Friday, September 28, 2007

Perkara yang membatalkan Islam(Bahagian 15) Sebelas tanda-tanda Syirik.

Shadow-Allson Klana
foto by tokasid






E- sebelas tanda-tanda Syirik.

(a)Syirik Pada 'Iqtiqad
# 1-Percayakan kuasa selain dari ALLAH.

# 2- Menghalalkan dan mengharamkan.

# 3-Mengetahui yang ghaib.

(b) Syirik pada Amalan.

# 4-Tangkal dan Mentera

#5-Sujud kepada selain ALLAH

#6-Mengagungkan seseorang secara keterlaluan

#7- Faham Wahdatul Wujud

#8-Menyeru di kubur Wali


(c) Syirik pada Perkataan

#9- Menyamakan undang-undang ALLAH

#10-Ikut guru tak ikut Rasulullah s.a.w.

(d) SYAK

#11-Syak.

Huraian:


# 1- Percayakan kuasa selain dari ALLAH.

Syirik berlaku pada 'iqtiqad atau keyakinan, seperti seseorang berkeyakinan dalam masaalah ketuhanan, wujud kekuasaan selain daripada ALLAH (Na'uzubillahi min zalik)~ dapat menghidupkan dan mematikan. memiliki dan berkuasa sama seperti ALLAH.

Inilah yang dilakukan oleh banyak dikalangan pengikut agama lain.Mereka percaya kepada ubsur-unsur yang bukan-bukan, umpamanya mereka percaya di angkasa ada kuasa-kuasa yang tidak dapat ditandingi oleh kuasa ALLAH.


Kadang-kadang terbawa-bawa keyakinan ini- percayakan nasib,percaya kepada sial-majal; seakan-akan sial-majal itu penentu dan penguasa yang boleh menentukan untung rugi; mengatasi atau seiras,seimbang atau sama dengan kekuasaan ALLAH SWT.


Next: ....Menghalal dan mengharamkan.

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

15 comments:

Mat Salo said...

Salaam Doc. Seperti biasa terima kasih kerna sudi mengingati hamba Allah yang serba kekurangan ini dengan takzirah Jumaat saudara. OK let's get down to business. Doc, I bukan nak racun, but it's high time you get that D40. I see you're getting more and more creative but limited by your equipment. Now, bila D40x kuar 40 dah jatuh rega sket. Around, 2, 2.1K only. Miles ahead of the newer 10 MP 40x laa Doc... My D40 can flash sync all the way to 1/500 sec. D80 and 40x up to 200 only. What this means you can freeze action with flash better and not only that, can use a small (cheap) lesser powered flash like my SB-400 which costs less than 400 ketul... Just a thought, heh.

BTW, solat kat mana tadi Doc? Masjid DT ke?

tokasid said...

Matsalo:

Memang nak sambaq D40 tu, hopefully by year end kot. 2-3 bulan ni perit sikit tu yg kena tangguh dulu.
Ada sorang kawan lagi pun dok gian D40 jugak.

Kalau dapat nanti aku bagitau hang.
Tadi kat masjid DT saja. Malam ni nak balik Tepen sat tgk rengtua aku. Mungkin aku terawih kat mana-mana RnR dan makan soq kat RnR Tapah kot.

Hang balik Raya bila bro?

Accia said...

salam doc and mat salo,
apa lah dok cerita pasai D40 kat sini.ingatkan mat salo nak komen pasai yang membataikan Islam. awat, hangpa tak dak henfon ka? hee...

chek ingat lepaih beli D40, doc boleh bukak blog lain untuk gambaq-gambaq doc. memang creative pon gambaq ni. boleh kami semua tengok dan belajaq pasai ambik gambaq.

cakapaje said...

Salam Doc,

Sebagai cadangan saja: perhaps you should get one of those emailers to circulate your postings pasal agama to mailing list bebanyak le. If you agree, insyAllah, I'll try to get a friend to do it.

ps. Very curious picture there.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Doc,

Yang [b] itu, masih banyak juga diamalkan oleh orang Melayu kita. Begitulah...Ada yang sanggup mati anak dari adat.

Sekali lagi gambat yang berjiwa. Walaupun cuma ampaian pakaian... Refleksinya itu yang mmebuat saya diam berfikir sekejap. :)

tokasid said...

Accia:

Kah3...Matsalo di Balikpapan saya di Durian tunggal dalam blog bertemu jua.

Henfon ada, tapi bila sms matsalo lambat respond, mungkin sms kena naik boya ka gajah ka tak tau lah...
InsyaALLAH kalau ada D40 muleh la buka blog gambaq pula.

(ni nak bagitau...my knowledge about photography is zero but have lots of interest in it)

tokasid said...

Shah cakapaje:

Bro, aku bagi hang and sesiapa saya permission untuk sebarkan ke mana-mana mailing list. Tak payah tanya..aku kira dah bagi open cheque la ni..

