Wednesday, February 20, 2008

Lobi jangan tak lobi....

Say NO to BN



Part I.

"I haven't finalise the list!". Itu lah kenyataan Pak Lah baru-baru ni bila di tanya wartawan tentang senarai nama calun-calun yang telah di keluarkan oleh beberapa ketua parti komponen BN.

Lalu saya terfikir. Saya ulangtayang beberapa PRU yang lalu yang ketika itu BN dan UMNO di kuasai secara total oleh DrM.

Seingat saya, selepas pembubaran Parlimen, bila tarikh penamaan calon dan pengundian di isytiharkan oleh SPR, sering kali hari penamaan calon dgn hari pembubaran Parlimen tidak begitu lama seperti sekarang.

Sekarang hampir 10 hari selepas pembubaran baru akan di adakan penamaan calon.
Jadi banyaklah lobi melobi di lakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO,MCA,MIC dan komponen yang lain.

Saya kira di zaman DrM dulu, calun sudah tersedia cuma utk di fine tune-kan sahaja bila Parlimen di bubarkan.Waktu untuk melobi amat terhad.

Tapi sekarang, lobi melobi amat kuat apalagi kemyataan-kenyataan yang mengelirukan saban hari terpampang di media yang membuat penyandang jawatan Yb dan aspiring calon begitu aggresif melobi dari peringkat bahagian,peringkat negeri( kena mengadap MB atau KM) dan hingga ke Putrajaya. Saya yakin sekarang menantu amat sibuk dan berkuasa dan amat ditakuti oleh bakal-bakal calon terutama dari UMNO.

Saya terfikir apa muslihat tempoh yang panjang antara pembubaran dan penamaan calon.
Ada kawan dari UMNo kata, tindakan Pak Lah ini tak bagus sebab akan banyak lobi. Kempen tidak boleh dilakukan secara efektif bila tiada calon yang jelas.
(Memang begitu sekarang ni di Melaka.Walaupun sudah seminggu secara am nya, kempen di sini masih low gear atau masih sejuk.Amat berbeza dari 2 PRU yang lalu di mana kempen terus hangat sebaik saja pembubaran Parlimen).

Di Durian Tunggal dan Bukit Katil umpamanya, perang bendera belum bermula kecuali di luar bilik gerakan parti. Di Durian Tunggal bendera PAS sudah naik tetapi bendera UMNO dan BN belum lagi. Malah calon PAS sudah di tentukan bagi Durian Tunggal dan Bukit Katil tetapi bagi UMNo masih di peringkat melobi.Jadi tiada nya calon yang di jangka membuat BN/UMNO belum bergerak efektif.

Tapi dari satu segi lain, tindakkan melambatkan penamaan calon mungkin menguntungkan PakLah dan menantu.Bayangkan waktu yang panjang utk melobi ini boleh membuat PakLah dan menantu utk mengenalpasti siapa yang boleh mereka harapkan. Mengenalpasti siapa yang perlu di cantas. Dan ini lah masa memaksa 'taat setia' bakal-bakal calon. kerana harus kita ingat, selepas ini akan di adakan pemilihan pucuk pimpinan UMNo pula tahun ini juga. Ini lah saat yang paling sesuai bagi PakLah dan menantu mengenggam kuat sesiapa yang ingin jadi calun PRU.
Itu pandangan aku. Anda mugkin mempunyai pendapat yang berbeza. Kita kongsi bersama.

Lobi-melobi ini membawa kepada kisah yang aku alami pada 2004.

Part II:

Back in 2004 my name was always mentioned as a candidate for that GE. It had been speculated for almost 1 year before that election. SBs had been gathering info about me and this was confirmed by someone I knew very well. There had been on several occasions that my name cropped up when the SB exchanges political informations among the states.

PAS people had also been spreading the news that I will be the candidate. MCA,MIC and some veteran UMNO members had been urging me too even when they knew I am a Bulan man.
By keeping mum doesn't help the situation. Some digrunted BN people started to tell their friends and when they see me most promised that they will give their votes to me and help my campaign.

