Tuesday, July 17, 2007

Fadhilat Bulan Rejab: BH sebarkan hadith palsu?





Salam buat semua.


Rejab telah datang merangkumi kita. Maka tersebarlah dalam dada akhbar tentang kelebihan Rejab dan Sya'aban. Memang terdapat beberapa keistimewaan bulan Rejab mahupun Sya'aban. Tetapi amat malang sekali banyak media memilih untuk mempromosikan hadith-hadith mawdhu'/palsu untuk memotivasikan orang ramai untuk beramal ibadah.Maka tersebarlah hadith2 palsu yang dikatakan datang dari Rasulullah s.a.w. Lupakah mereka akan hadith sohih dari Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhori dan Ibn Majah:

"Barangsiapa berdusta terhadapku maka bersedialah mengambil tempatnya dari Neraka."


Malah hadith amaran seumpama itu juga diriwayatkan oleh Muslim,Abu Dawud,At-Tirmizi,Ahmad,Ad-Darimi .


Jadi disebarkan hadith palsu tentang solat sunat awal Rejab dan fadhilat puasa Rejab.
( sila lihat Himpunan Hadis Dha'if dan Maudhu'(Jilid 1)~ karangan Drs.Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris, Al-Hidayah Publishers,Kuala Lumpur cetakan kedua 2001. Laman web: http://www.hidayah.com.my/)



Berita Harian online ada menyiarkan artikel kelebihan puasa sepanjang Rejab yang penuh dengan hadith palsu( yang di dedahkan oleh Drs.Abdul Ghani).


Boleh lihat dan baca satu penjelasan terperinci tentang hadith2 palsu ini di sini.



Bukan niat hendak melarang sesiapa dari mendekati diri pada ALLAH.Tetapi kaedah ibadah mestilah yg telah ditentukan oleh ALLAH melalui Rasulullah s.a.w. Ingatlah tujuan hadith2 palsu ialah nak membuat orang rajin beramal,tetapi kita mesti ingat cara yg salah tidak membetulkan tujuan yang benar. Tujuan tidak menghalalkan cara.


Semoga kita sentiasa melakukan dan mempertingkatkan amal yang hanya ditunujkkan oleh Nabi s.a.w.



Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

15 comments:

Mat Salo said...

Say bro',

New look nampak? Syabas bro'.. I like it, mantap!

Ini Be Eh (Be End?) apa lak sibuk ngan hadith palsu nih? Nak election, election lah...

Bulih di reportase ke JAWI tentang hal sebegini, Pak Dok?

Salaam Pak.

de_kerinchi said...

Salam saudara Dr. Tokasid,

Saya rasa hadis-hadis seumpama ini dah lama diperkatakna nampaknya tiada perhatian yang serius dari pihak berwajib untuk memantau. Begitu juga hadis yang kerap muncul semasa masuk waktu solat di stesyen TV malah tunggu bila bulan puasa nanti, banyak lagi hadis sebgini akan muncul.

Sememang pihak yang menerbitkan perkara sebegini tidak mempunyai etika penyiaran yang elok dan peka...(tapi akhir-akhir ini benda sebegini kerap berlaku, macam lepas batuk ditangga...)

rasa nya mereka ini boleh di kategorikan samada mereka memang tidak tahu atau buat-buat tak tahu. Saya teramat risau kalau mereka ini tahu tetapi mengamalkan prinsip "saya yang menurut perintah" dari pemimpin yang tak ambil tahu....

p/s: saya rasa pihak atasan mereka ni mungkin memang tak baca akhbar atau Tv terbitan sendiri apatah lagi bab-bab agama ni...

tokasid said...

Salam bro matsalo:

Tukaq muka baru bukan apa, tengok che'gu ngan bakaq tukaq aku pun saja-saja gatai tangan la try.

Berita harian boh kat omline depa. Dalam paper taktau ada ka dak pasai tak beli.

Macamana tugas tak rasmi jadi pak konsul balikpapan?

tokasid said...

Saudara de_kerinchi:

Rasa-rasanya mereka tahu banyak tentangan bab siarkan hadith palsu ni. Cuma sanggahan2 itu tak mereka cetak dalam akhbar mereka. Tapi tahun ni Utusan tak buat artikel tentang bulan Rejab ni. Mungkin dah kena 'sound' kot.

Yang jadi malang di masjid dan surau2 esp kat bandar dan luar bandar ramai lagi ustaz2 yg dok sebar hadith2 palsu dan kisah 'Israeliyat ketika kuliah. sampaikan ketika sivik Ramadhanpun fadhilat dari hadith palsu masih di baca selepas solat Taraweh.

