Friday, May 23, 2008

Tazkirah Jumaat:Taat perintah jauhi larangan.

Bakawali
tokasid BenQ


Salam untuk semua....

Taat
Hadith :
Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhr r.a katanya:"Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:"Apa yang aku tegahkan kamu daripadanya maka hendaklah kamu menjauhinya dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka hendaklah kamu kerjakan daripadanya apa yang kamu mampu. Sesungguhnya telah binasa orang-orang yang sebelum kamu oleh sebab banyaknya pertanyaan mereka dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka."
( Hadith soheh Riwayat oleh:Bukhari & Muslim)


1. Segala apa yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W adalah semua perkara yang haram dari segala macam bentuk maksiat dan kejahatan sama ada berhubung dengan diri, masyarakat dan lain-lainnya. Ada yang berkait dengan harta benda seperti larangan mencuri, merompak, meragut atau membazirkan wang di mana setiap larangan itu ada hikmah dan faedahnya.


2. Manakala segala bentuk suruhan pula hendaklah dikerjakan menurut kadar yang dapat dilakukan sesuai dengan kekuatan atau kemampuan yang ada. Sesiapa pun tidak harus meninggalkan atau mencuaikannya tetapi mestilah dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dengan penuh ketaatan.


3. Punca kebinasaan umat-umat sebelum ini adalah disebabkan perselisihan terhadap nabi-nabi mereka. Mereka suka membantah dan menentang apa-apa yang disampaikan serta banyak mengemukakan pertanyaan yang bukan-bukan sehingga menimbulkan banyak masalah dan akhirnya menyulitkan keadaan.

Namun adalah mudah untuk meninggalkan larangan dari melakukan suruhan. Ramai yang boleh tidak melakukan zina atau berjudi atau meminum arak atau melakukan rasuah.Tapi lebih ramai yang kita lihat tidak bersolat atau berpuasa atau bersedekah atau mengeluarkan zakat.(dan mereka ini juga kebanyakan nya tidak melakukan maksiat).



Mungkin ada akan bertanya:Mana lebih serious?Buat larangan atau tidak melakukan arahan?



Perumpamaan yang boleh di berikan adalah begini:
Mana yang kita lebih marah jika anak atau pekerja kita buat perkara yang kita larang?Katakan anak kita naik basikal di tengahari yang panas.Atau pekerja ita menggunakan talifon pejabat untuk panggilan peribadi.



Atau, lebih marah bila anak kita tidak pergi ke kedai seperti yang kita mahukan atau staff kita tidak membuat assingment yang kita tugaskan?



Melakukan larangan ada kemungkinan kerana degil atau memang jahat atau kerana terlupa atau kerana terpaksa.



Tidak mengikut arahan apa maknanya?Maknanya tidak mengikut perintah atau sengaja tidak mahu mengikut perintah atau tidak menghormati orang yang memberi perintah.



So mana lebih teruk?

19 comments:

Anonymous said...

dear doc

dari segi kejijikan melanggar larangan dan tidak mematuhi perintah, saya kira kedua-duanya sama teruk. Ini kerana tidak mematuhi perintah itu sendiri boleh ditakrifkan sebagai melanggar larangan supaya jangan ingkar perintah.
Saya bersetuju ramai yang meninggalkan solat dan enggan melunaskan zakat berbanding dengan mematuhi larangan seperti tidak berjudi, menjauhi zina, tidak minum arak dan sebagainya. Mungkin ini kerana kebanyakan larangan tersebut memerlukan perbelanjaan sedangkan ramai yang tidak mampu. Dalam soal tidak menunaikan solat, keuntungan duniawi diperolehi dari segi masa dan wang.

cakapaje said...

Salam Doc,

Hmm...good one. Nanti den ponder dulu ye.

mOEha Aziz said...

Salam doc,

tazkirah yang menarik...

dengan soalan yang ditinggalkan.. hati ini menggesa akal yang malas ni berputar ligat..

thanks

tokasid said...