1 week before dissolution, on a Friday afternoon around 12.30 pm as I was about to leave to the masjid a man in his 30s came to see me and told me he will just take a few minutes of my time. I say okay and asked him his purpose. He told me his name( I don't think it was his real name) and that he was an UMNO member for Bahagian Alor Gajah but he is with a so called think-tank in Putrajaya.

He wanted to know if I was really gonna stand as a PAS candidate? I told him maybe yes and maybe no,why? Iasked him.

He started talking about Islam and bangsa Melayu and the need for the Maly Muslims to be strong to avoid other races of becoming the master of Malaysia. He was very 'patriotic' and told me lets forget about political party and think of the ummah. But I know, these guy is a balaci sent over to 'buy' me and he is all but bullshitting me with his patriotic talk.

So I asked him what does he want me to do?

Balaci: Macam ni doc. Saya mahu doc jadi calun PAS tapi 3 hari sebelum pengundian doc tarik diri. Kami akan bayar doc RM50 ribu. Ini saja pengorbanan yang doc perlu buat untuk kepentingan Islam dan Melayu doc.

TA: So hang nak suruh saya jual maruah dan parti saya ka?

Balaci: Ini untuk kepentingan Melayu doc.

TA: Kalau aku bertanding pun adalah untuk kepentingan Islam dan Melayu. Kami lawan sebab YB yang UMNO ada selama ni di Durian Tunggal ni semua dok bolot harta saja. Cuba angkau tengok Dato A...sampai kaya raya. Tengok YB B pulak...sama jugak sampai kali ni dia pun tak jadi calun lagi. Ni yang nak jadi calun UMNO kat sini Datuk C kan sekarang ni YB dan DUN lain. Apasal dia nak pindah lawasan? Mesti ada hal di DUN lama betul tak?

Balaci: Memang lah doc. kalau doc masuk UMNO tentu kami boh doc jadi calun kami...

TA: Akyu tak masuk UMNO atas dasar prinsip masing-masing parti ,itu saja.Aku tengok UMNo ni dah jadi lubok cari harta bukan rakyat jadi keutamaan lagi.

BAlaci: Itu saya akui doc...so macamana..boleh kita close deal tak yang ni?

TA: RM 50 ribu! Awat hang ingat aku ni murah sangat ka. Macam ni saja lah...kalau nak suruh aku buat macam tu, aku mahu 500 ribu. Aku nak duit tu semua masuk akaun PAS. Aku tak mau satu sen pun. kalau sanggup 500 ribu aku boleh buat macam tu.

Balaci; Woih...tu banyak sangat la doc. saya boleh lobi supaya depa bagi doc 100 ribu.

TA: macam ni saja lah... kalau hangpa nak bagi sejuta pun aku tak mau sebab itu rasuah nama nya. Aku bab hulur-hulur ni cukup pantang. Aku ingat hang balik saja lah..aku nak pi solat Jumaat dah ni.Jom kita pi sekali.

Balaci: Tak pa doc pi dulu...tapi doc fikir proposal saya.Untuk Islam dan bangsa doc.

Aku bersalam dengan balaci tu and walked to the masjid. Khutbah dah start. Lepas tahiyatul masjid aku dudok dengar khutbah tiba-tiba dapat sms. dari balaci tu rupanya. Masih dok pujuk aku. Dia kata, doc 100 ribu confirm dapat kalu doc setuju.

So, just imagine what people can and will do just to make sure their boss will become a candidate and for their candidate to win, by hook or by crook. But it seems that by crook is the choice of today.

And for that 2004 GE, we have seen several reports of attempt to buy opposition candidates.
And regretted for not making a police report on the above matter.



31 comments:

Unknown said...

Ptuuiii, Ni yang nak bagi aku jadi Keng Yaik dan ludah muka depa ni. Depa dah memang kaki pelahap duit sampai depa ingat orang semua macam depa.
Aku rasakan bila depa duduk sama-sama depa depa mesti dok kata:

Heran no, puak-puak ni. Orang nak bagi duit punya la banyak pun depa tak mau ambik. Awat depa bodoh sangat. Ambik la duit tu. Bukan senang nak dapat duit banyak tu.

