Side mirror and a birdfoto by tokasid ( Sisipan: Sila lihat bro muteaudio on Angkasawan Malaysia)D. Syirik Besar dan Syirik Kecil.Setelah kita memahami dan mengetahui perkara-perkara asa yang boleh mencemarkan aqidah seseorang muslim, kini dihuraikan satu dari perkara yang membatalkan Islam itu.Perkara yang paling utama ialah masaalah SYIRIK. (Syirik ialah menjadikan sekutu bagi Allah dalam melakukan sesuatu perbuatan yang seharusnya perbuatan itu hanya ditujukan kepada Allah (hak Allah), seperti menjadikan tuhan-tuhan lain bersama Allah, menyembahnya, mentaatinya, meminta pertolongan kepadanya, mencintainya atau melakukan perbuatan-perbuatan lain seperti itu yang tidak boleh dilakukan kecuali kepada Allah swt. ~ petikan ulasan Sheikh al-Qaradhawi)Ramai antara kita, apabila di sebut syrik,akan membayangkan seseorang pergi dan menyembah berhala(tokong).Atau perbuatan tunduk dan sujud kepada batu atau objek-objek tertentu( busut jantan atau pangkal pokok).Itu saja syirik yang di fahami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat kita. Selain dari perbuatan begitu,mereka tidak menganggap sebagai syirik.
Sebenarnya sirik lebih luas dari fahaman tersebut.Syirik adalah musuh utama kepada aqidah, sehinggakan Luqman didalam surah Luqman,telah berpesan kepada anaknya yang membesar dibawah pendidikan beliau,dengan pesanan agar anaknya menjauhkan diri daripada syirik.Kata Luqman dalam Surah Luqman 31:13 yang maksudnya:-
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
Mana lagi kezaliman yang lebih besar apabila seorang hamba yang diciptakan oleh Penciptanya, mempersekutukan penciptannya yang Maha Agung.
Apabila seseorang anak derhaka kepada ibunya,tidak mengiktiraf ibunya dan melakukan sesuatu yang tidak wajar kepada ibu yang melahirkannya, tidak ada hati atau diri yang dapat menerima perbuatan anak tersebut. Dan kita akan mengatakan bahawa dia anak derhaka.Perbuatannya tidak wajar.Dia anak yang tidak baik.Dia anak yang zalim.
Namun adakah kita dapat menerima seorang insan yang diciptakan oleh ALLAH.dan segala apa yang dimilikinya juga diciptakan oleh ALLAH, dan alam tempat yang kita huni ini juga dicipta oleh ALLAH Jalla wa A'la, tiba-tiba insan itu melakukan syirik kepada ALLAH. Insan yang begini adalah seorang hamba yang jahat,derhaka dan tidak mengenang budi.
Syirik ertinya meletakkan suatu bandingan; suatu penyekutuan atau menyamakan sesuatu dengan ALLAH SWT~ kebesaranNya,keagunganNya, kedaulatanNya sebagai Tuhan; pada namaNya; pada sifatNya. Apa saja perbuatan yang cuba menyaingi atau menandingi ALLAH , menyamakanNya atau melebihkan dariNya... segala perbuatan,perkataan,kepercayaan yang seperti itu menjadikan pelakunya dianggap sebagai melakukan syirik.
Hukum syirik: Adalah dosa besar yang tidak diampunkan, Na'uzubillahi min zalik.
Ini di jelaskan oleh ALLAH dalam
Surah An-Nisaa':Ayat 48
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.
dan dalam
Surah An-Nisaa': Ayat 116
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
Syirik terbahagi kepada dua :-
1- Syirik yang Besar( 'as-syirk ul akbar). : sesiapa yang yang melakukan syirik yang besar maka dia terkeluar daripada Islam.
2-Syirik yang kecil( 'as-syirk ul-asghar): Walaupun namanya "kecil",tetapi ia adalah dosa yang paling besar dalam Islam. Perbuatan syirik yang kecil ini tidak terkeluar daripada Islam,tetapi menghampiri daerah-daerah untuk terkeluar daripada Islam.
Next: ....Sebelas tanda-tanda syirik.
(Penjelasan ringkas tentang syirik,murtad,nifaq dan fasiq boleh baca kat sini) Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa
14 comments:
Banyak ilmu saya dapat di laman ini...
[note: berjiwa dan berseni gambar hiasan itu...]
Salam Doc,
Memang benar kata blackpurple, cantik gambar tu.
Very good and very nice posting. Thank you.
have a good day
Alive the alive Ramadan1
THANKS FOR YOUR POSTING
Jowopinter:
Jazakallah khair. Rumah akhi apa kurang lebih banyak ilmu di sana.
Gambar tu betul2 nak jadi rezeki saya. Tahun lalu semasa Hafiz masih bersekolah di Melaka, kebiasaan selepas hantar dia saya akan tunggu di luar pagar sehingga sahabat saya sms di mana hendak bersarapan. Dalam dok tunggu tu, ada seekor burung datang bertenggek di side mirror, jadi saya capai camera nak snap 2 shots.
Cakapaje:
TQ bro for visiting.
Mr David santos:
Tq, Gracias for leaving a comment here, sir.
