Tuesday, May 27, 2008

Terkenang semasa dulu.....part3

1980.Pagi Ahad.
Stesen Keretapi Taiping.
Platform ke Selatan.

"Hang belajaq elok-elok.Jaga diri di sana. Jangan sombong dengan orang lain."Pesan Mak kat aku semasa sedang tunggu keretapi dari Utara untuk ke KL.

Aku angguk mengiyakan pesanan mak.Adik-adik yang ikut ada yang duduk di bangku kayu ada yang berjalan ke hulu ke hilir sepanjang platform di stesen keretapi tertua di Malaysia.

Pagi itu tidak ramai yang ke selatan. Seringnya ramai suka mengambil tren malam.
Bapa akan bersama aku ke KL. Ini pertama kali aku akan ke KL.Kalau bapak tak ikut serta mungkin aku akan gabra bila sampai di sana.

KL bukan Alor Setar.Bukan Sungai Patani.Bukan Taiping.
Aku tak tahu apa-apa langsung tentang KL. Dan tak ada saudara mara di sana yang akan tunggu di stesen keretapi atau stesen Puduraya.
Adik aku ada di KL.Tapi dia di RMC Sg Besi dalam Form 4.mana mungkin dia boleh keluar dari RMC begitu saja.

Dengan bapak menghantar aku rasa yakin sedikit.Aku tahu bapak dan mak pernah tinggal di KL semasa awal tahun 60an dulu.Di Datok Kramat.Masa tu bapa di salah satu kem tentera di KL.Jadi bapak familiar lah dengan KL walaupun telah berbelas tahun kami berpindah ke Taiping.

Loceng berbunyi kling..klang...kling...klang. Seorang lelaki India berbadan tegap masuk ke kawasan berpagar di platform dan mula menarik batang-batang 'gear' yang mengawal trek tren. station master keluar dari biliknya dan berdiri di hujung platform. seorang lagi kakitangan memegang dua bendera.Merah dan Hijau.

Orang ramai mula berkumpul di platform. yang sedang minum tergesa-gesa membayar harga minuman. Yang di gerai majalah meletak semula majalah dan suratkhabar yang telah di browse tanpa membeli sambil di perhati oleh mamak tuan punya stall.

Di platform semua memerhati ke arah utara. Kelibat tren muncul dari jauh dan semakin membesar dan bunyi semakin membingitkan dan platform mula bergegar bagai di landa gempa berskala 2 Ritcher.

Bila tren melintasi platform ,station master menghulur tangan kiri ke ats dan driver tren menyarungkan sekalung alat berbeg.Pengangkat bendera menaikkan bendera merah. Akhirnya tren berhenti dan bendera hijau di angkat.

Aku bersalam dengan mak dan mencium kedua tangan mak. Adik-adik datang bersalam. mereka tahu abang mereka akan ke KL untuk menyambung pelajaran. Aku berharap ini akan memotivasikan mereka untuk berusaha keras agar mereka juga layak belajar setinggi yang termampu.

" Mak ,doa kan cek naa...."pinta aku pada mak.Mak angguk.Dan aku tahu mak bangga anak sulong dia dapat masuk ke Universiti.
"Hangpa belajaq elok-elok na...jangan nakai-nakai sangat di rumah. Homework mesti buat!" pesan aku pada adik-adik. Angguk-angguk dari mereka.Tiada geleng-geleng.

Aku dan bapak mendaki ke dalam koc tren.Kelas 2. Bapak guna waran pencen. Dalam tren ketika itu free sitting. Koc agak kosong.Kami pilih tempat duduk dan meletak beg di hujung kaki.Aku kembali ke pintu loc dan melambai2 pada mak dan adik-adik.

Hon tren di bunyikan. Bendera merah naik semula dan tren mula bergerak perlahan-lahan mendapatkan momentum. Aku menjengok kepala melalui pintu sehingga tren membelok dan mak serta adik-adik hilang dari pandangan.Stesen Taiping pun hilang selepas tren membelok di lintasan Kg Boyan. Tren semakin laju dan bergerak ke kiri ke kanan sehingga kami sebati dengan pergerakan itu. Kami melepasi Kg Boyan,Kota West,Air Kuning, Bukit Berapit dan 2 terowong panjang yang merentasi bukit-bukit di sana sambil tren menjadi perlahan ketika mendaki.

