Friday, April 4, 2008

Tazkirah Jumaat : 786.....fahaman karut.


Salam buat semua.

Alhamdulillah pagi Jumaat ini dapat kita kongsi sedikit ilmu.
Tokasid dapat artikel ini dari sebuah website yang rakan e-melkan.
Mungkin tidak membawa apa-apa makna kepada kebanyakan kita.Tapi mungkin akan memberi sedikit pengetahuan kepada yang selama ini rasa perkara ini adalah Islamik.

Ianya berkenaan nombor 786. Oh tidak...bukan nombor ekor ye. Ini nombor yang sering kita lihat di kebanyakkan kedai mamak di negara kita. Ini dikatakan di pelupuri oleh Muslim League di India pada awal abad 20.

Sila baca sikit pengenalan dan kalau ada masa klik bersambung utk ke link artikel tersebut.

Pendahuluan:
Sesetengah umat Islam percaya bahawa 786 bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم . Kepercayaan ini sangat popular terutama di India dan Pakistan sehinggakan mereka menggunakan 786 sebagai pengganti kepada kalimah Basmalah di dalam penulisan. Mereka berasalan untuk mengelakkan nama Allah atau ayat Quran ditulis di atas kertas-kertas biasa. Kononnya cara ini lebih ‘bagus’ dan lebih diredhai oleh Allah. Ada yang lebih Islamik, mereka menggunakan 786 sebagai nombor rumah, plat kereta, dan sebagainya konon untuk mendapat ‘keberkatan’.(sambung bacaan anda di sini)


Penutup:
Nombor 786 bukanlah salah satu ajaran Islam melainkan hanyalah semata-mata bid’ah. 786 hanyalah sebuah nilai yang tidak membawa sesuatu maksud pun malahan ia adalah satu bentuk penghinaan yang nyata sekiranya disamakan maksudnya dengan kalimah suci Basmalah. Sebagai umat Islam yang beriman bertaqwa, sama-samalah kita meninggalkan kefahaman karut ini yang dicipta untuk mengelirukan kefahaman umat Islam terhadap Al-Qur’an.
Wallahua’lam.

16 comments:

Unknown said...

Doc,
The first thing hit my sorry brain when I read 786 was Hindi blockbuster Veer Zaara. Sebelum ni, memang tak tahu pasal nombor ni, walaupun agak banyak kali jugak jumpa.
Thanks for bringing this one up, dan pada masa yang sama share site yang menarik ni.

Unknown said...

Aku pun sama dengan Akmal. Dalam filem tu la first time aku tau 786 tu apa. Ingatkah betoi la rupanya karut. Terima kasih doc.

tokasid said...

Akmal:

Veer Zaara? That's a tongue twister la bro.
Will look up whats that movie is all about.

I've been thinking about this 786 thing for many years but nobody could give me an answer. All they tell me: Oh itu mamak punya nombor utk Basmallah. Or, nombor tu makna Bismillah di guna pakai oleh Muslim League kat India macam simbol nak bgtau depa org Islam( masa tengah tension Hindu-Muslim prior to India merdeka).

Bila baca artikel ni baru lah clear sikit .

Sabtu(esok) jgn lupa tau.

tokasid said...

Che'gu:

Aku pulak tak pernah dengar nama filem tu...punya la ceroi aku ni...LOL!

cakapaje said...

Salam Doc,

786? Karut? Isk isk isk, den baru ingat nak beli kat toto 3d, melepeh jawabnya! :)

Memang karut benar perkara ni. Ada satu lagi mungkin Doc leh tambah - yang guna ayat Al Quran kemdian kek bawah tu tuleh: hantarkan kepada 10 orang dan anda akan mendapat .... Jangan abaikan....

Astaghfirullah!

Tu pun mengarut juga. Malangnya, ramai yang percaya. Sedih dibuatnya.

ummisara said...

Salam Tokasid & bloggers,

I've been exposd to the '786' since i was very small. Growing up admiring the numbers.

Even in the UK, one can find the Balti Houses (restaurant) signage will have these numbers written. Even at their surau.

Not just '786, '313' also a hit amongst 'Mamak'. For them, '313' = ayatul qursi.

Nampak gayanya, i kenalah hilangkan kepercayaan nih... :)

Thanks Doc.

