Tuesday, February 26, 2008

Funduscopy PRU 12 : Ada duit semua di maafkan.....

Jangan undi BN untuk hentikan penipuan dan salahguna kuasa



Pilihan aku kerana wadah yang PAS bawa.



Duit: bisa membuat orang jual prinsip perjuangan

Semalam jam 9.30pm selepas tutup klinik aku hidupkan kereta. Ketika hendak keluar dari kawasan deretan kedai aku nampak beberapa nak-anak muda sedang memasang bendera BN berhampiran Medan Selera dan Balai Polis Durian Tunggal.

Aku turunkan cermin kereta dan berteriak pada mereka di seberang jalan: Hait?Engka orang baru nak pasang bendera ke?

Mereka senyum sambil mengangguk kepala.
Aku: Hari tu saya dengar kata bilik gerakan dah tutup dan nak boikot. Apa sudah jadi?

Mamat pasang bendera: Kena pasang le doktor...bilik gerakan dah buka semula. Dah dapat duit jadi kena le buat kerja.

Aku: Oooo...dah dapat duit eh? Banyak ke?

Mamat pasang bendera: Ada lah sikit-sikit doktor. Lepas le nak minum nanti dan beli rokok.

Aku cuma angguk dan beredar.

Itu lah harga prinsip mereka. Dapat duit segala marah dan kekecewaan terus hilang.Calun yang mereka bangkang telah pun mereka terima dan sekarang membantunya berkempen.

Begitulah kuasa duit.




Hattan: Duit( rakaman semula. OA Kembara)




Duit bercakap.

11 comments:

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Dah lumrah alam ... ada duit, kerja semua jadi. And it is not during the election only.

tokasid said...

Fauziah:

Tentang itu saya faham.
Apa yang nak nyatakan sini, sebelum ini geng ini punya marah sampai tutup 10 bilik gerakan. Tapi ada mereka berutahu saya, kalau di beri beberapa ribu akan mereka buka semula bilik gerakan.dan memang benar seperti apa yg mereka katakan.
Mereka marah kerana nama-nama yang cawangan dan bahagian berikan di tolak oleh CM sehingga mereka buat banner dan letakkan di depan masjid pada pagi jumaat.banner yang menghentam CM.
tapi bila dapat duit segala marah dan prinsip mereka campak jauh-jauh.

Duit juga membuat orang menjual prinsip perjuangan. Kita di khabar(angin)kan bahawa beberapa bakal calon PKR di Johor dan selangor telah menghilangkan diri di pagi hari penamaan. Mungkin mereka telah di beli. bagi saya ini tidak mustahil kerana pada 2004 ketika nama saya di ura-urakan sebagai bakal calon pembangkang,saya telah ditawarkan antara 50-100k untuk menjadi calon tetapi mesti tarik diri 3 hari sebelum hari pengundian.

Itu lah kesannya duit jika tidak memikirkan soal prinsip dan amanah.

Unknown said...

Prinsip untuk di jual.

tokasid said...

Che'gu:

Bukan jual lagi dah. Boleh lelong sama. Rasa2 kat Mydin boleh lelong murah sikit kot.

Unknown said...

Heran no, depa ni tak tahu erti prinsip. Hidup depa macam mana? kalau tak ada prinsip macam mana nak jadi manusia. Ada perpatah 'Honour among thieves', pencuri pun ada 'honour' depa ni tak ada langsung. Macam pelacur.

cakapaje said...

Salam Doc,

I like Cikgu's last sentence: Macam Pelacur! Yup! That's they way they behave.

Kerp (Ph.D) said...

Orang atas akan kata, "Tak kira siapa dipilih, yang tak terpilih tetap sokong demi perjuangan parti, bukan individu".

hehehe...faktor duit rupanya.

tokasid said...

Che'gu:

Kita semua maklum duit penting utk hidup zaman ini.
Kalau nak ambil upah pasang bendera ka banner ka saya boleh terima. Sekurang2 itu upah utk penat lelah dia panjat tiang lampu atau pokok.

Tapi bila dah berdegar2 marah pada pemimpin negeri(parti dia jugak) dan sampai siap tutup bilik gerakan( atas prinsip mahukan calun yg bahagian telah kemukakan), tau-tau bila dapat duit, boleg reverse decision. In the first place kalau depa tak ugut nak tutup bilik gerakan pun depa akan dapat duit jugak utk kerja-kerja kempen depa. So yg depa tutup bukan sebab tak dapat upah tapi sebab prinsip depa.

Bagi calon2 yg tak muncul pada hari penamaan dan di dapati uncontactable serta menghilangkan diri kerana telah di beli...ini memang jenis pelacur. Lebih murah dari pelacur chow kit!

tokasid said...

Shah:

Putting it crudely, thats what they are acting like.

tokasid said...

Kerp:

You know the sad part kan? With a small token of money(but it can be big in certain rural areas)maybe about RM50-100.00 plus a bag of rice or a piece of kain batek and kain pelekat...people forgets their dissatisfactions the past years and are willing to sacrifice again for the next 4-5 years. And they will repeat the same thing all over again.

And you will also get they usual comments that if you don't vote for the present gomen then you are in the 'tidak tahu bersyukur' groups of rakyat. And they will ask you: Saper bagi kau makan minum? Saper bagi pelajaran utk anak kau? Saper yang bagi buku bantuan? Saper yg bagi biasiswa?

How so bangang these ppl who thought that all those responsibles was made by BN or UMNO and they can't seem to understand any group that formed the gomen must provide those basic needs of the rakyat.

muteaudio said...

"Duit! Duit! Dimana kau duit?...." Sambung nyanyi sendiri!