Wednesday, May 7, 2008

2 kisah


Kisah satu: Nak buat pun tak tahu...

Pakcik Mat: Assalamu'alaikum doktor! Apa khabar?

TA: Wa'alaikumussalam.Alhamdulillah, saya setakat sehari dua ni masih sihat.Pakcik Mat macamana?

Pakcik Mat: Doktor mesti lah sihat kan! Tiap-tiap hari dudok dengan ubat. Saya pun sihat Alhamdulillah.
(Ah...that is the typical statement when I tell ppl I am okay.Or if I am sick they'll say: Aik? Doktor pun boleh sakit?)

TA: Mari la dudok minum ngan saya pakcik....

Pakcik Mat: Tak apa...saya nak ke kedai Dak Ali.Nak beli beras.

TA: Hah...cakap pasal beras ni...pakcik masih usahakan bendang lagi ke?

Pakcik Mat: Ada jugak sikit-sikit doc.Tapi itu lah dia nya...tak ramai yang buat sawah kat baroh tu lagi.Semua dah tua-tua macam saya.

TA: Itu lah....Hari tu saya lalu kawasan tu saya tengok ada dua tiga petak yang di tanam padi. Ke atas sikit ada yang buat kebun sayur dan ada yang tanam mangga...

Pakcik Mat: Ha ah doktor. yang buat sawah tak ramai...

TA: Dalam keadaan susah nak dapat beras ni kan bagus kalau ramai usahakan semua tanah bendang tu kan pakcik!

Pakcik Mat: Sapa nak usahakan doktor? Budak-budak sekarang mana mahu nya nak turun ke sawah.Takut berselut berlumpur. Lagi pun mana lagi ada anak-anak muda yang tahu nak bersawah....Kalau hendak pun,mereka tak tahu nak buat macamana....

Betul jugak kata Pakcik Mat. Aku yakin yang berumur 45 tahun ke bawah di Melaka ni dah tak tahu bagaimana nak kerjakan sawah bendang.
Abih tu camno?

Kisah Dua: Dia halau saya tengah malam...

TA:
Sila dudok....Apa kena hari ni? Nampak murung je!

Puan S : Saya rasa tertekan le doc.Sedih sayu rasa hati saya.

TA: Eh..apa pasal? Cuba belajar bertenang.Awak kan mengandung 5 bulan sekarang.

Puan S: Bukan saya tak nak bertenang doc, tapi saya tak tahan dia buat saya macam ni....

Aku tahu ini mesti tentang suami Puan S.

TA: Dia buat apa?

Puan S:Semalam dia halau saya keluar rumah pukul 12 tengah malam!
Puan S mula menangis teresak-esak sambil mencari kertas tisu dalam tas tangan.
Aku pun terkejut jugak mendengar berita ni. Dia yang dah ada anak 4 dan sedang mengandung di halau suami keluar rumah waktu dinihari. Apa dah hilang akal ke suami dia ni?

TA: Mengapa dia buat gitu?Mesti ada sebab kot..bagi tau saya.

Puan S: Ye lah mungkin saya pun ada buat silap. Doc pun tahu kami baru pindah masuk rumah sendiri selepas berbelas tahun menyewa sana menyewa sini. Jadi dah rumah sendiri saya nak lah rumah ni cantik sikit dok. Sejak pindah dua minggu ni saya tiap2 hari berkemas susun barang sana sini. Dah tu anak-anak saya yang 4 orang tu lasak sangat doc.

TA: Ye..saya ingat anak-anak awak.Tapi yang sulong tu kan dah Tingkatan 2 kan? Minta lah dia bantu...

Puan S: Alah anak lelaki doc. Mana lah mahu bantu sangat hal-hal rumah ni. Jadi semua saya buat sorang.Suami saya kerja balik malam doc.Pukul 8-9 baru sampai rumah dah letih.Saya nak minta tolong pun tak sampai hati.Kesian tengok dia.

TA: Okay.

Puan S:Kadang-kadang saya rasa saya ni umpama orang gaji je doc kat rumah sendiri....

TA: Eh!Tak baik fikir gitu.Awak terasa sebab awak sedang ngandung.

Puan S:Mungkin jugak doc,tapi itu lah yang saya rasa.Tak henti kerja.Kemas itu kemas ini. Letih doc.Mana dengan bawak perut boyot ni lagi....

TA: Jadi apasal suami suruh awak keluar semalam?

Puan S: Bukan suruh doc! Halau! Dia halau saya! Semalam saya ada le minta duit sikit nak beli langsir baru.Nak pasang kat rumah sendiri. Saya pun bukan nya nak duit tu la la tu jugak doc.Saya kata kalau ada duit gaji lebih nanti. Kalau!

TA: Okay! Kalau ada lebih...