Veer Pratap Singh (Shah Rukh Khan) is an officer and pilot in the Indian Air Force who one day meets a beautiful Pakistani heiress, Zaara Hayaat Khan (Preity Zinta), as she travels to a small Indian village to scatter the ashes of one of her family's loyal servants. Veer [shah rukh] finds himself falling for her; however, Veer learns that Zaara is engaged to another man, Raza (Manoj Bajpai), a cruel and humorless Pakistani. A friend of Zaara contacts Veer and tells him that Zaara wants out of her engagement and has strong feelings for him, but when he comes to her rescue, matters take a turn for the worse and Veer winds up in jail. Twenty years later, Veer is still behind bars, and finds that his case is being given a new trial, but while he has a new chance at freedom, he discovers his lawyer will be going up against a state attorney who has never lost a case.

sampai tuaaaa shah rukh...:)

Unknown said...

Oh Macam tu asalnya fahaman 786 ni rupanya..saya mati-mati ingat 786 tu trademark depa yang mamak-mamak ni...sbb sellu nampak kat penang then terbawak kat KL... tak perasan lak about plat nombor kereta...

Thnx for sharing brother. Now I know...

tokasid said...

Shah:

Yes, that kind of surat /email berantai will surface every few months.

I think sebab org 'terpercaya' kerana mereka guna ayatul Quran.

I have read Dr Asri's komen on this nanti aku cari and buat rumusan(as a new entry)InsyaALLAH.

tokasid said...

Edelweiss:

Actually when it come to interpret anything religion with numbers I will be sceptical.

As far as I am concern Wahyu is al-Quran and al-hadith.I think the onlt time nabi s.a.w. sebut pasal numbor ialah berkenaan pembahagian faraid harta.

So bila ada mamat or mamak mai dok interpret guna nombor ni kita toksah ambil pot.

Seperkara lagi, ada kawan pernah bagi tahu(tak tau mana dia dpt info ni), 786 di gunakan waktu itu oleh Muslim League sebagai code yg menunjukan pemilik kedai/rumah itu adalah Muslim waktu ketegangan di India sebelum India merdeka.

786 di interprate sbg Basmallah. jadi premis yg ada 786 kaum Muslim akan tahu itu milik Muslim.
Wallahu'alam.

muteaudio said...

Oh....gitu rupanya. Bila saya tanya kat mamak nasi kandar, diorang cuma jawab "Bismillah" Bila ditanya apa kena mengena nombor dgn Bismillah, diorang suruh sya pergi main jauh2.

Apa kata hari Sabtu ni pi tanya kat mamak Kayu. Tengok sat, depa boleh jawab tak.

ummisara said...

Doc,

Mungkin ada logiknya pasal nak kenal pasti umah muslim atau tak di india...

jadik terbawak-2lah depa nih pasai 786 bila depa mai tanah melayu [heheh moyang i ler tuh]...dan serata dunia.

Kak Raden,

Kalau no plat 786....slalunya yang bawak tuh hidungnya mancung, kulit agak gelap sikit...[mamak ler tuh]..dan bayaran untuk booking pun lebih daripada RM1000

wallah hualam bissawab.

tokasid said...

Raden:

786 is actually their secret trademark. Tapi bila kita anggap dgn menulis 786 sudah boleh menggantikan Basmallah, dah jadi tak betul lah kan? Apa salah kalau mereka tulis Basmallah secara elok kat signage mereka?

Satu lagi perkara begini jika di biarkan lama-lama generasi seterusnya akan teruskan tanpa tahu apa asal usul bagaimana 786 ni timbul. maknanya generasi akan dtg akan taklid buta. mana tahu kalau 50 tahun lagi kalau buat surat dah tak tulis Basmallah tapi tulis 786. Itu tidak mustahil berlaku.

tokasid said...

Mute:

Jadik. Esok aku nak tanya kat mamak Kayu.Kalu dia tak tau nak jawab memang dia kayu.LOL

tokasid said...

Edelweiss:

Hang ada DKK jugak ka?
Mesti idung mancung no.

Esok boleh mai dak Kayu?

ummisara said...

Doc...

ish bukan setakat DKK....dah caca marba dah....

kalau dah DKK campoq melayu / siam..mana mancungnya lagi...kekekek

Insyallah kayu esok.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.