Friday, April 11, 2008

Tazkirah Jumaat: Perlukah melafaz niat?

Salam Jumaat buat semua.

Innamaa a'mal bi-al niyyat.
(Hadith soheh riwayat Ashab al-sunan)

Yang membawa maksud setiap amalan seseorang bergantung kepada niat seseorang.
Dan niat sering di kaitkan dengan keikhlasan dan rahsia hati seseorang yang hanya di ketahui oleh individu tersebut dan ALLAH Azza Wa Jalla sahaja.

Niat amat penting dalam Islam kerana ia adalah asas penentu kesahihan ibadat seseorang.

Apa itu niat?
Niat atau nawaitu adalah lintasan hati,tekad atau keazaman seseorang untuk melakukan sesuatu.
Dari sudut istilah syarak, Imam an-Nawawi mentakrifkan niat sebagai" Qasad/tekad dan keazaman hati untuk melakukan sesuatu".
Manakala Wahbah al-Zuhayli pula: "Azam dalam hati untuk melakukan amalan fardhu atau sunat".

Para ulamat sepakat niat adalah wajib dilakukan oleh hati.

Jadi perlukah melafazkan(sebut di lidah) niat dalam ibadat?

5 comments:

Hasbullah Pit said...

Tok Asid

Bila kau nak buat kenyataan macam ni?

Saya Menyokong penuh langkah Ali Rustam....

tokasid said...

Sebol:

Aku dok cari fakta tentang babi Melaka dan babi Selangor dan babi Vietnam.

Nanti aku buat rumusan dan hantar pada Ali dan Khalid.

cakapaje said...

Salam Doc,

Hmm...good question. Tapikan, bukankah niat itu mesti dituruti dengan lafaz dan perbuatan? Wallahualam.

tokasid said...

Shah:

Di tempat kita kita di ajar lafaz niat bukan di ajar niat.sebab tu ramai yang keliru.Mereka ingat bila kata niat tu bermakna kena lafaz niat.
Bagi yang susah nak hafal niat dalam bahasa Arab ini menjadi masaalah besar dan akhirnya ramai yang tak solat atau tak buat solat sunat atau buat solat jamak-qasar.

sedangkan niat adalah lintasan di hati yang kita berqasad handak solat fardhu subuh umpamnya. Bila kita mengambil wudhu kita ambil kerana nak solat(katakan lah subuh) dan kita tahu subuh dua rakaat.
bermakna bila kita berdiri di tempat solat memang niat kita nak solat subuh. Jadi ketika Takbiratul ihram kita cuma berniat nak solat fardhu subuh kerana ALLAH.

Apa yang selama ini orang kita buat ialah melafazkan niat dalam bahasa Arab(yang sering kita tersasul bila sebut berapa rokaatnya) dan bila takbiratul ihram kita akan dapati bermacam gaya slow motion sebelum tangan di letak di dada. mengapa ada slow motion sedangkan niat itu adalah lintasan hati? Kerana selain melafaz niat secara nyata, kita juga membaca niat secara sunyi ketika takbiratul ihram.

Aku nak bagi contoh: kalau kita nak pergi pasar bila masanya kita niat?
Kita niat bila kita nak beli sesuatu keperluan dapur. Adakah kita dengan lantang berkata: Sahaja aku hendak pergi ke pasar untuk beli ikan kembung 3 ekor dan belacan sekeping.

Orang lain aku tak tahu tapi aku tak sanggup bila nak langkah keluar rumah lafaz begitu.Atau nak lafaz: sahaja aku keluar rumah sebab nak pergi kerja kat klinik kerana ALLAH Ta'ala.

That is my take. Mungkin kawan2 kita yang lain boleh bagi terang sikit kot....

jaflam said...

Salam Tokasid,
Terima kasih atas ingatan. Semoga niat kita untuk menjalankan segala kebaikan dan menjauhi kemungkaran akan diberkati dengan kekuatan dan perlindungan Allah senantiasa.