PuanS: Tau-tau dia tengking-tengking saya dan marah-marah.Kata saya ni asyik nak duit saja.Kata saya boros selalu. Terkejut saya doc. Saya kalau minta duit semua untuk belanja rumah. Beli barang dapur dan belanja sekolah anak-anak. Jarang saya minta untuk saya guna sendiri doc. Sebab saya sedar suami saya bukan gaji besar.
Saya kata kat dia KALAU ada duit lebih bang....Saya kata saya nak beli pun langsir untuk rumah kita bang...tapi dia marah-marah. Memang le saya ada ungkit tentang hal-hal dulu sama. Saya ingat tu yang buat dia halau saya. Bayangkan doc, tengah-tengah malam buta jam 12 dia halau saya keluar. Dia kata : Kalau kau tak keluar sekarang jugak,aku yang keluar!
Memang saya terduduk doc. tak tahu saya nak kata apa.Cuma nangis je masa tu. Dia kata lagi perkara yang sama. Saya tahu kalau dia keluar rumah mungkin dia tak balik doc.Jadi saya yang keluar.....

TA: Astahgfirullah.....Dia tak halang awak keluar? Anak-anak?

Puan S: Tak doc! Bila saya keluar sehelai sepinggang dia buat tak tahu saja. Anak-anak dah tidur.Saya keluar pun sebab anak-anak doc, Kalau dia keluar saya takut dia tak balik langsung,lagi teruk.

TA: Habis awak keluar gi mana?

PuanS: Saya berjalan le sorang-sorang balik rumah mak.Bukan jauh pun cuma 2 km je doc....

TA: Apa mak ayah awak kata?

Puan S: Nak kata apa? Mereka pun tahu suami saya kadang-kadang baran sikit. Saya cerita lah apa berlaku. Mak dan ayah pujuk saya. Adik lelaki saya nak gi serang suami saya.Mujur kami dapat tenangkan adik saya. Mak dan ayah pujuk suruh saya balik rumah.Tak baik gini.Tapi saya dah kecik hati sangat-sangat doc.Sedih pilu rasa.Macamana saya nak tengok muka suami saya? Tapi akhirnya saya turuti jugak nasihat mak ayah.Sepupu saya hantar saya balik naik motor jam 3 pagi.

TA: Alhamdulillah. Macammana suami?

Puan S: Rupanya dia tak tidur doc. Dia dudok kat kerusi macam ayam berak kapur sampai pintu depan pun tak tutup. Bila nampak saya dia senyum sikit tapi tak kata apa.Dia cakap tima kasih kat sepupu saya. Sampai pagi tadi pun kami tak tegur sapa lagi. Saya siapkan sarapan dan siap anak-anak nak ke sekolah. Suami minum sikit pas tu gi kerja.Tak tahu lah malam ni dia balik pukul berapa.....

TA: Awak jangan risau...InsyaALLAh bila dia dah tenang dan fikir secara rasional dia akan okay semula.

Puan S: Entah lah doc......

14 comments:

ZABS said...

Salam Doc.,
Tentang bersawah ni dulu semasa remaja ada juga tolong keluarga buat sawah tapi setakat tolong angkat padi balik ke rumah dan hantar padi mesin untuk jadi beras. Tapi sekarang sawah tu semua sudah di tanam kelapa sawit dengan kerjasama Felcra. ada juga yang sewekan tanah sawah tu pada pekebun C*** untuk di tanam sayuran.
Punca nya sawah tidak boleh dikerjakan kerana sungai kecil dan saliran air sudah kering kontang. Nak buat macamana. Tetapi jika ada air pun, saya kurang yakin anak-anak muda sekarang mahu bertanam padi lagi.

Tentang Puan S ini saya rasa amat bersimpati, tetapi suami dialah yang sepatutnya lebih simpati. Walau macamana marah sekali pun, menghalau isteri dari rumah adalah satu tindakan yang tidak berperi kemanusiaan, terutama isteri dalam keadaan begitu dan di waktu malam pula. Dalam apa keadaan pun, isteri harus dijaga keselamatan dan dilayan sebaik mungkin, terutama pada ketika begitu. Semoga Puan S dapat bersabar dalam menghadapi dugaan ini. InsyaAllah.

jaflam said...

Salam Doc,
Semoga krisis beras sekarang ni memberi pengajaran pada kerajaan untuk membatu pesawah dgn ikhlas.Kalau boleh hasilkan 70% tak da sebab tak boleh tingkatkan hingga 100%.

Pengajaran bagi isteri jangan berleter atau cakap pasal masallah bila suami balik kerja. Bagi dia relak dan air kosong, pilih masa yang sesuai kalau nak minta sesuatu. Suami pun kenalah sabar sikit ............

Kerp (Ph.D) said...

doc,

kisah 1- dah nak dijadikan cerita, dipalorkan hari ni seorang petani wanita disampabr petir dan meninggal akibat kercederaan teruk di kepala. dah la kurang beras, ni kurang sorang petani yang terpaksa membanting tulang berjasa pada negara.

kisah 2- bukan apa, sedih je. as you would have heard about my family's story, suddenly there's a twist to it. yang culprit sebenarnya was my own bloody brother.

saya takde pengalaman berkhawin but saya tau kisah orang lain. typically, bila mula2 bercinta segalanya harum, bila bini dah beranak pinak, perfume satu botol pon dikatanya hanyir. entahlah...lumrah kot?