Menuruni bukit ,tren melalui Padang Rengas sebelum berhenti di Stesen Kuala Kangsar.
Sepanjang perjalanan aku banyak di pintu tren. Membiar angin memukul-mukul muka. Macam budak-budak.Atau kata kawan-kawan aku: macam Jakun.
Jakun pun Jakun lah. Atau kata kawan-kawan jugak: macam orang perak(sebutan pe-ghak.Bukan sebutan Perak).Peghak pun pegahk lah...memang masa tu aku peghak dan jakun pun.nak nafi apa lagi.

Bila penat aku ke kerusi. Bapak dan aku tak banyak bercakap.Memang begitu lah aku dengan bapak. Bercakap bila perlu dan ada hal penting.Tapi kami macam faham antara satu sama lain.Bapak kata kalau nak makan ada bekal makanan yang mak dah siapkan Adalah sedikit nasi dan lauk serta yang wajib bila orang Melayu berbekal iaitu telur rebus. Dengan cara itu dapat jugak berjimat.Makanan di kantin tren amat mahal.Dan selalunya tak sedap.

Pemandangan kiri kanan tren memang menakjubkan bagi seorang yang peghak macam aku. Kadangkala ada hutan dan bukit bukau.Kadangkala kawasan perkampungan yang kita boleh lihat orang berbasikal atau bermotorsikal.Makcik-makcik menyidai kain.Kanak-kanak bermain atau memanjat pokok buah.Kadangkala di tepian kawasan lombong.Ketika itu masih terdapat kapal bijih timah di tengah2 lombong. Kadangkala trek tren parallel dengan jalanraya dan kita dapat melhat kereta.lori dan motosikal seolah-olah berlumba dengan tren. Seringnya kita melihat belakang rumah orang bila tren melalui bandar2 kecil.Anak-anak kecil berdiri beramai-ramai di tepi trek sambil melambai-lambai kepada penumpang.

Menjelang petang aku mula nampak rumah-rumah kedai dan taman perumahan.Tren sudah mulai memasuki KL melalui jalan antara Selayang -Kepong( I knew that later) dan Segambut.
Dari Segambut aku lihat begitu banyak bangunan-bangunan pencakar langit di sebelah kiri trek. Di sebelah kanan ada kawasan berbukit-bukit tiba-tiba bapa bersuara: "Tu...yang tu ataih bukit tu bangunan Bank Negara".
Aku cuma angguk.Di sebelah kanan kelihatan bangunan DBKL dan kemudian nampak Bangunan Sultan Abdul Samad serta Selangor Club.Bila tren mula perlahan bapa tunjukkan Masjid Negara pada aku di sebelah kanan kami sebelum tren masuk ke Station KL( masa tu tak ada KL Central lagi.Malah Central Market pun belum ada..cuma bekas pasar yang dah kosong).

Kami turun dan aku kagum dengan Stesen Keretapi KL.Sangat besar dan indah reka bentuknya.Moorish style.Orang agak ramai. Platform yang kami turun ramai yang mahu ke selatan dan Singapura. Sambil menggalas beg pakaian aku dan bapak turun ke terowong jalanan untuk menyeberang ke lobby Stesen. Itu lah kali pertama aku masuk terowong subway walk.
(Benda tu mana ada kat Aloq Staq,SP atau Taiping.)

Dari lobi stesen kami keluar. Di hadapan kami bangunan ibu pejabat KTM yang jugak cantik dan di hujung kanan melepasi round about aku nampak sebahagian dari Masjid Negara. Kami melintasi jalan dan menunggu bas atau teksi.Kata bapak: "kita pi dok rumah tumpangan kat Kg Baru ".Aku ikut saja.