Nak tengok seminggu dua ni macamana keadaan. rasanya nanti masuk Sya'aban pun akan di sebarkan. Saya buat masa ni dok semak Himpunan hadis Dha'if dan Maudhu' tulisan Drs Abdul Ghani Hj Idris.

Nak ringkaskan dan masuk blog dan discussion group supaya orang boleh tahu yg mana hadith palsu dan mana yg soheh. Bukannya apa, orang awam yg tak tahu akan pasti ingat hadith2 tu betul. tak pasal2 buat benda yang Nabi s.a.w. tidak tunjukkan.

Mat Salo said...

Pak Dok!

Banyak sungguh yg harus dikerjain Pak Doc, jadi konsul tidak resmi dan tidak bertauliah ini. Bisa kah saya minta pemerintah Bolaysia memberi saya AP Pak Dok? Setidak nya, paspor diplomatik pun sudah oke, ya Pak?

Anonymous said...

salam to TA,
Thanks for the info.Ada gak terbaca dalam BH pagi tadi.Taktau pula ianya hadis palsu.Mujur tak cut dan paste kat surau tadi.

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Thank you for alerting me on the hadith palsu. I have not taken down the post but added an update linking to you.

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam doc,

Puasa 1,2,3 rejab plasu ka betoi tu doc?

Saya dok ingat nak puasa 1,2,3 rejab lepaih tu sambung teruih 4 rejab sbb hari khamih.

Nasib baik futsal kensel hari khamih tu, bulih la posa.

Saya ada dpt 1 email ni tapi dari apa yg saya baca dlm BH tu lain la.

Doc, boleh check dak? Nanti doc hantaq email kat saya dan saya reply balik dgn email bulan Rejab tu.

Salam

tokasid said...

Bro Matsalo:

Iya dong sudah pasti banyak kerja lu dong. Jawatan ada gaji ngak ada tapi ngak apa-apa pak. Yang penting bisa nolong orang pak. Kalau mahu AP nanti saya coba titip sama ibu Rafidah dong pak.

tokasid said...

Drzeze:

memang bila masuk Rejab,Sya'aban dan ramadhon banyak hadith palsu dikeluarkan di akhbar,majalah,TV dan para ustaz di masjid dan surau.Sekarang bukan susah depa nak semak.Kalau tak mahu beli kitab pun, masuk webpages dah boleh cari hadith soheh.

tokasid said...

Fauziah:

I had wanted to post the al-ahkam (link)explaination last week but didn't bcoz I was waiting if any national newspaper will publish it. When Berita Harian did it, only then I put up this entry.

tokasid said...

Maknesia Pekasam:

Aku tengah dok buka Sahih Muslim bab Puasa. tentang puasa selain dari Ramadhon, Nabi s.a.w. banyak melakukan puasa sunat pada bulan Sya'aban tapi tidak sebulan penuh.
Kadangkala Nabi s.a.w. banyak posa sunat pada Rejab tapi tak sebulan penuh dan tidak pada hari2 tertentu.Tiada juga aku jumpa dalam Sahih Muslim dan Bukhori tentang kelebihan posa pada sekia hari di bulan rejab atau Sya'aban atau ramadhon.

Apa yg Nabi s.a.w. sarankan melalui hadith-hadith soheh tentang puasa:

1- Ramadhon kena puasa sebulan penuh.
2- Di galakkan puasa sunat Isnin dan Khamis.
3- Puasa sunat hari Asyura
4-Puasa 3 hari setiap bulan iaitu hari putih( 13,14 dan 15 haribulan Islam)
5-Sebaik-baik puasa ialah puasa Nabi daud a.s. iaitu selang sehari
6-Puasa pada hari-hari Tasyriq?Arafah
7-Puasa sunat di pertengahan bulan Sya'aban
8-Puasa sunat pada bulan Muharram( tidak di tentuka berapa hari.Elok buat yg mana-mana sunat pada Muharram)
9-Puasa 6 hari sesudah selesai puasa Ramadhon.

Semoga membantu.

tokasid said...

Salam:
Penambahan tentang puasa Hari Tasyriq.Ini saya ambil dari penjelasan di al-ahkam. saya semak semula Hadith dalam Kitab Sahih Muslim memang ada hadith tersebut.Juga terdapat hadith seumpamanya dari Ibnu Ka'ab bin Malik.