Kerp (Ph.D) said...

alamaks orry doc, lupa lagi nak komen on your pic tu. Mrs TA may have a point but my first thought was, kalo letak kat passport, nak masuk US tak lepas rasanya tu...hhehehehe...

tokasid said...

Pak zabs:

ini lah malangnya bila sektor pertanian di belakangkan/dikorbankan untuk perindustrian.

Apa yang berlaku pada Puan S sebenarnya banyak berlaku. Setakat ini sudah 5 orang yang datang mengadu atau meminta nasihat dari saya.Kebanyakkan mereka memang dapat bersabar bila mengenangkan anak-anak Pak.

tokasid said...

Pak Jaflam:

Benar Datuk.kalau negara Jepun boleh jadi self reliable sedangkan mereka mempunyai penduduk yang ramai dan merupakan negara termaju dari segi teknologi, mengapa kita tidak boleh begitu? Yang perlu ada ialah komitmen dari kerajaan dan bukan hanya program penyedap hati.

Itu yang telah saya nasihati Puan S.tapi cara sang suami menghalau di tengah malam membuat saya sayu dan marah.

tokasid said...

Kerp:

Petani di sambar petir? Alahai kesian nya keluarga dia.
And we also knew what happened in Myanmar what with the typhoon.And we also imported rice from Myanmar.With the disaster to them, we will not have any rice from them for a long time to come.

Lily Abdullah said...

Salam doc,

Rasanya dua kisah ini saling berkaitan. Harga barang naik, ramai orang naik darah doc. Bila dah marah bukan kira dah. Yang tak salah pun jadi mangsa la.

Teringat kat adik di kampung. Watak-watak lebih kurang sama.

Aduh duniaaaa doc.

Daphne Ling said...

Hey Doc,

Case Two: The man needs to work on his temper, and the woman needs to empowerment...Getting a job, getting a way to be able to be financially independent etc...But so much easier said than done...

I hear of this kind of case alot when volunteering in the hospital...The woman stands by the man no matter what he does to her...

It's sad, but that's reality in today's world, and we don't know how bad it is until we're in their position...

I learnt not to judge...

The saddest thing is, if her mindset is such (sons cannot help in housework), these kids will grow up to be just like the father who will expect the wife to do everything (like Puan S said, like a maid), and who might see that violence against a woman (whether physical or vocal or whatever) is ok...

And the cycle repeats itself...


As for Case One: We all know la, doctors are the worst when it comes to following medical advice and do's and don't's!

Hehe...

Unknown said...

Sata setuju dengan waterlily, kedua-dua ini ada kena mengena dengan kesempitan hidup. Yang no satu akan menyebabkan kesempitan hidup, yang kedua adalah sebab kesempitan hidup.

tokasid said...

Mariani WL:

Betul.Walaupun kisah tentang 2 org berlainan dan scenario berlainan, ia nya tentang sifat orang Melayu.

tokasid said...

Daphne:

The second story is sad to say becoming more common in our Malaysian society of all races.
The pressure of todays's living is taking its toll esp the last few months. With prices of goods shooting to the sky many families are having trouble of adjusting.

In Puan S case, she is a full time housewife since marriage. Now with several kids she can't afford to work.As an unskill worker she will get a minimum wage. And she will need someone to take care of her kids esp the younger ones.That will be extra expenditure. In Melaka per kid is about RM150 if you send to someone's house from 8-5pm.

What we need is to see spouses discussing or deciding about the family in a rational and calm way without being too sensitive or demanding.
Marriage is a partnership and the husband is the leader.A good leader listens well from his crew.

Doctors: there is some truth in your assumptions.
I remember someone telling me( not sure if it was a joke or what for he sounded serious): Doctors are bad patients,they don't take medicine as prescribed or follow their doctor's order.

Lawyers and Police : are the frequent lawbreakers!

tokasid said...

Che'gu:

You summed it up very well.

mOEha Aziz said...

salam doc,

kisah 1 merupakan catatan yang makin sering kita dengar. cuma apa yang menghairankan, bagaimana kerajaan pak lah yang beria ia nak majukan pertanian tak mampu nak timbulkan minat bertani pada anak muda. duit kita dah banyak kerajaan habiskan untuk pelbagai kempen dan keraian atas nama pertanian ni... :)

kisah 2 pula merupakan satu kisah yang biasa juga kita dengar dan akan sentiasa dengar.. saya tak mahu meyalahkan sesiapa. tetapi dari mula lagi kesilapan ini dihalalkan oleh mereka yang diangkat sebagai orang yang berilmu. tahu hukum tuhan tapi masih nak buat2 tak tahu. soalan yang pernah diaju pada saya suatu masa dauhulu oleh seorang wanita yang teraniaya,

apa ajaran Muhammad ini sememangnya mendaulatkan lelaki? habis kenapa Allah turunkan surah an nisa' dan at taalaq?