Bagi depa, tohan depa Ringgit, Peso, Rupiah, Rupee, Dinar, Dollar dan akhir sekali Setan.

Anonymous said...

salam to TA,
nasib abik tak masuk calun masa tu nooo...kalau tidak tu merasalah ada jadi YB.hehe apapun memang betul cakap you tu..kalau rasuah tu macamana pun tetap rasuah kan seket ke banyak ke...
suasana di sini pun gitu jugak..bendera pAS dah meriah dipasang..bendera BN satupun taknampak lagi.heran gak awat jadi lagu tu..peruntukkan upah belum keluar lagi kot?..atau belum benar benar bersedia?atau dah overconfiden kali ini?.

tokasid said...

Che'gu:

Masa si balaci tu sebut nak bagi duit supaya aku tarik diri 3 haru sebelum mengundi( jadi BN akan menang tanpa bertanding) aku rasa memang nak ludah dgn kahak yang paling hijau kat muka dia. Mula-mula siap boleh cakap pasai Islam la Melayu la...tau-tau nak beli aku. Aku ada bagi tau dia,hang ni tadi baguih cakap pasal maruah Islam lah maruah Melayu la...ni nak bagi duit kat aku ni kira rasuah tau...dia macam terkedu la sat.Tapi kalu muka jenih tak tau malu ...dia bukan peduli apa halai haram dosa pahala.

Lepas pada 2 dua hari dia call and sms aku tapi pasai aku buat tak tau..dia give up kot.

tokasid said...

Mama drzeze:

Masa tu walaupun di suruh oleh Pesuruhjaya otk masuk tapi waktu tu banyak sangat ujian yang mai. Masa tu wife kena transfer ke Trengganu( kami pindah pada hari penamaan calon dan sempat balik sehari sebelum mengundi pada 2004).Bayangkan kalau saya terima jadi calon...tak kelamkabut ka.Takkan wife pindah jauh kita tak tolong bagi dia settle di tempat baru? Dan selepas itu dok kena berulang alik dari Melaka -KT setiap minggu memustahilkan saya mahu menjadi calon.

Puak2 UMNO/BN tak all out ni sebab tak pasti sapa yg akan jadi calon. kalau depa pulun sakan tau-tau bukan bos depa jadi calon...kan leceh.Jadi depa tunggu ..kalau bos depa jadi calon baru depa pulun.Kalau org lain jadi calon, depa sekadar tunjuk muka saja lah kat bilik gerakan.

Depa kan pulun bila Pak Lah dah isytihar sapa calon.

Dan bila dah tau sapa calon...baru duit masuk kencang. Ingat org mcm ni nak buat kerja free saja ka? Kalau org PAS dan PKR memang lah buat kerja free. Bukan tu saja depa siap akan bagi duit kat calon lagi pulak tu(terbalik dari UMNO)

mokk said...

Salam Mamat...

...orang politik ini pandai berkata-kata...hebat siap cakap kepentingan islam dan ummah...tak rasa bersalah kah cakap macam tui?

...anyway Mamat..teruskan perjuangan..berjuanglah dgn ikhlas dan kerana Allah.(juga pesan dan ingatan utk diri i sendiri)

Bergen said...

Doc, the broker could have been given RM250k to buy you. He thought he could with a 50k so he could keep rm150k for himself. He reckoned you would take the bait but wanted to drive a hard bargain and so he figured, a 100k would still leave him with a rm150k.

Like I've said, this party is cash rich and we don't have to know where the money comes from because there's more where it does. People are playing the same game except things cost more now.

I reckon we can all assume that those who put their name down to contest under the opposition but pull out at the last minute give in to the money. Not a bad way to make fast cash eh? It could be a good career option, making a life out of putting the name down, and pulling out at the last minute.

