Monday, April 28, 2008

Pindah RM 9.9 juta

(Update 29 April 2008:Balkis' accounts not finalised before funds transferred out)

Wartawan: Datuk...boleh komen sikit tentang kes pemindahan wang persatuan sebanyak RM 9.9 juta dan pembubaran persatuan?

XMB: Hah!Apa halnya dgn kes tu? Tak ada yang pelik pun.

Wartawan: Tapi memang nampak ada yang tak kena Datuk.Maksud saya kenapa wang di keluarkan dan persatuan nak di bubarkan selepas kalah dalam pemilihan?

XMB:Jadi? Apa masaalahnya? Itu persatuan mereka ikut sukalah mereka nak buat apa pun. Apa nak peliknya?

Wartawan: Tapi Datuk, bukankah persatuan itu akan ada ahli-ahli yang baru untuk meneruskan kerja-kerja kebajikan yang ahli-ahli lama telah lakukan?

XMB: Mungkin Presiden dan ahli-ahli lama bimbang orabg-orang baru akan guna persatuan dan duit persatuan dgn cara yang tak betul kot.

Wartawan: Tapi itu kita tak tahu lagi kan Datuk? Mana boleh mereka bersangka buruk seperti itu. Atau mungkin Presiden dan ahli-ahli lama persatuan takut jika orang baru akan bongkar apa-apa yang orang lama buat kot datuk?

XMB: Eh mana ada.....tak ada...tak ada.....mana ada dulu isteri-isteri kamu buat penyelewengan.Mana ada isteri-isteri kami berbelanja besar buat jamuan itu jamuan ini.Mana ada isteri-isteri kami pergi lawatan sambil belajar ke tempat-tempat mewah. tak ada...tak ada...

Wartawan: Datuk...Datuk....Saya tak kata gitu.Tak kata apa yang Datuk sebut tadi tu. Ngapa Datuk meraban semua perkara tu?Memang kot isteri-isteri geng Datuk ada buat begitu dulu?


XMB:Tak ada..tak ada...Macam ni lah. Persatuan tu mereka punya. Duit itu duit persatuan yang mereka cari. Jadi ikut suka mereka nak beri pada sesiapa pun yang berfungsi seperti mereka.Tak salah gitu.

Wartawan: Kalau macam itu datuk, boleh kah saya buat andaian begini mengikut apa yang Datuk katakan tadi?

XMB: Andaian macamana?

Wartawan: Gini Datuk. Katakanlah.Kita andaikan saja. Pilihanraya 13 nanti katakan lah negeri Datuk ni dapat parti Datuk perintah semula.Jadi sebelum Datuk angkat sumpah ,keaejaan yang ada sekarang ni mereka pindahkan semua duit kerajaan ke Negeri Kelantan umpamanya, tentu tak salah kan Datuk? Sebab mereka akan bubar keahlian mereka jadi sebelum bubar mereka akan pindahkan wang ke mana-mana negeri yang melakukan fungsi yang sama.Boleh kan gitu Datuk?

XMB: Eh...mana boleh...itu lain. kalau kami yang buat tak apa.Kalau orang lain mana boleh....tak aci.

9 comments:

Bergen said...

Is it just me, nampak muka isteri Khir Toyo macam ada misai dan janggut. Whak happeng? Hormong gong wrong?

tokasid said...

Bergen:

No its not only you. I saw it too on TV last night and was suprised.Before this whenever she appeared on TV her face looks very fresh and touched up, but I guess once you are no more the wife of MB no TV station is gonna make you up.

Maybe some hormone is causing all this storm in the cup.

mantra-indeeptots said...

Now we know why she need that 9.9mil.. she is in her dire needs to another extreme makeover.. lets just see if it works...

Anonymous said...

wait n see...kalau macam ni perangai deme election sekali lagi mungkin semua kena tukar...

tokasid said...

Zeeza mantra:

Thanks for leaving a comment her.
I am more inclined that there might be some cencalok and budu berulat dalam tempayan with balkis.

So the need to disband and cilok away with the 9,9 mil.

tokasid said...

Mama zeze:

nampak gaya lagu tu lah. Yang di Perak pun nampak gaya dah tukaq nama ke apa tah sebelum PRU12,macam dah tau tok laki depa nak kalah saja....

Unknown said...

I think instead of botox doctor tercocok testosterone kot? Siapa nama doctor tu? Asid ka tok asid ka, Zul ka macam tu la gamaknya.

cakapaje said...

Salam Doc,

Satu persoalaan besar yang harus ditanya: Bagaimana satu NGO seperti Balqis masih mempunyai kedudukan kewangan yang besar sedangkan wang itu - mengikut mereka - adalah untuk kerja amal; adakah bayaran kepada kerja amal itu telah dibuat?

Saya sebelum ini pun kerja ala NGO juga. Namun pada sesatu masa, wang paling banyak terdapat dalam akaun kami hanya RM1.5juta, dan habis digunakan pada akhir tahun.

Mat Salo said...

I think we can all come to this conclusion by now. Pemimpin AmeNO tak tau malu always think that any money out there is for them to sapu. 'Duit rakyat duit aku, ko apa susah?' - is their mantra. I wonder if depa juga tergamak nak makan duit anak yatim. That's how low I think of them. Disgrace to race, religion and tempe --oops, country!