Memang aku terasa amat jakun,peghak dan cangok yang teramat sangat. Kenderaan yang lalu lalang amat banyak bagi aku.Apa lagi ketika kami naik bas mini orang bersesak-sesak dan sepanjang jalan dari Stesen KL ke Batu Road kereta dan motorsikal paling banyak aku pernah lihat.

Ketika itu Batu Road dan TAR masih dua hala jadi bayangkan kesesakan di situ.Aku lihat orang-orang KL kebal-kebal belaka.kalau nak melintas jalan pakai redah saja tak payah tengok kiri kanan pasti kereta atau bas mini akan berhenti bila orang melintas. Dahsyat bisik hati aku masa tu.

Di Batu Road/Chow Kit aku dan bapak turun.Bapa tanya nak makan ke tak tapi aku rasa macam dah kenyang melihat suasana KL. sebab aku tak mahu makan lagi bapak ajak check in ke rumah tumpangan yang terletak berhadapan KL International Hotel.Terdapat berderetan rumah tumpangan murah di situ dan di situ pun tak sesibuk atau sebingit batu Road tadi.kami ambil sebuah bilik. Selepas meletak beg bapak mandi dan solat.Aku pulak keluar dan tercongok kat depan rumah tumpangan sambil melihat skyline KL yang penuh dengan bangunan-bangunan tinggi. Aku macam tak percaya aku akan tinggal di KL buat beberapa tahun ini.Aku tak tahu bagaimana aku akan cope dengan KL.Adakah aku akan di dakap dan di telan oleh KL dengan banyak cerita-cerita sensasi yang aku dengar dari mulut kawan-kawan dulu? Atau aku akan mampu bersahabat dengan KL tanpa tersesat?

Selepas solat bapak bawa aku bersiar-siar di sekitar Kg Baru dan Chow Kit.melihat pasar-pasar peniaga Melayu di situ.Kami berjalan sehingga ke Pertama Kompleks melalui Pawagam P.Ramlee(selepas 3 tahun baru di robohkan). Bapa tunjukan aku bangunan-bangunan cantik di KL dan tunjukkan aku bagaimana nak naik bas mini ke mana dan ke mana.

Bila menghampiri maghrib,kami pulang ke rumah tumpangan.Bapa membeli sejenis makanan yang aku tak pernah lihat seumur hidup. Aku tengok berketul-ketul di rebus dan di cicah sos pedas.Rasanya pelik bila pertama kali aku makan.Rasa macam hanyir.Bapak kata inilah Yong Tau Foo. Itu lah pertama kali aku makan Yong Tau Foo( yang kini jadi favourite food aku dan Hafiz).Aku tidur awal kerana keletihan.

Selepas subuh bapak kejutkan aku. Aku mandi dan bersiap. Bapak bawa aku bersarapan di kawasan pasar Chow Kit. Lepas tu bapak beli sedikit buah-buahan dan kami kembali ke rumah tumpangan.Kami check-out sebelum bapak mendapatkan teksi.Untuk ke UM.

"Kami nak ke Universiti Malaya ya..."kata bapak pada pemandu teksi.
"Boleh...anak abang ke ni?Dia dapat masuk U?"
"Ya..anak sulong saya"
"Bagus...bagus...kamu kena belajar rajin-rajin tau.Jangan sia-sia peluang ini.Saya pun ada anak tapi kat UTM.Dia buat kejuruteraan.kamu dapat belajar jurusan apa?"
"Err..saya dapat Asasi sains pakcik.macam matrikulasi lah"
"Hah...lepas tu nak buat apa?Doktor?Engineer?"
"Tak tahu lagi pakcik...saya pun tak sangka dapat UM sebab saya dok aim UTM dan ITM"
"Tak apa...kamu belajar elok-elok.nanti kamu tahulah jurusan apa nak ambil"

Teksi melalui semula di hadapan Stesen KTM yang kami singgahi semalam.Kemudian bapak tunjukan Muzium Negara di sebelah kanan kami. Kemudian melalui Bangsar dan Kg Abdullah Hukum yang aku lihat banyak rumah setinggan.Di depan tersergam bangunan besar yang sering di lihat di TV.
"Hah!Tu dia Angkasapuri!" jelas pakcik drebar teksi.Mulut aku terlopong bagaikan huruf 'O'.