So it's trule like they say, this is the land of opportunity because obviously one doesn't need a university degree to make a good living in this country. LOL.

de_kerinchi said...

salam saudara dr. tokasid,

apa yang dihidangkan di depan mata kita, adalah bukti jelas begitu lemahnya pengurusan dan daya kepimpinan paklah....yang lebih mengharukan...penasihat-penasihat paklah turut lemah....jauh dari gaya kepimpinan yang terdahulu...pendek kata...kepimpinan cara paklah macam kepimpinan peringkat cawangan..

Anonymous said...

salam doc,
betoi kata chegu, 'depa ingat semua orang macam depa'.

everytime ada yang tarik diri last minute, kami pasti nak tergelak! biarlah mereka nak kata saya sangka buruk.

tokasid said...

Mamat:

Aku mula-mula ikat balaci ni nak test 'market', tapi lepas tu bila ada masuk suratkhabar beberapa calon PAS di tempat lain( kalau tak silap Johor kot) claim benda yang sama, aku yakin memang ada effort utk beli calon bagi tempat-tempat yg di duga memberi saingan hebat.

Kalau waktu itu sapa tak mau duit 'terletak' tapi aku tak mahu khianati perjuangan dan paling takut bila jumpa ALLAH Azza Wa Jalla nanti...sure kena rejam api neraka.

Dan aku bab-ba nak sogok ni cukup aku benci.

tokasid said...

Bergen:

Few of my friends said the same thing.Most probably this balaci was 'allocated' around the figure you mentioned. And he like most brokers(or should I say beruk ke) would love to 'makan keliling'.

And the fact that he tried to contact me via calls and sms the next few days might just indicate that. Since I was not interested, he was the one who actually lost the windfall.

Land of opportunity it is.An ex- railway gate keeper managed to be a powerful politician and amashed wealth like a king with huge bungalow of 16 rooms smacked in a kampong. No, you don't need to go to university.Not at all.

tokasid said...

Salam saudara de_kerinchi:

Dari segi kepimpinan UMNo saudara lebih mengetahui dari kami yang bukan terlibat dgn UMNO. From what you had seen, saudara sendiri nampak kepincangan tersebut.
Beberapa teman ahli UMNO di sini cukup pening dan hairan dgn tempoh yg lama sebelum penamaan calon.Mereka jadi tak keruan. Hendak mula berkempan bagaimana jika tidak tahu calon nya siapa.Kita pernah melihat ada pemimpin di peringkat bahagian yang boikot kempen bila nama tak di calunkan. Ada yg secara terang-terang isytihar tak mahu berkempen.Kebanyakkan yang tidak terpilih akan secara diam menjadi tidak aktif pada tempoh berkempen atau sanggup ke negeri lain utk berkempen.

Suasana tidak keruan ini menyebabkan jentera kempen tidak dapat di mulakan dgn efektif.

bagi pembangkang tiada masaalah kerana tujuan memasuki pilihanraya amat jelas jadi kempen mereka sudah bergerak(berkesan atau tidak itu hal lain).

tokasid said...

E:

Yang saya terkejut tu sebab dia tanpa segan silu mai offer nak sogok.Tapi macam Bergen kata,most probably dia telah di 'allocate' peruntukan yang besar dan dia terpaksa pulun usaha jugak supaya dia dapat habuan besar.Tapi dia mai jumpa org yang silap. Biaq lah duit takdak macamana pun, insyaALLAH rasuah ni saya tak akan buat.Biaq lah nak kena denda atau saman rasuah tak akan saya bagi utk lepaskan leher saya. Sini mungkin terlepas( banyak perasuah besar yg terlepas kan zaman ni?) tapi akhirat gerenti kena.Kena big time pulak tu. Tak mo lah cek...

Anonymous said...

Salam Doc.,
Saya ada biras kerja SB di AG tu, dia pouin kekadang pening bila tiba time PRU ni.
Kalau bukan tuan yang cerita mungkin saya tak percaya, walaupun pernah dengar cerita2 macam ni.
Nampaknya mereka sanggup buat apa saja untuk menang. Mencantas kawan sendiri pun mereka sanggup inikan pulak lawan.
Lawan jangan tak lawan. Kali ni jadi calon tak?

tokasid said...