Daripada Nubaisyah Al-Hadzali berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Hari-hari Tasyriq adalah hari-hari makan dan minum (bukan hari berpuasa)."

(Hadits riwayat Muslim)

1. Adakah ini menunjukkan larangan (haram) berpuasa pada hari-hari Tashriq? Jika ya apa rasionalnya? Atau adakah ianya khusus untuk mereka yang sedang mengerjakan haji sahaja?

2. Adakah masih boleh berpuasa sunat yang biasa (Isnin Khamis & 13,14,15hb)? Contoh tahun ini 11 ialah hari Isnin manakala 13 adalah hari Tashriq?

Jawaban:
1. Dari Nubaisyah al-Huzali ra. berkata : Rasulullah telah bersabda :-

أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ لِلَّهِط
"Hari2 Tashriq adalah merupakan hari makan, minum dan mengingati Allah" [Hadith Riwayat Muslim #1141]

Hadith ini menyatakan bahawa tidak dibenarkan berpuasa pada hari tersebut. Dr Yusuf al-Qaradhawi didalam Fiqh al-Shiyam menyatakan bahawa hari Tashriq merupakan hari lanjutan kepada Eid al-Adha. Ibadat terbaik pada hari tersebut adalah ibadat korban dan bertakbir, serta bertahmid dan bertasbih kepada Allah swt, dan bukan dengan cara berpuasa.

Pengecualian berpuasa diberikan kepada mereka yang menunaikan Haji Tamattu' atau Qiran yang tidak dapat berjumpa dengan binatang korbannya, bolehlah berpuasa. Ini merupakan pendapat mazhab Hanbali, Maliki dan pandangan lama Syafie. [al-Mawsoo'ah al-Fiqhiyyah, 7/323].

Dari A'isyah ra. dan Ibn Umar ra. berkata :-


لَمْ يُرَخَّصْ فِي أَيَّامِ التَّشْرِيقِ أَنْ يُصَمْنَ إِلا لِمَنْ لَمْ يَجِدْ الْهَدْيَ .
"Tiada ruhsah membenarkan berpuasa di hari-hari Tashriq, melainkan bagi jemaah yang tidak berjumpa dengan binatang korban" [hadith Riwayat al-Bukhari #1998].

Berkata Imam al-Nawawi rh :-


واعلم أن الأصح عند الأصحاب هو القول الجديد أنها لا يصح فيها صوم أصلا , لا للمتمتع ولا لغيره . والأرجح في الدليل صحتها للمتمتع وجوازها له ؛ لأن الحديث في الترخيص له صحيح كما بيناه ، وهو صريح في ذلك فلا عدول عنه
"Ketahuilah bahawa pandangan yang terbenar dari Qaul Jadid (pandangan baru mazhab Syafie) bahawa sesungguhnya tidak sah berpuasa asalnya, samada jemaah yang menunaikan Haji Tamattu' atau yang lain. Dan pandangan yang rajih berdasarkan dalil bahawa SAH puasa bagi jemaah yang mengerjakan Hai Tammatu' dan dibolehkan untuknya, kerana hadith yang membenarkan ini adalah sahih sebagaimana yang kami jelaskannya, dan ia terang/jelas menunjukkan begitu, maka ia tidak boleh diabaikan" [al-Majmu' Sharh Muhazzab, 6/486].

2. Larangan berpuasa ini meliputi semua jenis puasa sunat [Majmu' Fataawa Ibn Baaz, 15/381]. Malah kata Ibn Utsaimin rh, bagi mereka yang wajib melakukan 2 bulan puasa pun tidak di benarkan. [Majmu' Fataawa Ibn 'Utsaimin, Jilid 20, soalan# 419].

Kesimpulannya : Tidak dibenarkan berpuasa pada Hari-Hari Tashriq, melainkan jemaah Haji yang tidak menjumpai binatang korban. Ini sebagai ketaatan kepada hadith Nabi , dan ia jelas menunjukkan bahawa hari Tashriq masih merupakan Hari Eid al-Adha.

Anonymous said...

kira ok la kau ni tok asid....
ko ingat org macam amin, anu ngan Lan dah reform ke macam kau?
barakallahu fik

tokasid said...

Salam waj 35:

How are u zeng? dah lama tak naik waj 35 kau. masih ada lagi ke waj35?

Anu dah Alhamdulillah syeh. Macam kau jugak lah aku dengar. Amin tak tau apa jadi kat JB.

InsyaALLAH kalau jumpa kita pesan memesan.