Alkhirnya teksi membelok kanan dan menempuhi bulatan round about kecik sebelum terserga di depan aku pintu masuk UM.Pak guard menghentikan teksi.bapak beritahu tujuan kami dan tunjukan surat tawaran Asasi sains.
pak guard tanya pakcik teksi samada dia tahu Asasi sains atau tidak.pakcik teksi angguk tahu dan membawa kami ke sana. Bila sampai di Pusat Asasi Sains(PAS) bapak bayar tambang dan kami tercegat di foyer bangunan. Ada seorang pelajar lalu lalang di situ dan bapa bertanya di mana pejabat PAS. Pelajar itu bawa kami ke sana dan berjumpa kerani. setelah selesai urusan pendaftaran dan di beritahu aku dalam kumpulan mana serta jadual kuliah,tutorial serta makmal aku di arahkan ke Pejabat HEP untuk urusan penginapan.

Pelajar yang menolong tadi masih ada di luar pejabat dan di memberi arah bagaimana hendak ke Pejabat HEP.Di pejabat HEP aku di beritahu penempatan aku ialah asrama Kedua(2nd RC) atau 2nd College. Yuran-yuran bapak jelaskan apa yang wajib dulu.Baru aku tahu banyak belanjanya bila nak masuk universiti apa lagi kita tak tahu samada dapat biasiswa atau tidak ketika itu.
Bila dah tahu di mana 2nd College kami dua beranak berjalan ke Asrama Kedua merintasi tasik UM.Aku di beri bilik di blok A top(tingkat atas) dan roomate aku ialah pelajar Pergigian tahun 1, Ahmad Temizi.

Selepas mengemaskan katil dan memasukkan pakaian ke almari,bapak mandi dan solat. Kemudian kami ke Kedai Buku UM untuk membeli buku-buku teks serta bahan-bahan belajar.Beratus-ratus juga yang bapak belanjakan untuk itu.Aku menaruh azam tak akan mengecewakan bapak dan mak. Dengan menghantar aku ke universiti aku tahu banyak belanja yang bapak dan mak keluarkan.Entah-entah hampir habis simpanan bapak yang tak seberapa(bapak cuma pencen prebet askar dengan pencen about RM 200 pada masa tu). I must not fail them.Itu azam aku.

Malam itu bapak bersetinggan di bilik aku.Alhamdulillah roomate aku faham( dia pun budak kampung jugak). Seorang demi seorang datang ke bilik aku bila mereka tahu ada pelajar baru di floor itu.Ada pelajar senior dari KSAH dulu yang aku pernah tengok. Ada beberapa orang Kedah yang membuat aku tidak terasing .Dan jiran aku yang sama-sama Asasi iaitu Ujang dari Kg Gedangsa( Ujang dan keluarga baru 2 hari lalu datang menziarahi aku di Melaka) serta terjumpa dengan pelajar yang membantu kami di pejabat PAS tadi iaitu 'Ud dari Kg Tualang Pokok Sena(kini orthopaedic surgeon di Hospital Alor Setar).

Bapa tinggal selama dua hari di UM dengan aku. Ramai pelajar yang datang berbual-bual dengan bapak dan bapak pula bila waktu solat sering ke surau di 2nd College. Tindakan bapak membuat aku dapat ramai kenalan kerana bapak memang dari dulu down to earth(mungkin kerana bapak tak belajar tinggi dan dari keluarga yang susah).bapa juga berjumpa dgn rakan lama semasa beliau dalam British Army di Singapura dulu yang kini mengemdali kantin di 2nd College,Pak Usop.

Aku telah mulai masuk kuliah dan tutorial.Memang satu cultural shock bagi aku waktu itu. pelajar-pelajar dari KL dan PJ serta dari asrama penuh 95% speaking Mat Saleh! Aku jadi gabra. mana pernah aku 'meyeleh'(cakap Mat saleh) di KSAH dulu kecuali bila Kelas English. Yang dari Kelantan cakap Kelantan.Yang Trengganu cakap ganu. Yang dari Johor pula cakap : Ape..kite..berape...tak ade..... Ini semua baru bagi aku tapi aku tahu aku boleh sesuaikan diri. yang masaalah ialah bila budak-budak perempuan 'menyeleh' dengan aku.Aku main angguk kepala saja.Aku faham apa yang mereka cakap cuma aku kurang yakin dengan pronounciation dan ayat-ayat aku yang berterabur tanpa mengikut hukum hukum bahasa Inggeris.