Pak zabs;

Dulu-dulu bila timbul cerita macam ni saya sendiri tak percaya. Bukan kerana mereka tak sanggup buat kerana tak berduit, tetapi tak sanggup buat sebab itu salah. Tapi bila kena batang hidung sendiri baru saya percaya.

Kali ni tak jadi calun jugak. Saya tak rasa keluarga sanggup menerima bahana yang bakal menimpa. Apa yang berlaku selepas PRU 10 dan PRU 11 sudah membuat keluarga terasa peritnya.
seperkara lagi saya kena jujur dengan ketidakbolehan sendiri dalam memimpin. Saya lebih keada golongan yang memberi sokongan kepada yang berkaliber dan berbakat.
Saya tiada al-Quwwah dan al-amanah pun belum sempurna.

Kerp (Ph.D) said...

cehh...that was one serious case la doc. fine, the 50k can be alot to most but you held firmed to what you believe in and made that balaci look silly.

just a thought, doc. kalo masok Umno pon ok gak, as you can rectify mana yang dah jahanam from within, say corruption for one. and imagine you'd be one of the rare assets for them; clean of corruption.

tokasid said...

Kerp:

Memang banyak dia offer siap boleh up kan lagi. tapi den takot doso takot api norako.

From within? Hmmm...DSAI tried from within...failed. A few personal friends yang konon2 have high principles tapi bila dah jadi YB DUN and Ahli Parlimen, principles ke mana apa ke mana. Yang dulu dia depa tak suka dan bercita-cita nak ubah...sekarang depa pun dah jadi dua kali lima daa....Kalau aku lagi la hancus bro. kalau aku lagi la sakan mahligai dari yang dok Kelang banglow 16 bilik. Kalau aku masuk UMNo muka aku lebih tegang dan licin dan lebih putih dari kawan aku kat Selangor tu....

Ohh... tidak sama sekali. baik pemimpin marah aku daripada aku jadi pemimpin(haprak) rakyat maki hamun aku.

Anonymous said...

salam sekali lagi,
thanks for da info..ngundi kat Perak tawun ni.

Mior Azhar said...

Dalam Doc,
Part I: It seems banyak mana depa bohong ker apa ker, it's okay. They make it okay. And orang ramai (read orang kampung) accept it without blinking. Bodoh. And I must agree lar.... the kempen belum masuk gear satu pun (at least here in Subang Jaya/Puchong area. Weird lar jugak.

Part II: Reading this entry make me very worried .... very worried for my kids.

And Doc, kalau Pakistan Boleh....Malaysia lagilah Boleh right? Let's make it happen

Kerp (Ph.D) said...

doc, the last bit was a puncher. better to get the stick from party leader than to the people who voted you in.

that UMNo fella of former Durian Tunggal has been dropped, which could possibly mean he didnt do enough for the community. health reason could be another but i doubt.

tokasid said...

Mama drzeze:

Selamat ngundi yong!!

tokasid said...

Pak Mior:

Teman pun idak paham perangai orang Melayu nih...macam senang di gula-gulakan( di takut-takutkan lagi senang yob!Like: Eh...kalau UMNo tak jadi kerajaan nanti anak-anak kite tak dapat le keroje gomen...or...kalau BN kalah takde harapan le anak kita nak masuk U...)

Mior, org Pakistan ni lain. Deme ni dari segi politik macam orang Kelantan. Berani melawan arus.

Org Melayu malaysia di tak berani melawan arus, tapi bila ngikut arus pun mati lemeh le jugak, tak gitu yob?)

tokasid said...

Kerp;

I saw some of the Melaka list. The Durian Tunggal tu sebab dah lama sangat.B4 DT dia dah ADUN kat kawasan lain dan dah jadi EXCO lama dah. So dia kena bagi laluan pada kroni yg baru lah.

Yang Jasin close one eye tu pun kena kick dan memang patut pun.Kalau dia jadi calun jugak memang kena balun dengan parti alternatif punya.

