Wednesday, September 12, 2007

Pesanan tentang Berpuasa Romadhon







Salam untuk semua. Alhamdulillah kita bakal bertemu dengan Ramadhon mulai esok. Bulan yang paling istimewa bagi umat Islam, iaitu bulan kebaikan. Bulan Ramadhon adalah bulan yang dipilih oleh ALLAH kepada umat Muhammad s.a.w. dan tidak pernah dipilih kepada umat-umat sebelum ini.

Secara umum ada beberapa kategori manusia di bulan Ramadhon:

1-Muslim yang berpuasa tetapi masih bergelumang dengan noda dan dosa. Malah ada jugak yang langsung tidak berpuasa( dengan sengaja). Tanpa segan silu, siang atau malam mereka lakukan maksiat. Apabila ditegur atau di nasihati,pandai pula mereka naik marah.

2-Golongan yang hanya berlapar dan dahaga sahaja kerana mereka telah melakukan perbuatan keji seperti mengumpat, bercakap kotor dan lucah etc. Puasa mereka mungkin sah, tetapi tidak ada nilai di sisi ALLAH. Ada juga yang jadikan Ramadhon sebagai peluang menjamu selera sehingga membazir( apa lagi kan pasar Ramadhon banyak kat tempat kita). Ada pula yg ambil peluang berjaga malam, tetapi bukan utk baca Quran atau zikir atau bermunajat tetapi menyambung aktiviti melepak di warung hingga waktu Subuh!

3-Golongan yang berpuasa dan menjaga segala larangan dan adab berpuasa. Mereka menjaga perkataan dan perbuatan mereka. Mereka membuat kebajikan seperti bersedekah,membaca al-Quran dan solat malam.

Persediaan menghadapi Ramadhon al-Mubarak:

1-Berazam utk bertaubat dan menyerah diri pada ALLAH serta melahirkan cita2 utk mengimarahkan bulan Ramadhon dgn amalan soleh.

Firman ALLAH dalam Surah Toha ayat 82:

Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.

2-Memanafaatkan Ramadhon sebaik mungkin,mudah-mudahan bermula sehingga berakhir Ramadhon akan menambahkan kebaikan dan kesan mendalam dalam diri kita.

3-Mengambil peluang untuk sucikan diri dan membuat perubahan agar kembali taat dan mengingati ALLAH.

4-Sentiasa mengaungkan Asma al-Husna(nama-nama ALLAH) dan menghayati maksud setiap nama tersebut.

5-memperbanyakan zikrullah seperti membaca al-Quran,bertahmid, bertasbih bertakbir dan seumpamanya.

6- memperbanyakan doa-doa pada waktu yg afdal:
(i)-waktu hampir berbuka puasa
(ii) waktu antara azan dan iqamah
(iii)-Satu pertiga malam terakhir iaitu ketika waktu sahur.

7-Memperbaiki akhlak kita dan sentiasa sabar dengan karenah manusia.

8-Ramadhon adalah bulan keampunan.Celakalah sesiapa yang tidak mendapat keampunan pada Ramadhon.

PUASA: dari segi syarak bermakna~ menahan diri dari segala makanan dan minuman bermula dari terbitnya fajar(Subuh) sehingga tenggelam matahari(maghrib), di sertai dengan niat.

Rukun Puasa:

1-Niat. Seperti semua amalan ibadah puasa mesti disertai dgn niat pada malam harinya(untuk puasa wajib). Niat itu di hati, ianya gerak hati kita hendak melakukan sesuatu amalan. Jumhur ulamak tidak mensyaratkan lafaz niat.

2-Imsak: maknanya menahan diri dari makan dan minum bermula dari terbit fajar(Subuh) hingga tenggelam matahari.

3-Islam,baligh,berakal dan berkemampuan.