Selepas dua hari bapak kata dia nak balik Taiping.Dah lama sangat dah kata dia.Kena balik tengok adik-adik hang sama.Petang tu aku kebetulan tak ada makmal jadi aku ikut bapak ke Stesen KTM.Bapak dah ada waran tiket.Kami berjalan dari asrama ke masjid ArRahman dan menaiki Bas Mini.

Di Stesen KL, bapak banyak berpesan: Belajar sebaik mungkin sebab itu saja yang dapat bapak bagi kat hang. Jangan sombong dengan orang.Kena pandai bawa diri.Jangan cari musuh.Jangan lupa solat(yang ni aku jarang ikut pesanan bapak).Sekali sekala tulis surat ke rumah supaya mak tak risau sangat.

Akhirnya tren ke Utara bergerak jam 3.00petang.membawa bapak balik ke taiping.
Tinggal aku berdiri seorang di platform 1.melihat tren semakin menjauh dan akhirnya hilang dalam terowong Dayabumi. Aku melangkah keluar dari stesen.Aku tidak gentar lagi.

KL kau dakaplah aku tapi jangankau sesatkan aku.Aku tak mahu sesat di Kuala Lumpur.





Sesat Di Kuala Lumpur - Kembara

Sesat di Kuala Lumpur
Lagu/lirik: M.Nasir
Nyanyian:M.Nasir

49 comments:

mantra-indeeptots said...

Adui doc,
Can i laugh first? Anak bapak rupenye.. Nak ke KL bapak teman?

Well, those were the days.. These days, the dialogue is different 'Bapak nak ikut ke KL.. knp? Bapak bank-in je.. Kesian Bapak susah2 ke KL.."

Unknown said...

Salam bro...

Membaca babak yg ini semuanya berbaur...dpt menyelami perasaan seperti apa yg saya rasai bila dapat tawaran masuk universiti dulu...semangat dan azam yang serupa membakar diri tambahan saya juga datang dari keluarga yg tidak berada.

tapi saya suka bab org2 johor berbicara tu: ape..kite...di mane...hehehe..sungguh terkenang semasa dulu...

ada bab 4 kan?

lukmanw@gmail.com said...

Doc

Hampir sama cerita bapa saya hantar saya ke Asasi dulu. Tapi keretapi taiping_KL penuh terpaksa tidur tepi jamban. Macamanapun kami biasa tinggal di KL masa sekolah rendah.

Paling menyedihkan bapa gadai pencen askarnya kepada Benggali Kpg Baru. Rasanya gadai untuk pencen setahun dia dapatlah RM 900 untuk bayar yuran. Malangnya saya gagal di Semester 3 Asasi.

Lukman

tokasid said...

Jeejah mantra:

I was laughing when I wrote this piece.But tha was the reality in those days. With no one there and zero knowledge about KL if I go alone I might end up in Puchong for all I know(hutan getah at that time).And I had no idea where UM was.

You see I went into Asasi sains via a reserve list.When some from the first batch got their overseas offer they quit Asasi after a week or so. me and few other guys in the reserve list were then called.

many kampung guys for the first batch went in groups with their schoolmates or kampungmate so they don't have much problem.

tokasid said...

Wassalam Raden:

Betul tu sis. Apa lagi masa tu tak ramai dari kampung yg masuk U. Dalam keluarga sebelah mak dan bapak saya yang pertama dapat masuk U.Lepas tu baru lah adik2 saya dan sepupu(dapat ke US). Setakat ni Alhamdulillah semua ahli keluarga(8 orang) ada tertiary education.