Dulu masa akaun jaring idup lagi aku ada banyak mailing list, tapi selepas susah nak bayar jaring( they keep on moving office in Melaka, can online pula aku mana ada credit card) semua mailing list tak boleh akses(sebab tak boleh akses jaring).

You do what you think is okay shah. at least hang terlibat dalam sebarkan ilmu.Semoga ALLAH beri Rahmat kat kita semua.

TQ bro.

tokasid said...

Wak pinter:

Memang benar saudara. Adat istiadat kita di Nusantara(Malaysia,Indonesia,Brunei dan Singapura) masih banyak terdapat unsur2 khurafat dan syirik. malang nya perkara ini telah mendarah-daging dalam sanubari kita, sampai bila di tegur ada yang melenting marah.

Kalau pulang ke Kedah, bila saya menegur pasti saya mendapat 'jelingan manja' dari elders. Saya kurang makan garam lah kurang ajinomoto lah...

But walau bagaimanapun, yang benar mesti kita kemukakan agar mereka tahu. Untuk menerima atau tidak bukan hak kita menentukan, Tanggungjawab kita ialah menyampaikan.

Foto tu biasa-biasa saja wak,ngak ada istimewa. Cuma saya sering ada di tempat dan waktu yang sesuai untuk snap foto.
( saya suka entry wak tentang tagging tu...ada benar dalam gurauan)

Mat Salo said...

Doc - Insya'Allah balik 2-3 hari sebelum lebran. Tiket Bis udah dipesan, Pak Dok.

He... E-accicca2ra pon tau D40.. minat ya.. baguih la chek..

Nak plan some sort of get-together 1-2 weeks after Raya. TT session for Kerp, RG, E-accia, Shah dan sesapa berminat. Turun laa nanti ya Pak Doc. Low Key event laa...

Accia said...

salam doc and mat salo,
click here
http://thumbnails.thestar.com.my/view.asp?id=426
my son took that photo. tapi kami tak mampu beli yang canggih. dia pernah cerita pasai D80 tu. saya tak tau sangat.

asainya, video cam tu nak tunjuk cucu-cucu esok pasai mak pak depa masa kecik. tak sangka pulak jadi untuk tengok bila rindu kat afifah.
lani tak tengok dah. sebak dada bila tengok arwah nyanyi dan bersukan.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam doc,

Masyarakat jawa lama-lama juga banyak adat-adatnya yang berunsurkan sebegitu. Cuma sekarang ini adat-adat sebegitu sudah semakin terhakis, mungkin sebab generasi jawa hari ini dah 'boleh berfikir'.

Tapi saya suka gambar itu. Sungguh. Terutamanya refleksinya itu.

Itu entri biasa-biasa saja doc. Cuma mungkin sebab dalam serius ada sedikit lelucon. :D

tokasid said...

Matsalo:

Alhamdulillah segala tiket buaya dan gajah telah hang dapat dan dapat berlebaran serta berliburan dengan famili. dan sementara tu jangan ada puasa yang 'pecah' dong pak.

Get-2-gether, insya ALLAH kalau tak ada aral aku cuba try pi ke KL. Kalu dan lah, sebab nak balik Tepen lagi dan hantar anak ke asrama lagi.

tokasid said...

Accia:

Memang banyak gambar2 lama akan membawa kenangan terutama kepada seorang ibu. harap Accia sentiasa sabar bila saat-saat begini menjengah pintu hati.

tokasid said...

Wak pinter:

Memang tak dapat di nafikan dalam masyarakat jawa banyak adat dan budaya yang berunsur khurafaat dan syirik. Malah dalam kelompok etnik Melayu yang lain jugak begitu. Ini kerana walaupun telah beratus tahun Islam, namun kesan peninggalan agama Hindu dan Buddha dalam kehidupan masyarakat Jawa masih amat menebal. Begitu juga jiwa animistik kita sukar untuk di hakis dari jiwa kita. Kerana pengajaran tentang aqidah di kalangan kita hanya ala kadar. Sudah lah begitu, di sukar-sukarkan pula cara mengajar aqidah membuat ramai tidak faham pengajian aqidah yang sebenar.
Seingat saya ketika di sekolah dulu(menengah dan rendah) di ajarkan sifat 20 yang berbelit-belit dengan ilmu falsafah sehingga membuat ramai jadi keliru. tetapi tidak pernah pula kami di ajar perkara-perkara yang membatalkan syahadah.

bagaimana mungkin umat Islam mampu menangkis serangan dari segenap sudut jika pertahanan aqidah kita memang amat rapuh dan bolos?

InsyaALLAH nanti saya letakkan lebih banyak foto berjiwa.

ZABS said...

TA: Kalau beli sekarang D40 tu banyak gambar bagus2 dapat ambil Raya ni...

Senang nak guna ke Nikon tu. Fully auto ke kena set dia punya aperture, contrast dan sebagainya?