilmu( sebarang ilmu), mestilah disampaikan dgn bahasa mudah supaya difahami oleh audiens kita. Kalau audiens kita di surau atau masjid kampung, kita gunakan bahasa yg di tahap mereka fahami, tak payah nak meleret2 sangat dan banyak sgt guna istilah bombastic sampai depa pening dan akhirnya tidak faham. Kalau di kawasan bandar yg mana kebanyakan yg hadir tahap menangkap ilmu lebih sikit, kita upgradekan penyampoaian. Kalau di kolej atau universiti tentulah kena sesuai jugakan.

Yang penting,target audiens kita boleh faham apa yg hendak di sampaikan. Apa guna bercakap berjela-jela dgn istilah2 bombastic tapi bila selesai, audiens kita bertanya sesama sendiri: Apa yg dia nak sampaikan tadi eh?

Juga, kalau boleh biar kita sampai sedikit-sedikit tetapi yg sedikit itu di fahami dgn baik.

Saya memilih bab aqidah ini kerana ianya yg paling penting dalam kehidupan kita sebagai insan dan Muslim. Jika rosak aqidah kita, rosaklah segala amal yg mana amalan kita tidak akan di terima.
Rugi saja, kerana di akhirat nanti yg menanti kita hanya 2 tempat sahaja. Perbuatan kita di sini akan menentukan di mana antara 2 tempat itu kita akan berada.

tokasid said...

Pak zabs:

Memang kebanyakan kita ni susah nak menerima dakwah dari selain drp ustaz atau tok guru. Saya pun dulu begitu. saya pandang siapa yg sampaikan bukan apa yg disampaikan.

Tapi yg sebenarnya ,yang penting ialah apa yg disampaikan. Jika yg disampaikan adalah berdasarkan dalil al-Quran dan hadith sohih maka kita boleh terima.Hatta dari seorang tukang kebun atau pemungut sampah sekali pun. Atau dari seorang Engineer atau pekerja kilang.

Kita kena ingat, ada juga yg bergelar Ustaz, tapi ilmu yg disampaikan kadangkala tidak mempunyai sandaran apa-apa. Ada yg menceritakan kisah2 Israiliyyat yg melampau.Ada yg terlalu taksub dgn aliran beliau sehingga tiada berlapang dada terhadap orang lain.

So yg penting: Kandungan ilmu yg di sampaikan,bukan siapa yg menyampaikan.

Hamba Allah said...

Salam, Alhamdulillah, Allah made me come across this blog:)
Just nak kongsi sikit..
Untuk menghilangkan ujub, seseorang itu harus bersyukur kepada Allah bila nampak someone lower in status dari diri dia kerana Allah telah menyelamatkannya dari kekurangan tersebut. Jika kita tak syukur and rasa diri above everyone else, takut2 Allah menurunkan darjat kita di sisi orang yang kita rasa lower than us, jika tak di dunia, di akhirat kelak, nau'dzubillah min dzalik..
WaAllahu A'lam