(UPDATE 1 Nov 2007 at 12.59pm: Betul-betul macam celaka!! TNB ni macam nak suruh aku mencarut macam MP Jerai tu ka?? Baru seminit tadi orang gaji telifon aku: " Pak! Listrik ngak ada semula macam siang kemarin. Nanti petang bila pulang pak tengok2 kolam ikan ya...Pump nya sudah berhenti. Aku kata: Apa! Blackout lagi? Bibik tolong telifon 15454.
Cuba you all semua tengok. Justify tak kalau aku marah? Dalam 24jam dua kali blackout. So, sapa-sapa di luar sana...tolong berikan aku selori chainsaw dan satu tong drum petrol. memang aku nak tebang tiang elektrik di depan Bangunan TNB Melaka)
BLACKOUT lagi........
Aku cukup marah dengan TNB. Bukan sekadar marah. Aku juga menyampah dengan TNB.
Aik? Tentu ada yang bertanya, mengapa marah dan menyampah dengan TNB? Kan TNB lah satu-satunya tukang supply bekalan elektrik kepada kita semua. Kepada seluruh rakyat Malaysia.Termasuk aku,tokasid!
Ya lah...aku tahu tentang hal tu.Kalau tak dak TNB aku susah juga. Semua orang akan susah.
Tapi macamana aku tak marah dan menyampah. Dan setiap sebulan atau dua bulan aku pasti akan marah dan menyampah.
Lain dan tak bukan sebab BLACKOUT. Ini blackout bukan sebarang blackout. Ini blackout yang sering berulang sampai 2-3 kali dalam tempuh 2 bulan. Dan tu blackout lama pulak tu. Kadang-kadang sampai 3-4 jam. Jadi kalau begini siapa lah yang tak marah dan menyampah.
Barangan dalam peti sejuk mula mencair. Ketul ais cair.Aiskrim cair. Pump dalam kolam dan akuarium stop, sampai ikan-ikan naik pucat dan panik.
Gate elektrik tak boleh di buka dan di tutup. Jenuh dan kena tolak atau tarik lah pulak. Mana tak sakit pinggang kalau macam ni?
Dan bila blackout ni bukan dia kira masa. Siang ka malam ka tiba-tiba elektrik boleh kata bye-bye. Kalau siang boleh tahan sikit. Kalau malam, jenuh nak pasang lilin. Nak pasang kipas tak boleh.Nak pasang aircond tak boleh,nak tengok TV tak boleh. Dah la malam bila tak dak api, gulap gulitalah rumah. Nyamuk pun macam dah bermesyuarat. Bila blackout saja, pakat serbu masuk rumah macam kapal terbang Jepun serang Pearl Harbour dulu. Sungguh! Bukan aku reka-reka.
Bila kita talifon TNB Aduan di talian 15454 , mamat atau minah yang kendalikan line tersebut akan tanya the usual stuff. Encik nama apa. Apa no talidon rumah encik. Tiang lampu yang dekat rumah encik nombor berapa? Rumah jiran-jiran blackout ka tidak? Last-last depa akan kata: Kami akan lapurkan kepada yang berkenaan. Mungkin akan mengambil beberapa jam untuk pulih semula.
Bab itu aku boleh terima hakikatnya.
Tapi yang aku hangin satu badan, mengapa kawasan Bukit Katil, negeri Melaka Bandaraya Babi Bersejarah, selalu sangat blackout? bagitau kami mengapa? Apa masaalahnya? Adakah ini cara TNB nak sabotaj ex- Pengurus TNB Melaka yang lakinya MP tu?( depa tinggal dekat rumah aku). Dengan rate elektrik yang tinggi, kami sebagai pengguna nak tahu mengapa kawasan kami sering berlaku blackout?
Mentang-mentang TNB monopoli bekalan elektrik negara, hangpa boleh buat kami macam ini kah?Kalau ada syarikat lain dah tentu kami yang tak puas hati akan tukar syarikat lain.
Tapi kami tak punya pilihan. Suka tak suka we are stuck with TNB.
Aku tahu lah kadangkala ada masaalah yg boleh sebabkan blackout. tapi kalau selalu sangat...apa masaalah nya yang tak boleh nak selesai-selesai ni?
Tolonglah TNB. Buck-up. Do something sebelum aku teramat marah dan pi tebang tiang TNB yang depan rumah Pengerusi TNB. Atau rumah Presiden/CEO TNB.
Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa