(Wafiq Azizah - Demi Masa)
1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?
Catatan:
50 tahun=18250 hari=458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam
Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...
Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.
Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ..
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Lalu Bila Nak Beribadah?
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "
Lalu Bila Nak Beribadah?
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun?
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun
Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...
Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......
Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat
TAMAT
"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan"
"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa''
24 comments:
Salam bro TA...
I immensely become subdued reading your reminder today...Part of it slaps my face real hard...another part of whacks my head...
Yet I need this kind of reminder to pull me back on track everytime I digress...Thank you.
God Bless.
Kita selalu lupa, masa begitu cepat meninggalkan kita
Salam Doc,
Hari ni connection lembab kemain sampai You Tube terhangguk hangguk jadinya. Still, terima kasih kerana mengingatkan.
Salam Doc.,
AllahuAkbar, dDah hidup lebih 20,000 hari saya ni, banyak yang telah terlalaikan. Semoga Allah mengampuni segala dosa. Amin.
salam,
well said sir. terimakasih kerana mengingatkan. lengkap dgn statistic lagi. kalau tak faham lagi tak tau la. kena ketuk kepala sendiri la kot
Dr.
saya selalu bace blog doktor.
tapi kali ni nak komen sikit.
bukan kah pekerjaan kita, mencari rezeki yg halal itu juga satu ibadah?
apa lagi bagi doktor, yg tugas merawat org sakit,,
sudah tentu Allah memberi ganjaran bagi setiap saat kita bekerja..
Tapi mmg saya akui, solat 5 waktu tak memadai,,
saya tgk bola bangun 3-4 pagi boleh, buat solat tahajud, xmau,,,
mungkin lepas ni saya kene bykkan solat2 sunat,
Salaam doc,
Semuanya start dari hati. Dari situ timbul niat yang tulus dan ikhlas, dan niat itulah melengkapkan syarat untuk menjadikan perkara-perkara yang kita lakukan seharian sebagai ibadah.
Tapi nak menjaga hati sememangnya satu caaran yang amat besar....
Wa'alaikumussalam Raden:
Actually that is the reality of today's world and it happen to us,all.
Hoping ALLAH will give us strenght and hidayah to do 'amal despite our busy schedules and distractions.
Kamato:
memang betul tu saudara.Kita sering tak sempat itu tak sempat ini.
Kita sering terbabas solat sampai masuk injury time.Saya sering gitu.
Wassalam Shah:
I am glad you are much better now.
kat sini pun connection very slow.
Wassalam Pak Zabs:
Kita semua macam tu Pak. Kita sering lalai dalam hal-hal berkaitan bekalan akhirat.Kita lebih sibuk dgn perkara yang bakal kita tinggalkan pada anak isteri.
LAA HAWLAWALA QUWATA ILLA BILLAHIL 'ALI YIL'AZIM.
Wassalam MekNa:
Kalau ketuk kepala sendiri pun kita tak faham juga elok hentak je ke dinding kot?
Sebenarnya kita lupa mengapa kita wujud di dunia ni....
Zamzam:
Memang betul apa saja yg kita lakukan jika kerana ingin keredhaan dan keberkataan ALLAH akan menjadi ibadat. tapi berapa ramai dari kita yang buat gitu? ramai yang buat kerja kerana na sara hidup je.Itulah sebab bila buat kerja ada yg salahguna kuasa,tidak amanah dan rasuah.
Berapa ramai dari kita yg bila melangkah keluar dari rumah, tertanam dalam hati nak bekerja utk cxari rezeki yg halal dan redha ALLAH?
Yang saya ingat, zaman dulu2 masa baru kerja saya tak pernah terfikir itu semua. Hanya kerja supaya hujung bulan dapat beli itu sikit ini sikit dan kumpul duit nak nikah. Cuma setelah belajar sana sikit sini sikit baru faham tentang bagaimana pekerjaan kita boleh menjadi ibadah.
Bab solat ni memang ramai antara kita tercalit ke-alpaan itu. Kadang2 terbabas sampai injury time baru nak solat.
bab boleh bangun tgk bola tapi tak tahajud ni saya pun terkena penyakit tu...
Gunakanlah masa sebaik2nya. Jangan asyik dok buat hal saja walaupun dah tua bangka.
Salam Doc
Terima kasih la untuk entri yang ini. Dah baca hari Jumaat hari tu. Tapi tak ucap terima kasih. Mai baca sekali lagi ni.
Selamat berhujung minggu Doc
mari baca buku 4 istilah by Abu 'ala Al-maududi. search je kat google.insyallah ada soft copy
baca pengertian Ibadah. semoga bermanfaat.
salam doc,
baru ni ketika sibuk memindah, suami ada merungut kerana tertinggal untuk berjemaah di surau yang dekat tu sebab urusan memindah. katanya ini last dia pindah, lepas ni kalau kena pindah jugak, pindah ke kubur je!!
heeheehee...
Salam Tokasid,
Terima kasih atas ingatan yang baik semoga kita sama sama gunakan lebih masa untuk beramal dan berpesan pesan dengan kebaikan.
Mudah mudahan kita dapat bertemu syurga Allah atas ehsanNya, berbekal amal ikhlas kita yang sedikit ini.
Che'gu:
kalau ikut akal yg tua bangka lah lagi kena pulun pikiaq hal2 kematian kerana injury time bila2 masa refree boleh tiup wisel penamat.
Bukan tak boleh nak tegur sana sini.
Tak semesti yg kita tegur akan org terima atau laksanakan.Kena lah berlapang dada. menegur pun sudah dikira melakukan tanggungjawab sosial kepada negara.
Lain lah pulun dok marah sebab nak cover line yg lama2 dulu kot.
Mariani WL:
TQ sis.
Anonymous:
Saya dah goggle Abu 'alaa al-Maududi tapi file mediamax tak boleh buka.
kalau dapat bagi link lagi baik syeh.
Syukran.
E:
memang org yg biasa berjemaah di masjid atau surau dia akan rasa rimas kalau miss solat berjemaah.
Nanti saya nak buat ringkasan berkenaan saf dalam solat dan pos ke sni pasai org kita tak ambik berat langsung dengan saf ni dan org kita banyak salah faham tentang kanak2 dalam saf solat.InsyaALLAH.
Pak DJ:
Itu lah harapan kita semua.
Cuma nak ingatkan diri sendiri dan rakan2 tentang masa yg berlalu tanpa kita sedari dan dalam masa mengharungi kehidupan ini agar jgn kita lupa mengapa kita diturunkan ke dunia ini: Utk mengabdikan diri kepada ALLAH.
Doc, satu peringatan yang cukup bernas! Jazakallahukhair!
Post a Comment