Friday, May 16, 2008

Tazkirah Jumaat: Berbuat baik kepada kedua orang tua

Assalamu'alaikum buat semua.

Ketika membrowsing sebuah kitab kecil "Sepuluh wasiat dalam Al-Quran" hasil penulisan Syeikh Abdul Hamid Kyusuk dan di alihbahasa oleh M.Ali Chasan Umar dan Achmad Masruch Nasucha, saya dapati ada beberapa ayat al-Quran yang menarik perhatian saya pagi ini.

1-Al-Baqarah ayat 83:
Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

2-Al-Isra' ayat 23:
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

3-Al-An'am ayat 151:
Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.

Dalam ketiga-tiga ayat di atas,kita di peringatkan berkali-kali agar jangan Syirik kepada ALLAH Azza Wa Jalla dan kita di kehendaki berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa kita.

Selain itu terdapat beberapa lagi ayat yang menggalakkan berbuat baik dan berbakti kepada ibu-bapa:

4-Al-Ahqaf ayat 15:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".

5-Surah Luqman ayat 14:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

16 comments:

ummisara said...

Salam Doc,

Syahdu pulak rasanya...
Bila mai bab mak bapak nih...hati cepat sayu. Dulu kan masa remaja, aja saja tak puaih hati..konon mak bapak mengonkong lah itu lah..ini lah..

tapi kan bila dah berkahwin, dah jadi ibu nih...baru tau dan mengerti apa yang mak bapak buat dulu semua untuk kebaikan ...baru boleh selami hati depa..sedaya ...la nih i pulak yang dok berletiaq kat adik-2supaya memahami seorang yang bergelar 'mak' & 'ba'.

Cukup indah tazkirah hari ini.... :)
thanks doc.

Unknown said...

Salam bro...

a good reminder, a good advice.. something I can share with the rest of my siblings too...

thank you for the shared ilmu.

have a great weekend, long one ni... klinik buka juga hari-hari ke?

cakapaje said...

Salam Doc,

A very good reminder, especially for this blessed Friday, thank you :)

Anonymous said...

salam doc,
a'a ek doc, even mertua pun kita kena anggap macam parents sendiri kan doc?
now i wonder what i would be like bila jadi mertua nanti.

mOEha Aziz said...

salam doc,

alhamdulillah. pesan yang sangat berguna. saya gembira singgah. dapat ilmu dan diingatkan pula. kita manusia memang mudah lalaikan?

:)

jazakallahu khairan...

Mek Na said...

ya betul. thx for sharing it here. tu la alasan utama saya benti keja kat KL dan balik keja kat png. to be around them n ambil tahu apa yg berlaku dlm kehidupan harian mereka.sedaya upaya bg mereka hepi. tak nak menyesal di kemudian hari. sibuk bekerja sampai lupa nak amik tahu hal 2 insan tercinta saya.

Anonymous said...

Salam Doc & sadakallahuladhim! Thanks for the reminder!

Anonymous said...

salam tokasid

Tidak perlu dipertikaikan lagi betapa berbuat baik dan memuliakan ibu bapa (serta mendoakan dengan doa-doa yang terbaik bagi ibu bapa yang telah mendahului perjalanan mereka ke alam Akhirat) adalah terkandung dalam Al-Quran sebagai ayat insyaiah (perintah).
Allah mencipta manusia dan dari ibu bapa kita diwujudkan ke dunia ini. Mereka, ibu bapa mereka dan seterusnya dan kita sendiri sebagai ibu bapa (bagi yang telah menjadi ibu bapa) adalah ibu bapa kepada generasi ibu bapa yang akan datang serta seterusnya. Ia adalah satu kesinambungan perjalanan tradisi kemuliaan yang tidak boleh diputuskan sehingga Hari Kiamat.
Ia saling berkait di antara satu dengan lain sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi s.a.w: "Amal perbuatan yang amat disukai Allah swt ialah solat (yang tepat) pada waktunya, berbakti kepada orang tua dan berjihad pada jalan Allah." (Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Muslim)

tokasid said...

Wassalam Min:

Bukan apa..sebab sekarang makin ramai yg abaikan mak bapak.
Kita bukan saja ada tanggungjawab sosial pada mereka tetapi jugak tanggung jawab agama.

tokasid said...

Wassalam sis Raden:

Yes,lets share it with our friends and siblings.If they follow it insyaALLAh we got some saham ,tak gitu?

tokasid said...

Wassalam Shah:

Bukan apa...follow-up of the Hari Ibu posting.

You take care bro.

tokasid said...

Salam E:

Mak mertua dan pak mertua pun macam tu lah jugak tapi priority utk lelaki ialah mak dan ayah dia.

tokasid said...

Wassalam Muha:

memang kita insan sering lalai.saya pulak 90% of the time lalai.

tokasid said...

Mek Na:

Memang betul.kebanyakan kita kerja sampai lupa dunia untuk mengejar dunia.saya pun termasuk dalam golongan itu.
tabik spring pada Mek Na kerana sanggup korban kehidupan ibukota utk balik ke Penang(Penang pun ibukota jugak kan?)

tokasid said...

Dhahran sea:

Alhamdullilah you like it.

tokasid said...

Wassalam Shirzad:

Syukran for the additional explaination on this matter.
yes, I read that Hadith too in this small kitab.