Monolog seorang tua sepi.
Aku rasa sungguh sunyi kala ini.Dulu terlalu ramai yang dampingi aku sehingga lenguh2 tangan aku berjabat tangan.Aku kenal tangan2 mereka walaupun wajah mereka tak aku kenali.Ada tangan putih dan lembut bile berjabat di dewan-dewan besar atau hotel mewah. Ada tangan yang legam dan kasar bila aku ke pendalaman, membuat rasa gerutu tapak mencubit tapak tangan aku.Ada tangan yang harum wangi di rendam minyak wangi Paris berliter-liter jumlahnya.Ada tapak tangan yang berbau getah sekerap atau tempoyak selepas meraut tangan aku.
Semua mereka claim mengenali aku.Semua mahu bergambar dengan aku agar boleh di tunjuk pada tetamu mereka atau pada cucu2 mereka nanti.
Ramai yang beratur di tepi jalan bila aku melawat.Ramai yang memakai pakaian sekolah, berdiri di tengah panas terik. Tidak ada kelas kah mereka hari ini? Mungkin ibu bapa mereka menyuruh mereka datang menyambut aku. Tak mungkin ada pengetua yang memaksa anak-anak ini berdiri di tengah2 panas terik . Tapi mengapa anak2 ini bercakap bahasa loghat daerah masing-masing? Mungkin aku akan menyuruh mereka guna kan bahasa orang putih supaya hilang loghat daerah mereka.
Di bawah khemah2 pula ramai yang menunggu aku tiba.Ahh...mungkin mereka mahukan projek pembangunan.
Tak apa lah. Aku akan minta tok ketua negeri bantu mereka ini, tapi aku risau juga sebab tok-tok ketua negeri pun ramai yang mengambil projek-projek dengan menggunakan proxy. Tapi bila mereka buat begitu ,akan menambah 'peluru' bagi aku jika mereka tak mahu sokong aku lagi.
Tak apa lah. Tapi kalau projek-prjek besar di pusat aku rasa kenalan-kenalan di Kuala Selut lebih layak.Mereka boleh bantu anak-anak jika perlu.
Tapi kini...aku betul-betul sunyi.Sepi. Kemana aku pergi sudah tidak ramai yang menyambut aku. Yang dulu sentiasa menunjuk muka di majlis-majlis ku juga sudah hilang batang hidung mereka. Mereka mudah lupa,dulu aku yang tolong mereka.
Dulu yang puji-puji aku ,sekarang sudah pandai mencaci aku di belakang.Ada sesetengahnya berani secara terang-terangan.Memang yang jenis ini anak jantan!
Dulu ada hulubalang-hulubalang yang aku ambil, sering mengipas aku.Aku hebat kata mereka.Aku amat adil kata mereka.Aku amat bijak kata mereka.Aku punya ingatan yang bagus kata mereka.
Tapi kini, mereka kata aku nyanyuk.Mereka kata aku kejam.Mereka kata aku kuku besi.
Yang terbaru ada budak-budak hingusan buat kain rentang,kata Aku Mudah Lupa!! Ada ka patut lagu tu??
Sekarang ni depa suruh aku bagi keterangan pulak sebab ada orang mabuk asyik nak korek,korek,korek dan pom-pom apa pulak dah.Mana aku ingat semua tu. Kalau aku ingatpun, sapa nak marah kalau aku kata aku tak ingat?
Menyesal aku bagi jawatan tok penghulu kat orang yang suka tidur,kalau aku tahu begini jadinya lebih baik aku stay on dulu. Tapi apa boleh buat,taik kambing bulat-bulat. Nasi sudah jadi bubur.Mee maggi sudah jadi mee sua'.
Yang lebih sedih,minggu lalu kawan lama aku tok penghulu kretek dan tempe telah meninggal dunia.Aku kamcing dengan dia. Tapi aku kesian macamana anak-anak kampung dia layan dia selepas dia tak jadi tok penghulu lagi. Awat depa hina dia sampai macam tu sekali.Dia pun macam aku jugak dulu.Banyak pembangunan kami bawak untuk kampung kami masing-masing.Aku tak tau samada anak-anak kampung dia maafkan dia atau tidak.
Aku pun cuak. Bagaimana anak-anak kampung Boleh ni akan layan aku selepas ini? Selepas aku asyik mudah lupa?Atas nasihat aku dulu supaya jangan lupa, mereka memang tidak lupa lagi. Tak lupa apa yang aku buat.Yang baik dan yang buruk. How aku wish depa akan lupa semua tu!
Kalau depa dah tak lupa, adakah aku akan di maafkan? Aku sendiri rasa aku tak buat salah apa-apa pada mereka atau kampung Boleh ini. Kalau aku tak rasa salah maka aku tak berdosa pada mereka.
Tapi ramai yang kata, aku lah yang jadi tok penghulu masa peristiwa kampung Mamalee dulu ,tapi masa tu aku kan tak ada di kampung! Aku ziarah kampung lain.Depa jugak kata aku buat projek potong Lalang. Ya lah...kalau lalang dah banyak dalam kampung aku kena la tebas. Kalau tak nanti lalang naik junjung,bukan sireh.Kalau lalang banyak tak cantik lah kampung aku. So,salahkah aku tebasatau racun atau bakar lalang?Tak salah kan?
Dah tu ada yang kata aku fitnah assistant aku dok menjub*q. Ada ka aku buat lagu tu? Aku tak ingat pun. Jangan-jangan hangpa nak fitnah aku kot. Hangpa ingat, fitnah tu lebih teruk dari membunuh.Aku tahu ,jadi takkan lah aku nak fitnah assistant aku. Tapi sebenarnya aku tak ingat kes tu...sungguh!!
Dulu-dulu ada satu orang di kampung ni jugak,dia ada impian nak jadi tok penghulu kampung kita ni.Tapi layak ka dia? Dengan pakai lebai putih dan simpan janggut mana dia boleh jadi tok penghulu.Nanti orang kampung lain tak mau berniaga lah kat kampung kita ni.
Masa tu, ramai orang kampung marah kat aku.Pasai kes assistant aku tu lah...err...kes yang aku lupa tu....Ramai yang maki hamun aku dan doa supaya aku mati cepat.
Tapi tok syeh ni dia bagitau kat orang-orang yang suka pada dia: Jangan begitu!Kita kena doakan agar ALLAH panjangkan umur tok penghulu ni.Biar sampai umur 100 pun tak apa.Kalau umur dia panjang, mungkin dia akan lihat betapa dia akan di hina oleh anak buah dia sendiri..Dia akan di maki hamun oleh orang-orang yang dulu sanjung dia.
Jadi aku sekarang risau.Adakah du'a orang-orang yang lawan aku ni sedang menjadi? Sebab sekarang makin ramai anak-anak buah aku yang mula mengata tentang hal-hal aku dulu.
Memang aku rasa sunyi sekarang.Sepi.Aku tak tahu samada apa yang aku cakap atau tulis akan orang gunapakai lagi seperti dulu. Orang sudah hilang hormat pada aku. Itu yang aku sedih.Mujur anak-anak aku ada.dan beberapa kerat lagi anak buah yang asih sokong aku...kalau tak tentu aku mati kesepian.
Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa
24 comments:
Wahai orang tua, minta ampun lah kamu sebelum anak-anak kamu terpaksa minta ampun untuk kamu. Ingat mati itu benar.
Salam..
Kat kampung seberang sini..ada seorang penghulu yang masih nak jadi penghulu....semua dia nak sapu...sebut saja apa jenis niaga...dia sapu semua...
..kebun jagung,kebun ubi,getah,kelapa,ikan,sungai,udara,..bisnes angkut taik dan sampah pun dia nak ambik....
Umur dia panjang...
Salam Doc,
Tak dapat disahihkan berita yang saya terima agak lama dah: Almarhum Dato' Fadzil pernah berdo'a agar Tun dipanjangkan umur untuk melihat kesemua kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukannya.
Namun, ajal itu, hanya Allah sahaja yang tahu dan menentukan bila masanya.
Salam Tokasid
It's not only lonely when you're on the top but equally lonely when you're down and out.
True friends are those that stick to you; do not take advantage of you when you're in power and do not stab you in the back when you're no longer in office.
These kind of friends are rare to find.
Che'gu:
Semoga hati yang keras boleh lembut dan ego di padamkan utk memohon maaf daripada rakyat-rakyat atau individu yang pernah di zalimi, keluarga yang di porak perandakan, anak-anak di pisahkan dari bapa melalui ISA, ketidak amanahan menggunakan harta rakyat untuk kepentingan golongan tertentu.
Mati itu benar.Soal kubur itu benar.Padang Mahsyar itu benar.
Mamat:
kalau kita perhati-perhatikan semula dalam semua mukim di Kg Boleh ini, kebanyakan tok ketua atau tok batin atau tok sidang memang bersikap demikian. Mukim-mukim di buat umpama halaman sendiri,semua halal. Mereka memperolehi ilmu begitu dari orang tua sepi gamaknya masa org tua sepi jadi tok penghulu.
Umur mereka panjang agar sempat bertaubat dan pohon maaf dari orang-orang kampung yang teraniaya dulu. tapi kalau hati mereka keras macam keras kepala mereka...wallahu'alam
Shah:
Allahyarham did mention that during his speech at Kg Sg Petai Alor Gajah.I was there. Ppl were calling the tok penghulu with so many names and some even said : kasi dia mati cepat,aman dunia ni!!
Allahyarham Ustaz was always a composed man. He said: Jangan. Jangan dok do'a dia mati cepat. Mai kita do'a agar ALLAH panjangkan umoq dia supaya dia dapat sedaq dan bertobat atas apa yang dia buat. Kalau tak sedaq jugak, biaq dia panjang umoq supaya dia boleh tengok akibat dari kesalahan-kesalahan dan kezaliman yang dia buat pada orang lain masa dia perintah.Silap-silap orang dia akan hina dia balik.
Its not vertabim but that was the content(with some thing missing too. Saya tak ingat.saya lupa.LOL!)
I always believe.if we become zalim to others, one day other ppl will be zalim to us or we will be hina by what we did before.Our name will be 'cut and paste' in many incidents. Despite many ppl like to say : "My conscience is clear" when they did something, do they really meant that? Or is that phrase said to 'sedapkan hati sendiri'. Whatever you say, the ghosts of your past will definitely come back to haunt you....
fauziah;
You got that right on the spot.
But the problem with ppl who used to have great power where every word they say is sacred, once they are out of the system, they still think they are relevant and powerful.When they finally realised the truth. They feel dejected and sulk. And they'll say during my tenure we were like this and like that,now everything is in shambles!
Why? Because power craze is the craziest thing that can happen to a man.When you are in power, people will do whatever you asked them to.It doesn't matter if its legal or illegal ,halal or haram.Then end justifies the means to do things.
But, when you do not have any power, you can give lots of money to ppl to do certain things but there is no guarantee its gonna be done.That is what power is all about.Get things done your way.Your only way.
but I believe the orang tua sepi still have some loyal friends out there.
What goes around comes around.
Agaknya begitulah kehidupan... sentiasa ada je orang yg tak puas hati ngan kita... walaupun kita rasa kita dah jaga perilaku kita sebaik mungkin, tapi tiba-tiba ada je yg kata tak puas hati lah... kita macam nilah.... macam tu lah...
Mungkin itu juga yang dikatakan dugaan tuhan ke atas hambanya... camana kita dapat hadapi dugaan tu... agaknya adalah 'point' untuk kita kalau kita tanganinya dengan sabar...