Perkara yang membatalkan puasa:

1- Jimak-puasa terbatal dan wajib mengqada' serta di kenakan kiffarah(denda) mengikut turutan(dalam hadith riwayat Abu Hurairah ra di dalam Sohih Bukhori dan Muslim)

(i)-membebaskan seorang hamba yang beriman( zaman sekarang tiada lagi perhambaan)
(ii)-wajib berpuasa selama 2 bulan berturut-turut dan tidak boleh di selangselikan. Jika tertinggal maka di lakukan semula selama 2 bulan berturut-turut jugak.
(iii)-Jika tidak mampu berpuasa 2 bulan , hendaklah memberi makanan kepada 60 orang miskin.
( nota: Kaffarah adalah yg pertama dahulu,kalau tiada hamba maka wajib yang kedua, jika tidak mampu( kerana zakit atau uzur) barulah boleh yang ketiga)

2- mengeluarkan mani dengan sengaja(pada siang hari bulan ramadhon)- puasanya terbatal dan wajib mengqada'kan pada bulan yang lain. Tetapi jika air mani terkeluar di sebabkan mimpi, tidak batal puasanya( kerana itu bukan atas kehendaknya atau perbuatannya).Org itu hanya perlu mandi wajib dan teruskan puasanya.
( suami isteri yang bercumbu atau memeluk isteri tetapi tidak keluar maninya, puasanya tetap sah)

3- Makan dan minum secara sengaja( sedar dan ingat dia sedang berpuasa). tetapi jika tidak sengaja atau terlupa dia puasa( eg tidur petang, bila bangun dia tak ingat dia puasa,lalu makan. Tapi ketika makan dia teringat dia puasa atau ada org lain menegur, dia mesti terus berhenti makan/minum dan teruskan puasa)

4-Muntah dengan sengaja( eg jolok jari dalam mulut sampai muntah). Jika tak sengaja,puasa nya sah dan mesti teruskan puasa.

5- haid dan nifas.

Perkara yang diharuskan ketika puasa.

Ini adalah keringanan yang diberikan oleh ALLAH kepada hamba-hambaNya.

1-Bersiwak/gosok gigi.

2-Berbuka bagi musafir,orang sakit dan sesiapa yg tidak mampu.

3-berkumur-kumur atau memasukkan air ke dalam hidung, tetapi hanya sekadar menghilangkan debu dan kotoran dalam mulut dan hidung.

4- Merasa makanan(taste..not eat)- selagi hadnya tidak sampai ke halkum.begitu juga masaalah berkaitan ubat gigi.

5- Mandi dan basuh kepala utk menghilangkan kepanasan dan dahaga.( hadith riwayat Abu Daud)

6- memasukkan ubat ke telinga atau mata.

Sunnah dan Adab berpuasa:

1- Berdoa ketika melihat anak bulan.

2- Sahur

3- Melewatkan sahur

4-Meninggalkan kata-kata keji dan perbuatan jahil

5-Tidak membalas cercaan atau makian.

6- Tidak di benarkan berbohong( riwayat al-Bukhori)

7-Bersedekah. Nabi s.a.w. banyak bersedekah pada bulan Ramadhon.(hadith riwayat Bukhori)

8- membaca al-quran. Dalam hadith riwayat Bukhori: Jibril a.s. menemui Nabi saw setiap malam di bulan Ramadhon dan Nabi saw memperdengarkan bacaan Quran kepada Jibril a.s.

9-Melakukan Umrah(jika mampu)

10-Menyegerakan berbuka puasa.

11-Memperbanyakan doa sebelum berbuka

12- Berbuka puasa dengan Rutab, tamar atau Air( ikut turutan itu,mana yg ada): ini yang sering Nabi saw lakukan.

13- Segera mengerjakan solat Maghrib.

14- Berbuka secara sederhana( ini yang ramai kita tak boleh buat)

15-Menjamu orang yang berbuka puasa.

16-Mengerjakan solat tarawih.

17-Berusaha mendapatkan Lailatul Qadar.

18-Beriktikaf pada sepuluh terakhir Ramadhon.


Tentang fadhilat berpuasa boleh baca apa yang telah di blog oleh Pak Mior.
And some nice artwork tentang fadhilat Romadhon di sini.


