Friday, April 13, 2007

Dari Majlis Fatwa: Pelaburan saham internet, ringtone,pameran hantu dan nama...

Pelaburan saham menerusi internet haram, kata Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.

Sebarang pelaburan saham melalui Internet yang menjamin keuntungan secara tetap adalah haram kerana ia mengandungi unsur riba dan gharar (keraguan), demikian diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, menasihatkan umat Islam di negara ini supaya tidak terlibat dengan pelaburan seumpama itu, seperti yang ditawarkan oleh Swiss Cash Mutual Fund, kerana masih banyak alternatif yang berlandaskan Islam yang boleh disertai untuk mendapatkan pulangan kewangan.

Bercakap kepada pemberita selepas Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di Kuala Terengganu Khamis, beliau berkata Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan bahawa penggunaan nada dering ayat-ayat Al-Quran atau azan pada telefon bimbit pada prinsipnya "tiada halangan atau diharuskan". Bagaimanapun, pengguna telefon bimbit terbabit perlulah menjaga adab Islam dengan tidak menggunakannya di tempat yang tidak sesuai yang boleh mencemarkan kesucian ayat-ayat al-Quran itu sendiri.

Majlis itu juga membuat keputusan bahawa pameran mengenai jin, hantu dan keranda adalah ditegah kerana ia boleh mendatangkan mudarat kepada akidah umat Islam. "Perkara-perkara ini tidak boleh dicapai (oleh akal fikiran) manusia kerana ia membabitkan alam ghaib. Kita juga tidak mahu menyogokkan sangat kepada orang ramai mengenai perkara-perkara tahyul dan khurafat yang hakikatnya kita tidak tahu. "Jadi tidak perlulah kita mengambil perhatian ataupun memperbesarkan perkara ini (dengan mengadakan pameran seumpama itu)," katanya.

Muzakarah kali ini turut mencapai kata sepakat untuk menerima pakai keputusan muzakarah ke-44 pada 25 Jun 1998 berhubung penggunaan nama saudara baru iaitu nama itu hendaklah tidak berunsur lucah dan hendaklah memberi makna yang sesuai dan baik. "Perlis juga bersetuju pada prinsipnya. Mereka hanya berbeza sedikit iaitu masih mengekalkan bin atau binti bapa yang bukan Islam itu," katanya merujuk kepada keputusan Majlis Fatwa Negeri Perlis bahawa bagi orang bukan Islam yang memeluk agama Islam adalah dilarang menukar nama kepada "bin atau binti Abdullah" sebaliknya mereka wajib mengekalkan nama bapa atau keturunan mereka.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

2 comments:

mokk said...

Salam Mamat...
Mengenai "bin" dan "binti" ..Kat Sarawak ramai jugak orang Melanau yang berbin dan Berbinti yang berugama Kristian dan Pagan....
Ini menimbulkan sedikit kekeliruan....kami kat sarawak dah biasa dah dgn benda ni...

To me..its up to them to keep their name...yang pentingnya Akidah dan Iman...
Ramai yang bernama Muhammad,shafie,alghazali..tapi,,,,

tokasid said...

Mamat: Apa yg Perlis fatwakan adalah berdasar pada dalil-dalil ketika para sahabat diIslamkan dulu.Nabi saw memang ada menukar beberapa nama sahabat( seperti Abu Hurairah) tetapi bin mereka tidak Nabi saw tukarkan.
Sehingga Ikhrimah bin Abu Jahal masih kekal bin Abu Jahalnya.

Yang tukar bin-binti ni di Nusantara sdaja yang berlaku. Orang bising2 sebab tak biasa,itu saja.kalau dah biasa tiada masaalah lagi,InsyaALLAH.