Tuesday, April 15, 2008

Premier League



http://photos1.blogger.com/blogger/436/1879/1600/If%20world%20cup%20at%20india.0.jpg

Pak Din
: Aku ingat lah kan...kita kena ubah kalau kita nak team bola kita menang.

Pak Lah: Apa maksud hang Din?Hang tak suka aku jadi captain ka?

Pak Din: Bukan lagu tu Lah. Hang jadi captain ni kita kalah teruk masa final EPL(Election Premier League) hari tu ,hang lupa ka?

Pak Lah: Kita mana kalah Din. Kan kita masih juara EPL jugak?

Pak Din: Ya la juara...Tapi dulu-dulu kita score sampai 10-0. Ni kita menang pun 7-6 saja. Penyokong kelab kita pun dah marah2. Penonton luar lagi marah hang tak perasan ka Lah?Dah lah tu 5 position kita team kampung dah take over hang tau ka?

Pak Lah: Ya aku tau lah yang tu...Tapi aku ingat kali ni pasal opponent team main kasar la Din. Aku ingat depa curi ayam la...

Pak Din: Curi ayam panama Lah? Kan lefree tu bias kat kita! Hang tak tengok ka masa depa nak ambil penalti kan lefree pi ubah tiang gol 5 kaki ke tepi tapi penalti spot dok tang tu jugak? Hang cakap biaq betoi sikit Lah.

Pak Lah:Ada ka lefree ubah untuk kita? Aku tak perasan pun.

Pak Din: Lagu mana hang nak perasan.Hang sambil dok main bola pun boleh tidoq dalam padang. Apa punya captain la hang ni. Lagi pula hang tak perasan ka penonton ramai yang dok sorak bila team opponent dok dribble bola ke gol kita. Team kampung macam tu pun depa pi sokong? Ada akai ka?

Pak Lah: Eh! Penonton sokong team kampung tu ka? Aku ingat depa dok sorak kat kita.

Pak Din:Hang ni memang kaki tidoq la Lah. Mujuq ada Pak Jib jadi asisten captain.Kalau tidak silap-silap kita kalah terus hang tau ka?

Pak Lah: Aku rasa la Din. Kita okay pasai menantu aku jadi midfielder team kita. Bukan pasai Pak Jib.

Pak Din: Lah,Lah...bila hang nak sedaq diri ni? Sejak menantu hang jadi midfield team kita lah team kita makin teruk. Dia nak take over Pak Jib. banyak player kita menantu hang ubah position dan dia boh kawan-kawan dia main. Ada ka mat Ajis Rempit dia suruh jadi gol keeper?

Pak Lah: Okay apa kalau dia bagi player2 muda main team kita.

Pak Din: Tapi Lah. Kawan2 menantu hang ni tak pernah turun training pun.Dah tu fan kelab kita tak berkenan dengan attitude depa.Depa ni perasan sangat. Baru nak masuk reserve team pun dah berlagak nak pakai boot Adidas lah,Nike lah....Lain kali guna la boot Fung Keong dulu. Baru lah fan club suka. Penonton luaq lagi meluat pasai player2 menantu hang ni juah sangat.Eksyen lebih.

Pak Lah: Tak pa Din hang jangan risau. Aku ingat kita susun semula team kita. Kita pesan kat player2 kita supaya turun berlatih selalu dan tingkatkan disiplin semasa practice dan game.

Pak Din: Aku ingat macam ni saja Lah. Aku ingat lebih baik hang letak jawatan captain.Biaq Najib ngan aku handle team kita. Aku ingat nak ambik bekas captain kita sebagai team manager. Menantu hang pun aku ingat kena pi reserve team dulu.

Pak Lah: Mana buleh lagu tu Din. Aku memang nak let go captaincy aku ni tapi tunggu lah dulu...kita bagi ahli fan kelab kita tenang dulu. Nanti aku pikiaq la lagu mana nak hand over captaincy kat Pak Jib.

Pak Din: Tak buleh Lah. Elok hang bagi la ni kat Pak Jib ngan aku. Team manager baru pun dok tunggu...

Pak Lah: Team manager? Sapa nak jadi team manager? Arsene Wenger? Ferguson? The Special One Mourinho?

Pak Din: Bukan Maurinho.Tapi dia ni the Special One jugak Lah!

Pak Lah: Sapa?

Pak Din: The Special One Madetho!

23 comments:

Anonymous said...

Tok tumpang sengih. :D

jaflam said...

Salam Tokasid,
Kalau dalam bahasa laut " Kapal BN dah kandas tapi Kapten nya masih berkhayal dalam pelayaran " Mungkin kurang ilmu itu namanya.

jaflam said...
This comment has been removed by the author.
lukmanw@gmail.com said...

Jangan lupa pilih jersey kaler lain dan juga cari tok bomoh baru.

baru lawat;

lukmanw (x-asasi sekerat jln 85/86)
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

blackpurple @ jowopinter said...

Saya cuma tukang bancuh air. Tersenyum-senyum sajalah tengok kebebalan mereka... :D

Unknown said...

Pak Lah: Awat hampa tak buleh pilih team manager lain ka?

Pak Din: Awatnya?

Pak Lah; Kalau Pak Madetho jadi team manager sat saja, dia nanti buang ajib dengan hang. Lepaih tu dia bubuh anak dia riz tu. Dia tu bukan buleh sangat main bola.

Pak Din: Takkan kot dia nak buat macam tu kat kami? Dia kata dia tobat tak tukaq kami punya.

Pak Lah: Hang lupa berapa assitant captain dia buang? Pak Usa, Pak Gapaq, Pak Nwat. Lepaih tu dia ambik aku. Pasai aku main style lain, dia cah keting aku, setan betoi.

tokasid said...

mudin001;

Nak sengih pun boleh nak kernyeh pun boleh nak gelak pun boleh.

tokasid said...

Pak Jaflam:

Betul pak. Puncanya kepten lama tak berapa cerdik cari pengganti kot.
Sebab asisten nakhoda yg dulu-dulu semua cerdik sangat jadi dia takut.
Last2 pilih nakhoda ngantuk,tu yang kapal terkandas kat Great Barrier.

tokasid said...

Lukmanw:

Hang nak supply jersi baru depa dak?
Kala cendoi tak buleh pasai ada yg dah amek jersi hijau.

Apa kata hang supply kaler bijik ghemia kat depa?

Bomoh....Hmmm...bomoh hang suruh depa pi menurun di Keramat Tok Bidan di kemuntin sudah.

(aku singgah blog hang tadi...syok aku.Orang kampung la kata kan)

lukmanw@gmail.com said...

Keramat Tok Bidan? Ada 2 versi, 1 versi Tetek Lanjut (itu sudah 18SX)

Aku tengah dok belek blog hang ni. Asasi tahun berapa? Hang geng Lan Cuna Mech Engr ka?

tokasid said...

Wak Pinter:

Water carrier pun jadi lah wak.
Kalau jadi pemain simpanan dalam team yang rasuah buat apa kan?

tokasid said...

Pak Din: Tapi kali ni rasa-rasa dia tak cantaih kot.Dia dah okay Lah.

Pak Lah: Hang jangan dok bodo lah Din. Madetho tu nampak saja senyum maneh tapi dalam hati dia penuh dendam kesumat. Hang tak caya hang pi tanya Pak Nwat dak pun anak raja Kelantan tu. Pak Usa pun dok idup lagi.Hang pi tanya.

Pak Din: Ya ka? Tapi Pak Jib kata Madetho paling layak jadi manager team kita.

Pak Lah: La ni lagu ni. Apa kata aku angkat hang jadi asisten aku jadi bila aku tak mau jadi kepten lagi hang boleh take over. Amacam?

Pak Din: Errr.....best jugak lagu tu nooo...Pak Jib lagu mana?

Pak Lah: Pak Jib aku hantaq pi training dengan team Monglolia.

tokasid said...

Lukmanw:

Aku ni kira dah tua. Aku batch 1980/81. Batch ke5.

Aku tgk posting cendoi hang aku teroih syurr...pasai last year ka ujung 2006 aku ada buat posting pasai cendoi jugak.