Biarlah orang buat kita... jangan kita buat orang... adakala kita tak salahpun orang dok fitnah... apa lagi yang dapat kita buat selain dari pertahankan diri, mungkin panjatkan doa semoga kebenaran akan berpihak kpd kita...
Salam Tok,
Inilah budaya yang menjalar di dalam parti yang satu itu. Yang berkuasa didewa-dewakan, yang lain diketepikan. Dan malangnya ramai orang Melayu mengiakan aje tingkah begini. "Biasalah mereka kan orang ****. Apa nak diherankan. Kalau kita ditempat depa, kita pun jadi macam tu jugak" Inilah Melayu dan inilah Islam yang ada kat Malaysia. Ramai pulak tu.
Salam Tokasid,
Sungguh kesepian insan ini, saya turut bersimpati. Namun perkara yang baik darinya perlu diingati juga. Manusia itu walau bagaimana jahat sekali pun, tentu ada perkara baik darinya. Sebaik2 manusia pula, tentu ada perkara yang tidak kita sukai mengenainya. Kita manusia, tidak sepi dari kesilapan, cuma kecil atau besar yang berbeza. Salam.
Bergen sir:
Yeah, we can't avoid that.Its only a matter of time.
Dahlea:
Bila seseorang menjadi pemimpin, mereka harus ingat jawatan itu adalah satu amanah. Bukan HAK.
Apa lagi sebagai muslim, amanah itu bukan sahaja terhadap rakyat tetapi juga terhadap ALLAH.
Bukan senang hendak memerintah sesebuah negara, itu saya akui.Tetapi bagi saya, apa saja yang kita lakukan apa panduan sebagai had nya. Ada benar dan salah nya di sisi undang-undang negara.Ada halal-haramnya di sisi agama.
Dalam melakukan sesuatu, tujuan tidak menghalalkan cara.
Yang salah tetap salah walau di selindungkan.Yang benar tetap benar walau di pertikaikan.
Saya telah melihat, beberapa tokoh yang pernah berkuasa bila kehilangan kuasa mereka seolah-olah menjadi tenggelam punca dan tiada arah tuju yang jelas.dan mereka asyik mengenang dan bercerita ttg zaman mereka yg lebih elok dan baik dari sekarang.
Saya berdu'a agar orang tua sepi ini dapat mengimbau kembali dan merasa insaf kerhadap apa kesan tindakkan beliau kepada kehidupan org ramai. dalam masa yang sama tidak di nafikan beliau telah membawa banyak kebaikan dalam kampung kita.
Pak mior:
Itu lah satu budaya yang saya paling tak suka dalam kelompok tersebut.
Tak tahu saya samada pemimpin mahu di dewa-dewakan atau ahli yang dgn rela mendewakan pemimpin mereka.
Itu belum lagi kita buka topik politik wang.....banyak yang di mulut benci dan kata haram tapi tanganhulur panjang menca[ai envelope.
Pak Zabs:
Memang sepi beliau kini. Saya akur banyak kebaikan yang telah beliau laksanakan kepada kampong kita dan rakyat secara am.
itu tidak boleh kita sangkal atau nafikan.
Cuma saya terkilan, along the way ada beberapa perkara yang saya rasa beliau boleh elakkan. Saya percaya Memali tidak perlu sampai begitu. Ops Lalang tidak perlu sampai begitu.ISA tidak perlu utk halang musuh politik. Tidak perlu di fitnahkan musuh sebagai pelaku seks luar tabi'e.Atau seorang ulama sebagai penjual air jampi.
Politik lawannya di gelanggang politik.Bukan dgn menggunakan polis atau ISA atau meng'aibkan orang dgn tuduhan meliwat.Atau memnghina hukuman yang terkandung dalam al-Quran atau hadith Nabi s.a.w.
Politik lawannya di pilihanraya atau parlimen atau dewan undangan negeri.
