Tuesday, July 31, 2007

Yang membatalkan Islam(Bahagian 3):Bermula aqidah








3-Aqidah bermula dengan menafikan.

Aqidah seorang muslim bermula dengan menolak dan menafikan segala-galanya.Ia menafikan segala bentuk pengabdian diri yang wujud di atas bumi ini dan wujud di dalam jiwanya sebagai seorang muslim.

Umpamanya saya katakan,"Saya berikan barang ini kepada awak.". Ia berbeza dengan saya menyatakan."Saya tidak memberikan barang ini melainkan kepada awak."

Ayat yang kedua menunjukkan seseorang yang mengambil barang tersebut tidak boleh memberikan kepada sesiapa,hanya untuk dimiliki oleh dirinya sendiri. tetapi jika saya katakan "saya berikan barang ini kepada awak",ia bermaksud kita boleh memilikinya dan menggunakannya dan meminjamkan benda itu kepada sesiapa saja.



Apabila seorang Muslim menyebut Laa ilaaha illallah, ia bermaksud dia tidak boleh berkongsi dalam pengabdian diri,melainkan hanya keada ALLAH SWT. Laa illaha illallah inilah yang ditolak oleh Abu Jahal.Dia bukan tidak ingin mengabdikan diri kepada ALLAH,tetapi dalam masa yang samadia ingin berkongsi pengabdian diri itu kepada yang selain dari ALLAH~ kekuasaannya,makhluk-makhluk yang lain,kepentingan dirinya dan segala bentuk unsur yang menyaingi kebesaran ALLAH Jalla wa-'Ala. Maka dengan itu dia menolak dakwah Nabi s.a.w.



David yang Kristian,bukan tidak percaya kepada ALLAH,tetapi dalam masa yang sama dia ingin berkongsi kebesaran mengabdikan diri kepada ALLAH Taala dengan mengabdikan diri kepada selain daripada ALLAH.



Inilah yang menyebabkan ALLAH SWT menceritakan di dalam Surah an-Nahl(16: 36), ALLAH Taala menyifatkan dakwah para nabi 'alaihimus solaatu wassallaam, ALLAH menyatakan:



(Maksudnya): "Dan Kami menghantar bagi setiap umat itu rasul.Kerja rasul itu ialah menyuruh manusia mengabdikan diri kepada ALLAH,dan jangan membuat thoghut."



Bukan sahaja mengabdikan diri kepada ALLAH.Ia tidak memadai.Mesti dalam masa yang sama ia bertindak menjauhi,menghadapi,menentang setiap yang menyanggahi ALLAH SWT. Maka aqidah Islam bermula dengan menafikan: Laa-Tidak ada. Illa-kecuali. Setelah ditolak segala-galanya,ditetapkan hanya untuk ALLAH SWT,maka dikatakan: Illallah.



Apabila seoarng muslim beriqrar dengan iqrar yang seperti ini, baru dia diiktiraf memasuki daerah Islam;baru dia diiktiraf memasuki daerah iman.Inilah Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Bukan Islam sekadar menyatakan ALLAH sebagai Tuhan,tetapi Islam yang beriqrar bahawasanya tidak ada yang diabdikan diri melainkan ALLAH SWT.



Aqidah yang menafikan syirik,aqidah yang menolak segala kebesaran melainkan ALLAH SWT,dan berikutnya Muhammad Rasulullah s.a.w.~tidak ada jalan memahami agama ini melainkan dengan jalan yang dibawa oleh insan bernama Muhammad,yang ditabalkan oleh ALLAH SWT menjadi Rasul.

Kerana inilah Abu Jahal yang percaya kepada ALLAH,berperang dengan Nabi Muhammad s.a.w.Kerana inilah tentera Quraisy,tentera Kristian,tentera Majusi Parsi terpaksa berperang dengan insan yang bernama Muhammad(s.a.w.)Bukan kerana mereka menolak kepercayaan kepada ALLAH,tetapi kerana seruan Muhammad(s.a.w.) supaya membulatkan tauhid,membulatkan pengabdian kepada ALLAH,dalam masa yang sama bereti meruntuhkan segala kebesaran,keagungan dan penyamaan selain daripada ALLAH Jalla wa-A'la.



Apabila tentera Islam pergi menghadapi tentera Parsi,masuklah panglima tentera Islam bernama Rib'iyin bin Amir,masuk berjumpa panglima Parsi yang bernama Rostum.Rostum bertanya:"Mengapa kamu orang Arab datang ke negeri kami? Adakah kamu kekurangan makanan?Adakah kamu kekurangan bantuan,supaya kami boleh membantu kamu?"