Yang mungkin mengejutkan org ramai (but not in Bukit Katil parlimen) is Dr Ruddin MP Bukit Katil di kick sedangkan he is educated(profesor in Engineering), young and baru satu term jadi MP. But Ali Rustam memang tak suka mamat ni(ironically, Ali was the one who brought Ruddin back to melaka from UTM to form KUTKM now upgraded to become UTeM.And Ali try to groom Ruddin in politics. In 2004 they had a fall out for Ruddin was said to be very ambitious and Ali dislike this. At the last moment Ruddin was choosen as a candidate then but Ali memang tak suka. What happen after that really showed they have a big problem even though they are from the same kampong ie Bukit Katil. Due to some TNB-factories problems, Ruddin's wife who was the TNB boss in Melaka was transfered to Bangi TNB Training Centre.Just imagine the wife of an MP who is also the Parliamentary secretary,transfered within 24 hours!)

Kami in Bukit Katil sort of dah expected Ruddin will be drop.
And yg akan ganti Ruddin is one ex-teacher Md Sirat who was Ali's political secretary(once) and was also the former Datuk Bandar who within 2 years dah perabih duit majlis punya lah banyak. And within 2 years as a Datuk bandar he managed to get a piece of expensive plot in Melaka Perdana with a huge bungalow. And we know no Datok Bandar can afford that kind of possesion within 2 years with that kind of salary.
(Rumah bapa Md Sirat ni dokat rumah den di Bukit Katil)

Mat Salo said...

THIS is the piece that I've been waiting for!

I think you should have made a police report back then although what good it would do I don't know.

Disagree wid goonyboi, dia kata masa ArmNO pon okey, reform from inside. But what about that 50K on your hands? Pooooraaaah! It's blood money babe.

Baik kasi 50K tu kat Mat Salo eh Kerpie? Me and you go LA watch Foo Fighters lLive! :) Lagi berbaloi. Kita naik first class ama Chegu... hehee...

Unknown said...

I heard untuk Melaka, Ali panggil all aspirants to his house and suruh walk a straight line. Jasin couldn't asyik dok langgar tiang. Mana tak langgaq, mata tutop sebelah. Kena drop la dia.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam doc.

Biasalah puak-puak itu. Mereka ingat semua orang boleh dibeli dengan RM? Silap oranglah....

Jom! Kita ramai-ramai bulatkan hati. Tak payah timbang-timbang lagi dah... :D

tokasid said...

Pak MS:

I have more to expose. Just got 1st hand info from a disgrunted UMNO guy.

Apa yg Kerp suruh buat is cuci tong taik dari dalam. Tak mau den...busuk nak mampoih.

tokasid said...

Che'gu:

Not only Jasin was drop bcoz he can't walk properly. MIC chief pun kena drop. Dia pun tak dapat jalan straight...tapi tak tau lah pasai apa? Kot minum teh tarik lebih kot..
Ali pun hampir kena drop pasai dia pun jalan tak straight...tapi masa Ali jalan PakLa tertidoq jadi dia tak nampak..so Ali kekal di DUN Bukit Baru.

tokasid said...

Wak Pinter:

satu analogi yang tepat wak.

Hasrul Halid said...

Apa nak heran Doc.. pakai 'Mafia' pun ada.. Tak caya? Pi la Sungai Siput..

Ahak! Ahak!

Kerp (Ph.D) said...

thanks doc for the lengthy explanation. now i know few more stuff about melaka's political scenerio.

actually i could go on with qustions and more names to mention as far UMNo melaka is concern. but gonna give it a rest la.

*zakar-ia the 'mansion man' shares the same fate as Usop 'close-one-eye'.

Anonymous said...

Salam Lagi Doc.,
Baru terbaca yang isteri Doc. kena tukar ke Trengganu, semasa nak penamaan calon 2004 tu. Adakah kemungkinannya, pertukaran itu dirancang untuk menyukarkan Doc bertanding? Saya terfikirkan.....