Masa baru2 berkawan dgn pelajar dari negeri2 lain saya cukup syok dengar mereka berbual.Ada cakap utara,ada kelate,ada Ganu,ada Johor Riau,ada telo Jawa ada telo Mandailing ada Minang.
Akhirnya secara am kita boleh faham perkataan yg ringkas dan common.

TaK gitu kite?

tokasid said...

Lukman:

Kita bekas anak2 prebet cabuk memang perit kalu masuk U atau kolej. Nasib baik semester kedua dapat biasiswa kalu dak tak tahu lah.

Itu sebab lebih kurang 8-9 tahun dulu bila banyak kolej dan pusat matrikulasi di swastakan ramai budak2 yang pandai tidak dapat sambung belajar(masa tu tak ada PTPTN lagi).
Saya ada kenal 2-3 orang yang susah tapi anak result baik. nak daftar utk kolej matrikulasi saja gedebuk gedebak dah 4 ribu. Akhirnya anak-anak ini tak mahu belajar dan terus kerja kilang.
Ada yang kemudiannya sambung belajar sendiri part-time.

Aku dulu tak tahu mana bapak aku ghekaw duit banyak tu. Mungkin mak aku pinjam koperasi guru kot.
Masa adik aku nak pi US pun lagu tu jugak. Tana dan rumah di cagar ke Bank Rakyat utk buat loan.

Mungkin sebab tu kot aku sampai sekarang tak berminat sangat barang2 berjenama dan tak gaduh sangat nak Merc ka,BMW ka....samapai la ni kalu nak beli baju pun aku pikiaq 4-5 kali hang tau ka!

ummisara said...

Doc,

Patutnya baca posting nih happy...sbb dapat masuk UM tapi i nih pulak yang sayu...bukannya sbb apa...sbb mengingatkan pengorbanan seorang bapa & ibu .

So far chek dulu masa pi IPTA, mak bapak adik pi antaq...tak selalu balik umah sbb bapak nanti mai jengok dengan mak or when he was in town for a meeting in Bukit Aman. kalau mai depa mai....siap bawak lauk pauk...berkelah lah kat cafe di bawah hostel...kawan-2 sebilik memang sukaaaaa...

ada dari penang [chek sukalah dia cakap utara], dari Miri, KL, Johor ..mcm -2 lorat boleh dengaq ...

tapi bila pi oberseas...depa tak pi lah...setakat pi airport ja lah...kita pun masa tuh dah 20 thn...dah boleh redah sendiri :)

Doc..Bab 4....jangn lupa.

muteaudio said...

Salam doc,
Saya tak merasa adegan macam tu. Rumah 3km dr USM. Naik motor pi daftar sendiri. Pastu baru mak bapak pi hantaq kain baju.

cakapaje said...

Salam Doc,

Ooh! I love this entry! Better still, you added one of my favourite local song! I love you Doc (ni, membalas wink wink kat my blog, lol).

And thank you too, as you gave me an idea for an entry. Cuma, tak tahu nak tuleh atau tidak je :)

cakapaje said...

ps. Maaf Doc, agak hampeh sikit la...dah terbiasa ngan nyanyain M Nasir, tetiba suara Saleem tu cam...lain sangat! But thanks anyway :)

tokasid said...

Wassalam Min:

Memang happy sesangat dapat masuk UM. Pasai kawan2 lain ramai yang dah cabut masuk sana masuk sini.

Masa pi KL pun tak la rasa sedih ka hiba ka.Cuma seriau pasai tak pernah pi KL takut sesat .takut kena copet pasai nak kena bayar yuran banyak.

Cuma I always remember how mak and bapak scrifice pasai nak bagi anak2 belajar.
Walau pun bapak dah takdak, tapi duit pencen bapak tetap dapat sara 2 org adik yang buat sampai degree di UiTM dan sorang yang tengah dok buat latihan perguruan di Seberang Prai .

Dulu bapak pi masa hantaq masuk U dan pi sekali lagi bila saya konvokesyen.That day I saw bapa shed his tears!

blackpurple @ jowopinter said...

Mengimbau masa-masa lalu memang manis. Bila diingat-ingat semula boleh menitiskan air mata. :)

Teringat semasa mula-mula sampai di KL semasa masuk Matrikulasi dulu.