Rib'iyin pun menjelaskan apakah tujuan kedatangan tentera Islam.Tujuan itulah yang merakamkan dan memahamkan kepada kita hakikat kita sebagai muslim. Kata Rib'iyin:



(Maksudnya): "ALLAHlah yang menghantarkan kami(yakni ALLAH yang menghantar tentera Islam,umat Islam,pendakwah-pendakwah Islam) supaya kami dapat mengeluarkan sesiapa yang ALLAH kehendaki,dari mengabdikan diri kepada sesama hamba,kepada hanya mengabdikan diri kepada ALLAH yang Esa; daripada kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam; daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat."



Apabila seseorang muslim faham asas ini,maka dia tahu bahaw dirinya berbeza dengan diri David yang percaya Tuhan ada dan ramasamy yang percaya Tuhan wujud, dengan Muhammad atau Ahmad ataupun seorang muslim yang percaya ALLAH SWT bukan sahaja wujud,tetapi Dia Maha Pencipta,dan tidak ada yang berhak untuk diabdikan diri melainkan kepada ALLAH SWT.Mesti dinafikan sebarang unsur syirik kepada-Nya,dan mesti ditolak sebarang bentuk persaingan kepada kebesaran ALLAH.Dan jalan sampai kepada ALLAH ini ialah melalui baginda Nabi Muhammad s.a.w.



Selepas ini kita akan menjelaskan,pada zaman kita ini banyak keraguan-keraguan dan salahfaham terhadap aqidah,yang menyebabkan seseorang ketika mengucap dua kalimah syahadah Laa ilaaha illalla atau pun MAsyhadu an laa ilaaha illalah, wa asyhadu anna Muhammadar rasulullah,ia membatalkan syahadahnya dengan perkara-perkara yang dilakukannya,ataupun perkataan ataupun iqtiqad yang wujud di dalam dirinya,disebabkan dia tidak memahami falsafah atau tujuan sebanar dia disuruh mengucap dua kalimah syahadah.



Next: Kesan batal aqidah....




Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

4 comments:

de_kerinchi said...

Assalamualaikum saudara Dr. Tokasid,

Teringat sifir yang diajar pada penuntut tarikat, (juga diambil dari kisah para wali) Sesungguh nya aku takut untuk berzikir "La Ila Ilaha Allah", kerana aku takut semasa zikir ku sampai kepada La Ila, lalu aku mati....maka aku senang untuk berzikir Allah..Allah dan membesarkan nya dengan hati yang tenang tanpa was-was....wallahuallam...

tokasid said...

Salam saudara de_kerinchi:

Bagi saya mudah saja. Apa yang ALLAH sebut dalam al-Quran dan apa yg Rasulullah s.a.w. sampaikan itu adalah ultimate truth. Perkataan dan perbuatan Nabi s.a.w. adalah sebahagian dari wahyu ALLAH.

Setiap perkataan atau perbuatan atau pendapat seseorang boleh diterima dan ditolak( selagi tidak bercanggah dgn syariat), tetapi setiap perkataan,perbuatan dan pandangan Nabi s.a.w. mesti diterima sepenuhnya.

Para guru tarekat mempunyai alasan masing-masing dgn pendapat yg saudara utarakan. tetapi tujuan zikir adalah mengingati ALLAH. ALLAH MAha Mengetahui hambaNya sedang mengingatiNya, jika termati ketika melafaz Laa...adakah ALLAH tidak tahu hamba ini sedang mengingatiNya?

Saya teringat satu hadith , sebaik-baik zikir adalah Laa illaha illallah. Jadi atas alasan itu saya menolak pendapat ahli sufi tersebut.

ZABS said...

Salam TA,
Terima kasih atas Ilmu yang di kongsi. Kita wajib bersangka baik dengan Allah. Seperti yang kita sedia maklum tentang satu hadis yang antara lain bermaksud "Hanya sanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Wallahua"lam.

tokasid said...

Pak zabs:

Ya, hadith " Innama a'mal nubinniat..." dari riwayat Saidina Umar r.a. dan di keluarkan oleh Bukhori dan Muslim menjelaskan tentang keikhlasan dalam berbuat sesuatu amal ibadah kepada ALLAH mestilah ikhlas. Kedua cara/method beramal ibadah mesti yang telah ALLAH approve iaitu apa yg di tunjukkan oleh Nabi s.a.w. sahaja cara melakukan ibadah tersebut. cara yg selain dari itu belum tentu ALLAH approve.