Have a nice week.
mekasih doc for the posting. saya mengaku la kalo tak bulan puasa mmg liat nak baca bahan2 agama. tp alhamdulillah lah jugak time ramadhan rasa extra rajin dan seronok utk lbh menimba ilmu sikit.
aku tertarik plak kat komenter nombor 3 tu. merata rata dia ada. islam ke dia ni? misteri plak rasanya.
kerp:
Tq pasai rajin nak baca.
David santos selalu singgah blog kawan2 Malaysia.Selalu jugak tgk dia kat blog kak teh. Kalu tak silap dia dari portugal.
Doc and Kerp,
Memang dia dari purtugal; saya ziarah blog dia...tercengang dibuatnya nak baca! :)
Tapi alhamdulillah, kalau dia bukan muslim pun, minat dia dah ada. Semoga Allah membuka hatinya.
bro shah,
i went to his blog, and sama lah, tercengang nengoknya, nak baca satu hapah tak tau. tapi ada jugak entry dia bertulisan jawi. tu yg buat aku tertanya tu. tapi bagus dia ni, peramah orgnya.
so anyway, doc, apa jadi dgn sidebar? buat magic trick lagi ke, tak nampak pon..haha..
Cakap aje:
Aku pun masa mula2 masuk blog dia terkejut berok jugak. Bukan berok terkejut tapi aku yg terkejut.
Kalau reti bahasa portugis boleh jugak baca puisi dia.
ini adalah soalan oleh saudara wear yg di hantar hari ini tetapi di dalam siri 5. jai saya letakkan di sini)
wear said...
Pasal syirik ni lah, nak tanya skit. Saya ada sorang kawan, sekarang tengah kemaruk dengan sorang janda. Dia ada gi jumpa sorang bomoh ni tuk tilik tangan dia. Bomoh tu cakap dia ngan wife dia sekarang tak serasi tapi ngan janda tu memang sesuai.
Persoalan saya, menilik tu syirik. Adakah ia syirik besar ataupun syirik kecik. Dah tu
1. Apa status dia sebagai muslim, perlukah dia bertaubat dan mengucap?
2. Kiranya dia terkeluar dari Islam, apa pula status dia dengan isteri dia.
3. Kiranya dia mengucap balik, adakah automatik dia halal dengan isteri dia?
September 26, 2007
Jawaban:
TQ wear kerana sudi singgah di sini.Saya bukan seorang ahli agama atau ustaz atau mempunyai ilmu tentang agama. Saya boleh jelaskan serba sedikit yang saya faham melaui apa yang pernah saya baca,dengar dan bertanya kepada beberapa orang yang lebih berilmu.Jika ada jawaban atau penjelasan saya tidak betul(pemahaman saya) sesiapa saja, tolong betul kan.
Wear: memang sekarang ni ramai sangat suami yang tergila-gilakan perempuan lain samada janda atau anak dara ,malah ada yg tergilakan isteri orang lain. Ini adalah kemyataan yang tak boleh kita nafikan. Ia pernah berlaku,sedang berlaku dan akan berlaku.
Kalau saudara kata kemaruk, saya assume kira sampai dah nak kahwin le kan? Kalau sampai pergi jumpa bomoh, ni kira suami ni nak kawin satu lagi tapi takut kat isteri yang ada di rumah.
Saya tidak rasa tujuan dia jumpa bomoh semata-mata nak tengok keserasian dia dgn isteri atau janda. Saya rasa lebih dari itu, mungkin bertujuan nak 'menundukkan' isteri supaya di beri izin kawin lain. Ini anggapan saya. Mungkin saya silap interprate.
Dengan berjumpa bomoh untuk menilik nasib atau masa depan memang dah jelas syirik dan jika dia benar2 yakin dengan tilikan bomoh tu ianya memang syirik besar.Na'uzubillahi min zalik.
1-Jika dia tidak tahu perbuatan tersebut adalah menyalahi Islam, dia hendaklah segera bertaubat nasuha dan menghentikan perbuatan bomoh-membomoh ini.
tetapi jika dia meneruskan perbuatan dan kepercayaan itu, dia sesungguhnya menempa diri dalam yang membahayakan masa depannya(di akhirat)
2-Jika dia sedar dan bertaubat, kedudukan sebagai suami isteri tidak terjejas( akan saya tanya kepada yang lebih mengetahui). Jika dia tidak bertaubat, dan isteri tahu akan hal tersebut, elok isteri lapurkan kepada Pejabat Kadhi untuk khidmat nasihat dan pandangan.
(Dalam hal sebegini, contohnya jika pasangan bukan Islam memeluk Islam,mereka tidak di nikahkan semula.)
Saya cadangkan ,rakan wear bersemuka dengan isteri dan beritahu yg dia nak kawin seorang lagi dn janda tu. dari bergelumang maksiat dan syirik, lebih baik berterus terang kepada isteri.
Wallahu'alam.
Kerp: Aku pun tak tau apa kena side bar hilang sejak semalam kalai guna IE. Kalu guna Firefox nampak pulak semua side bar. Aku cek kat customise template, semua ada( walau guna IE) tapi bila buka blog tak muncul2 juga.
Aku pasal comp ni memang illeterate habih.
HELP!HELP!
Post a Comment