Shirzad:

Memang kedua-duanya menjijikkan.
Saya pernah mendengar satu kuliah.Di terangkan Bahawa ALLAH memudahkan Islam untuk hamba2nya.Yang di haramkan amat sedikit berbanding yang di halalkan.Yang di perintahkan pula adalah mengikut kadar kemampuan kita dan dengan kadar ilmu yang kita ada(tapi jangan pula kita tidak terus mencari dan mendalami ilmu terutamanya ilmu agama).Kalau nak bersedekah, kalau ada RM10 saja,boleh sedekah sekadar 50sen atau seringgit atau 10 sen.Kalau tidak ada duit,membuang halangan di jalan orang ramai jugak sudah di kira sedekah.Kalau solat cukup sekadar yang fardhu kalau dah tak mampu nak buat yang sunat2.

Dengan segala kemudahan dan rahmat ALLAH kita masih sombong dan tidak bersyukur.

saya pun risau kerana sering jugak saya bersifat begitu.Wa'iyyazubillah.

Mungkin kerana kita sudah lupa untuk takut kepada ALLAH dan Hari Pembalasan kot.

tokasid said...

Shah:

You do that and see what you have to say.

tokasid said...

Wassalam Muha:

Fikir jgn tak fikir dan kongsi bersama-sama.

Anonymous said...

salam to TA,
cantik bunga Bakawali tu.Tentu dari taman Mrs TA kan?Seingat mama tawun lepas pun berbunga gak ..err mana beli pokoknya?

Lily Abdullah said...

Salam,

Saya secara peribadi mengaku mematuhi arahan adalah lebih susah dari menjauhi larangan.

Entri yang baik untuk direnungkan.

ps: Hari ini saya rasa lega doc. Tak payah dok semayang subuh macam orang nak berlari .

Hikmat apa yang berlaku ni.

Anonymous said...

Salam Doc,
Terima kasih atas Tazkirah Jumaat! Btw, bunga bakawali ni pelik juga ya? Saya ada tanam bakawali kat rumah dulu2 & anihnya bunganya kembang full bloom bila 12 midnite & layu lepas tu... macamana dia boleh detech 12 midnite? Baunya harum betul!

tokasid said...

Mama dr zeze:

Pokok Bakawali tu ada jiran mak mertua bagi.
Dah banyak kali berbunga dah.
Di nurseri tak pernah pulak jumpa.

Kalu nak nanti bila2 aku nak balik Tepeng aku boleh singgah Bidor kot.....

tokasid said...

Wassalam Mariani WL:

Memang betoi...saya pun liat nak buat suruhan ALLAH.

Semoga dapat kekuatan...

tokasid said...

Wassalam Pak Dhahran sea:

Memang bakawali start mengembang after 12 minight and it will start tu kecut by 3-4 am( saya tahu pasai saya tunggu nak tengok dan ambil gambar).

Mungkin ALLAh dan tetapkan DNA Bakawali utk kembang after 12 midnight.
It will be interesting if some horticulturist can study and make the report public.

KAMATO said...

Salam doc, terima ksih tazkirah ini, sangat menarik, sama2 lah penuhi meninggalkan yg dilarang dan melakukan yg dituntut disamping mematuhi semua peraturan

Pak Zawi said...

Salam Doc TA,
Setuju dengan shirzad bahawa kedua-dua nya sama teruk. Cuma tidak melakukan seperti diarah akan memberi kesan keatas orang lain.
Cantik pic bunga bakawali tu.

tokasid said...

Kamato:

Itu lah....kita lakukan sedaya yang boleh.

Apa2 pun untuk kedua-dua ini amat memerlukan sabar.

tokasid said...

Pak Zawi:

Benar pak.Kedua-dua di tuntut sebagai petanda kita ada takwa(buat suruhan dan tinggalkan larangan).

Bunga bakawali tu kalau guna !350 atau D40 akan lebih menarik komposisyennya.

arsaili said...

salam doc..good reminder

ummisara said...

Doc, bakawali tuh berbunga setahun sekali kan? malam jer kan?

ummisara said...

maap...tak baca comments yang lain...

dah tahu dah...kembang after 12 am..