Tulis panjang-panjang lagi doc. Boleh buat novel.

tokasid said...

Mute:

Fuyoo...untung nya hang.tak payah nak kelam kabut itu ini. tak payah nak dok hostel.Boleh berulang dari rumah.memang cantek macam tu.....

tokasid said...

Wassalam Shah:

Hah3...kisah budak kampung masuk bandaraya.

Sesat di juala Lumpur is my all time fav. Actually ada clip yang M.Nasir nyanyi tapi sound tak elok langsung(rakaman concert dia kat Dublin) so i had to put up with the 'sengau'man Saleem but he didn't do justice to the beautiful song,betul tak? Cuma yg cover line ialah the blues guitar licks by Samad Lefthanded( he always provide the blues rifts in most of Hattan's albums)

tokasid said...

Salam Wak Pinter:

Apa khabar sekarang? harap dah tenang semula.

Idea ni saya dapat bila ramai lepasan SPM sekarang dok sibuk dapat sana dapat sini.Ada mak bapak jumpa saya dan beritahu anak dapat situ,sinun.Ada yg beritahu anak masih tak dapat mana2 dan kena masuk form 6.
Sekarang zaman canggih dah boleh semak online. Masa akhir 70-awal 80an dulu tiap2 hari tunggu posmen datang.Rasa kalau lambat nak pergi cari posmen sekeliling kampung.
paling canggih pun dapat telegram dari universiti meminta kita pergi daftar dgn segera.

jadi bila kenang time2 macam tu saya lihat ramai jugak mak bapak sekarang menghadapi masaalah kewangan macam bapak saya dulu(dan ramai lagi bapak2 kita).

Unknown said...

Salaam Doc,
Dulu-dulu kalau nak hantar orang pegi mana-mana pun mesti fikir panjang. kalau sekarang, mau dihantar 2 bijik bas pasal anak nak masuk Pusat Asasi UIA.
Basically, budak kelantan macam saya ni mesti ada problem nak buat kawan, pasal masalah komunikasi, (nak nak pulak jenis yang tak pernah keluar kampung macam saya hehehe)...or so that was how I thought it is going to be. Then I started to know that this place (Pusat Asasi UIA) is the den of Kelantanese people. Kelantanese dialect is the second language available in the class.
The circle of friendship grows tremendously after that; Selangoreans tries Kelantanese dialect although bunyi tah hapa hapa.
The dialect differences helped a lot in my making friend. Tapi paling penting, jangan sombong; like what your dad said :)

tokasid said...

Akmal:

In fact in the 80s we have many Kelantanese and Johoreans in PAS UM.
And I have many good friends that I still keep in touch are from kelantan. With so many Kelantanese friends I don't have any problems with other kelantanese( some were acting up the gedebe way initially but when they see me with a few kelantanese guys..their attitude towards me changed and many became friends).

If you go to any residential college in UM you will see many kelantanese....errr..the Kelantanese girls.

Unknown said...

Aku masa di Ipoh tu balik tiap2 minggu dengan keretapi sampai dekat end of 1st year baru berani balik naik motor. Lepas tu ada la buat peloma di UM tahun 83/84. Macam tu jugak balik kerap naik keretapi tapi aku tak ingat langsung scene-scene di luaq. Tu la hampa buleh jadi doktot pasai memori hampa first class. Aku tengok lani, sat lagi lupa.

Macam shah jugak la, bila dengaq Saleem tu nyanyi takdak kick dan tak dak soul la.

tokasid said...

Che'gu:

Kalu Ipoh memang la zaman dulu kena naik tren.Mana ada banyak bas ekspress mcm la ni. Naik bas loncat-loncat ada la.Ipoh-Taiping.Taiping-Bagan.
Kalu naik motor Ipoh Penang mau patah pinggang tu che'gu.

Memang Saleem tak boleh bawa lagu tu.Lagu macm 2 bagi aku M.nasir ngan Hattan saja boleh bagi ada jiwa.

Anonymous said...