Semoga Ramadhon tahun ini akan memberi perubahan yang baik kepada kita semua. dan semoga ALLAH menerima puasa kita dan Mengampunkan segala dosa-dosa kita. Ameen Ya Rabb.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

24 comments:

Kerp (Ph.D) said...

salam doc,

saya ingat masa mula2 accident dulu, mmg tak bleh puasa atas sbb kesihatan. tapi dah 2-3 tahun start naik lemak tak puasa jugak.

Alahamdulillah, Allah bukak hati pada tahun ke empat utk cuba berpuasa semula. takut mula2, jadi mcm kanak2 umor 7-8 tahun baru nak belajar.

salam Ramadhan doc, juga kpd org rumah dan seisi keluarga.

*eh, agak2 bleh dpt tak lirik lagu siam tu doc? desperate ni. samapai ke lubang cacing carik tapi tak dpt2..hahha..

AFRAR YUNUS said...

salam sdra
sahabat dan keluarga serta semuanya, saya mengucapkan selamat menyambut Ramdhan Shariff. Semoga Allah swt memberikan kekuatan, kesihatan,memberkati dan mengampuni kita, InsyaAllah.

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183

cakapaje said...

Salam Doc,

Thank you for this article. And my apologies; I thought I had, but seem not: Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubaraq!

Anonymous said...

Salam brother,

Selamat menjalankan ibadah puasa.

I went to look up for the book at the book store in Setiawangsa. They ran out of prints.

Can you give me the ISBN no? So that I can ring up MPH and send it over to me? Malaslah nak keluar bulan puasa nih.

Selamat Malam

Daphne Ling said...

Hi Doc,

Here's wishing you, family and loved ones a blessed Ramadhan, and a Happy Fast! Was sms'ing everyone and I didn't have your number (or your email), so here's a blog version instead! Take care...

de_kerinchi said...

Salam saudara Tokasid,

Selamat menyambut bulan ramadhan...

satu lagi yang patut kita sentuh, tentang orang kita, kalau ada orang yang nak berjinak-jinak ke Masjid dan Majlis ibadat tu, tolong lah jangan perli dan memalukan mereka...patutnya dipimpin mereka ini...

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Kelemahan saya di bulan Ramadhan ini ialah tidak bangun sahur. Sememangnya dari sekolah lagi sahur tidak menjadi kepentingan bagi saya.
Insya'Allah, akan diusahakan untuk bangkit sahur dan bukan untuk Subuh sahaja. Dah ada yang bising kalau saya tak bangun sahur.

mokk said...

Salam Mamat...

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubaraq kepada semua kawan di alam cyber ini.

Mamat...mana mampu nak puasa 2 bulan ha ha....ini kena berhati-hati di jalan raya.

Anonymous said...

salam to TA,
artikel yang bagus untuk peringatan bersama.Terima kasih dan selamat menjalani ibadat puasa...

tokasid said...

Kerp:

Memang kalau dalam keadaan hang masa tu susah nak puasa. Tapi Alhamdulillah la ni dah okay,dah boleh puasa semula kan.
Tapi hang jgn lupa qada posa2 yg tertinggal dulu tu. Perlahan-lahan lama-lama selesai la hutang tu.

Lirik Siam tu kebetulan semalam ada kawan aku dok tanya juga. Dia pinjam CD aku and rip-burn. Dia cari kat internet tak dapat. So the hafal secara phonetik la kot bro...

tokasid said...

Saudara Afrar:

InsyaALLAH semoga matlamat untuk dapat pengampunan dari ALLAH tercapai tahun ni.

tokasid said...

Cakapaje:

InsyaALLAH kita cuba sebaik yg boleh supaya ALLAH sentiasa curahkan Rahmat dan Hidayah kat kita, at all times.

tokasid said...

Sis Elviza:

Selamat berpuasa and sabar dgn kerja dan karenah Luqman.

I have noted the ISBN no in your blog.

tokasid said...

Daphne:

Thank you for your wish.
My e-mail is : marea915@yahoo.co.uk.

I can give my hp via e-mail later.
Take care, have a good weekend and if you do go and see Andrian, give my regards to him.
(...and finish your assignments!!)

tokasid said...