Sebagai pemimpin negara, beliau boleh mengambil banyka contoh bagaimana sifat-sifat pemimpin ulung. Sebagai seorang muslim yang rajin membaca beliau tentu tahu bagaimana Khalifah Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali bersikap terhadap rakyat jelata. Beliau tentu tahu bagaimana khalifah Umar Abd Aziz tidak menyalahgunakan harta negara utk urusan peribadi.
Beliau tentu tahu bagaimana khalifah-khalifah agung ini melantik yang benar2 berkelayakan dan amanah sebagai gabenor. Orang yang amanah dan tidak meyeleweng harta negara.
Di sinilah kekecewaan saya terhadap orang tua yang sepi ini. Kerana beliau seorang yang brilliant tetapi sanggup membuat beberapa kemungkaran yang memerlukan kemaafan dari pihak yang pernah di aniayai.
Saya akan terus berdo'a agar beliau berlembut hati dan bersedia mengakui kesilapan dan keterlanjuran beliau serta meminta maaf kpd sesiapa yg berkenaan.Tidak perlu secara terbuka di dada akhbarsampai satu Malaya akan tahu. Cukup lah secara tertutup dan peribadi.Jika itu telah beliau lakukan, saya panjatkan Alhamdulillah. Jika masih belum, saya akan do'a kan agar ego orang tua sepi ini luntur. Sebelum beliau di panggil Illahi.
Salam Doc.,
Saya faham akan kekecewaan tuan itu. Saya juga berdoa agar beliau sempat meminta ampun akan kesalahan beliau dari insan2 yang dianiaynya itu. Kita pun harapnya kita juga dapat berbuat begitu, jkka talah terlanjur di masa lalu. Allah maha pengampun, dan juga harapan pada mereka2 yang telah dianianyai itu, adalah lebih mulia jika dapat memaafkannya juga tanpa menyimpan dendam. InsyaAllah.
Hi Doc,
Haih, sedihnya hati muda ini mendengar ada yang memaki-hamun si 'aku' ni...
Sedih benar...
Apa pun, tua keladi ini banyak sumbangannya, banyak yang patut kita kagumi...
Kalau nak cakap pasal benda yang tak baik, siapalah yang tak berdosa?
Sedih, sedih...
Haih...Harap ber-ampun aje lah...
Monolog yang indah Doc. Ini juga sama macam kuliah Jumaat doc.
Cikgu,
ya mati itu benar.
ps: lama dok mai baca,tapi tak komen. malam gatai tgn pulak nak komen sikit.LOL
Selamat berhujung minggu.
Daphne:
I know you admired him a lot. I too once admired him and can't think of anyone can replace him.
I acknowledge all the good things he did.
But facts remains facts.There were lots of bad things that happened during his tenure which destroyed families. Fathers separated from children for political reasons. Orchestrated public/media embarassment of political foes.
These are things a great leader shouldn't do.
Not many victims have big hearts. The old man should make the first move to apologise and ask for forgiveness from his 'victims'.
If he has a big heart he should just lower down his ego.
There is nothing wrong of being humble to one's ex-enemy.I know many will forgive him, if he breaks his ice to them.
Is it so hard to say: I am sorry.
My continous prayers for him to tone down and change a bit.
I am sorry you have to read of what some ppl think of him. He had hurt many.
have a nice day.
Mariani;
Macam kuliah Jumaat?
TQ for visiting.
Sis macamana?Sihat?
salam saudara dr.tokasid,
Apabila kita berkepentingan pasti kita disanjung...kalau tidak, kita ni bagai sampah.. inilah pegangan yang dipegang oleh ramai orang, terutama nya si pencacai politik...
Apapun bagi yang telah insaf, baguslah, bagi kita sebagai hamba Allah s.w.t. ni moleklah menerima maaf nya..
Sedangkan Allah s..w.t. tu maha pengampun.....
atok,,,layout baru manyak chantekkkk...
Post a Comment