Kalu tak dak arai weekend ni aku balik tengok rengtua.Dan la pekena cendoi.

lukmanw@gmail.com said...

Tokasid

Aku sebenarnya lebih suka bubur gandum dari cendol, kena pula dia bubuh sagu........ uhhhhhhhhh

Aku ada di KL setiap hujung minggu kalau tidak boleh jumpa.

Insya-Allah kita akan jumpa.

Aku batch 1985/86 tapi grad. awal :-)

Kerp (Ph.D) said...

hehehehehehe...yang paling tak tahan, pemain2 depa turun dgn boot nike lawan dgn team pakai fung keong...hehehe...analogi yang bernas doc...

so now i know why exactly they lost big time recently. midfielder diorang tu pernah main untuk UPB-Myteam je...hehehheheheheheheh...

tak kering gusi teman...

mokk said...

Salam Mamat..

...goooood one...

tokasid said...

Lukmanw:

Buboq gandum memang syurrr....
Aku kalu balik selalu pekena tang pasaq minggu Kemuntin.
Dulu pernah pekena di restoran mamak di pokok Asam.

Hang boleh bagi tau tang mana lagi ada buboq gandum?

Laksa hat sedap pun dah payah nak cari la ni di Tepeng.

lukmanw@gmail.com said...

Doc

Dulu Anshari Cendol ada jual bubur gandum belah pagi, tak tahu ada ke tak ada skrg ni.

Ada pakcik jual maneka bubur Pasar Malam di Taman Mewah hari isnin. Dekat-dekat dia juga ada suami isteri Kelate (Siam?) jual Sup Perut, kaw punya, sampai kena-Q kalau nak beli (magrib dia tutup jab pi sholat)

Ada satu gerai laksa depan balai Polis Pokok Asam - laksa dia tambah sambal sotong basah. Ngam juga tapi dia pakai laksa besar macam laksa kuala tu.

Laksa Mexico la ni ada skrin besar. Satu bentuk promosi tengok tv sambil makan laksa!

Mak Doc. dulu x-cikgu Long Jaafar, sapa tu? Saya ex-LJ darjah 1 (1974), 5 & 6 (1978/79). Darjah 2,3 & 4 pula merata di KL, PD, Melaka.

Lukmanw

tokasid said...

Kerp:

Zaman 70an dulu boot Fung Keong bukan macam yg sekarang. Dulu-dulu boot Fung Keong cuma canvas shoe tapi tapak ada studs,Selalunya budak2 hoki yang guna .
Kami yang main bola dan ragbi guna Adidas. Dulu Nike mana ada.
Yang ada Adidas dan Umbro.
kalau nak yang cikai punya kami cari yang made in China tapi nampak berkilat macam plastik la.So fake looking.

tokasid said...

Mamat:

Kena sesuai dgn demam bola la pulak kan.

tokasid said...

Lukmanw:

Ansari dah tak dak buboq gandum dah.Depa juai cendoi ngan pesemboq saja.

Hat belakang Georgie menengah tu ada laksa belah petang tapi kuah cayaq sangat.

Laksa tang balai pokok asam?Nanti kena pi cari tengok.
kalsa mexico ni hat tang simpang Kg Jana tu ka? kalu tak silap dulu hasrul ada bagitau tapi aku takdan pi cari.
Kedai hat berdepan ngan Hardware tu ka?

Mak aku Che'gu Hawa. Dia di long Jaafar mungkin masa hang derjah 5-6 kot.

lukmanw@gmail.com said...

Salam Doc

Anak Cikgu Hawa... Kenai sangatlah. Rupanya Doc abang "Manjoi" yg saya pernah kerja dgn dia dulu di kilang tayar itu hampir 15 tahun. Patitlah rupa ala-ala. Semlm baru dia call saya.

Rumah saya tiga belah menyebelah rumah adik Doc yang kerja BMLTR tu.

Lukmanw

tokasid said...

Lukmanw:

Memang betoi aku abang Manjoi.
Ohh..hang dok dekat rumah Akmal,tau la aku.

Tak pa nanti kalu cuti panjang aku balik aku bagitau hang.Boleh pekena teh tarik tang mana-mana.