Saudara de_kerinchi:

Ye , itu satu tabiat yg terdapat dalam masyarakat kita.
Saya sendiri pernah dengar, bagaimana ada org( kaki masjid pulak tu) pernah memperkecilkan seorang hamba ALLAH yg dulu perangai tak elok, ingin reform dan mula jinakkan diri dgn masjid, di perkecil dan di persendakan.
tapi sebab yg nak reform ni tahu ramai yg tak suka perangai lama beliau, dia buat tak endah dan terus ke masjid regularly menghadiri kuliah. Saya pernah di beritahu beliau, masa tu memang rasa malu sangat. Bukan sahaja malu pada org yg memperkecilkan beliau, malah malu pada diri sendiri. Dgn mengatasi malu pada diri sendiri beliau memperolehi kekuatan utk terus pekakkan telinga dan secara istiqamah pergi ke masjid.
Alhamdulillah kini dia okay. Bayangkan jika orang yg tidak tahan akan perli-memerli ini? Kemungkinan besar dia tak akan ke masjid itu lagi.

tokasid said...

Fauziah:

Ada banyak fadhilat bersahur. Bangun untuk jamah kurma dan air pun jadi lah, tak perlu makan banyak2.

Sekurang2nya bila bangun nak sahur boleh solat tahajud 2 rokaat, jadi lah.

tokasid said...

Mamat:

bukan hang saja, aku pun tak boleh nak posa direct 2 bulan.

Bila bulan posa aku teringat masa Asasi dulu kita ada Super Chicken.

tokasid said...

mama drzeze:

Sama-sama kita ingat mengingati..

Unknown said...

Doc...Selamat berpuasa, semoga segala amalan kita dibulan mulia ini tidak sia-sia...

Tak tahu kenapa Ramadhan kali ini saya agak sayu...mungkin sebab Mak Mahyar tiada...mungkin rindu saya masih kuat ke Baitullah...bila call kwn2 mereka kata mereka akan berpuasa di sana, alahai bergenang airmata...

Terima kasih kerana memberi peringatan ini...Ramadhan ini bulan kasih sayang juga sebab masa ni mak saya tentunya akan masak apa yang anak2 suka makan...dan cucunya juga...

tokasid said...

Raden:

Memang beberapa peristiwa yg Raden baru lalui akan membuat hati sayu dan hiba, terutamanya pemergian mak mertua.

Semoga Ramadhon ini bisa menguatkan semangat Raden (dan kita semua) untuk terus mencari redha Ilahi, kerana at the end of the day, apa yg paling penting bagi insan? Yang penting hanya Keredhaan dan Rahmat ALLAH semata-mata. Yang lain hanya perhiasan yg kita tinggalkan. Yang mungkin memberi menafaat( sedekah waqaf dan doa anak2 yg soleh) atau tidak langsung kepada kita.

Hilangkan sayu dgn mencari Lailatul-Qadr.Raden baru pulang dari Makkah dan Madinah,bateri baru saja caj, teruskan dgn al-Quran dan zikir2 yg datang dari Nabi saw.
(kami yg lain ni bateri dah weak..tu yg nak buat apa-apa slow dan kurang spark)

blackpurple @ jowopinter said...

Salam,

Biasa nampak sdra di blog tuan zabs... :)

Artikel yang bagus untuk diulangkaji sempena bulan Ramadhan ini. Terima kasih.

Kerp (Ph.D) said...

doc,

menurut ustaz yg saya jumpa dia kata cukup dgn membayar fidyah. kitorang pon dah bayar, pakai ikut berapa cupak beras.

eh doc, daphne tagged saya so saya pon dgn selambanya tag doc..haha...sila ke blog saya. mekasih.

tokasid said...

Saudara jowopinter:

Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Kita pesan memesan sesama kita.

tokasid said...

Kerp:

Yes, kalau utk puasa yg tertinggal tu memang kena bayar fidyah kalau dah masuk ramadhon yg baru. Tapi kalau hang larat hang posa lah sama bro....

Yg tagging tu nanti aku buat