Salam TA; sayu pulak baca posting ni.You were among the most friendly n nice junior.Teringat member xasasian, our junior belanja kfc jaln TAR masa dapat biasiawa. Majority kita orang kampung; susah.Alhamdulillah semua dah ok.In KL we still have regular teh tarik sessions. Do let us know when you come down.- ngalompakagogo

tokasid said...

Salam Dr Ngaklompakagogo:

I was friendly because I was surrounded by lots of friendly ppl and you are one of them. And whenever I hear a pop yeh-yeh song,terus teringatkan ekau jang!

InsyaALLAh one of these days we'll have teh tarik sambil dongar La Obe!

mOEha Aziz said...

salam doc...

terkenang...

masa gi negri jauh tu, takdak org hantar.. hehehe...

nice one... tgh tunggu sequel lg nih... :)

mokk said...

Salam Mamat..

Nice entry Mamat...ini mengingatkan aku kisah sedih,suka duka zaman tu..

I m glad dapat kawan-kawan macam hangpa semua..dari asasi sampai keluaq um..

Hang duduk 2nd Rc aku kat 1st Rc (astar)..sebelah je

Kerp (Ph.D) said...

doc,

reading this makes me realised i'm not alone. like you, whenever me and my old man sitting alone together, we dont talk much. i cant quite find the right topic to start the ball rolling. bukan menyombong but there's just something thats better to be left unsaid. maybe the utmost of respect i have on him as my dad kot. ntahlah. its a mutual understanding but we know deep down we love each other hugely.

wonderful bro.

*it works. pesanan agar tak sombong dari kedua mak/ayah doc tu. my first impression you was that, this doc is one friendly doctor. glad to have you as a friend, doctor zul!

*nanti masukkan la sikit camna boleh jumpa mrs TA sekali, ok? hehehe....

Manafaat Blog said...

Doc

Rasanya saya ngam balik dgn org tua bila start belajar semula setelah gagal Asasi(start dari zero - mcm matrik di USM (sains pemulihan 2 yrs) lepas tu Engr School USM (6 yrs). Kemudian sambung lagi master dan kini bergelut dgn PhD. Siri-siri posting saya (Ayah yg kubenci; http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/) adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Lukman

tokasid said...

Wassalam Muha:

Begitulah agaknya adik perempuan saya ke DeKalb seorang diri selepas 3 tahun saya di UM.Tapi adik ni memang independent, cari kerja sebagai stringer di Bernama selamasetahun lebih dan kemudian minta masuk U sendiri dan kumpul duit gaji utk tambang ke sana.
Sebagai fees dan first year expenses mak buat loan Bank Rakyat di mana rumah dan tanah sekangkang kera di cagar ke bank.

Tapi adik memang cekap.Sambil belajar dia buat 3 part time jobs mencuci pinggang mangkuk di 3 outlets.

Kalau saya ke overseas mungkin tak mampu buat macam adik buat.

tokasid said...

Mamat:

Kita terutama hang(yang form 1 dah mai ke semenanjung dari sarawak sampai ke Perlis) kemudian balik cuti lepas MCE 4-5 bulan terbang balik ke KL utk Asasi sains.

Tapi satu aku bersyukur, ada kawan2 kita yang memang mak bapak depa golongan power tapi depa layan kita sama saja dan tak menyombong(except for a few).mana nak cari orang mcm Zain Azlan atau Raja Amin atau Aili Hanim Hashim atau Yasmin Yusof.

Geng2 hang di 1stRC pun sporting abih.Bila aku pi depa layan aku macam aku dok situ jugak.

Mamat bila kita nak pi PD lagi ngan Kulit??LOL!

tokasid said...

Kerp:

I think ramai jugak sons yg agak sukar dan communicate dgn fathers and they will used the mother as the verbal postwoman.

Aku ngan bapak actually rapat.I remember masa kecil kalau nak raya dia akan carry aku ngan adik aku naik basikal ke Taiping untuk cari baju atau kasut raya.Our main transportation was basikal.We got 2 at home satu bapak guna utk ke kem satu lagi mak guna utk ke sekolah dia(atau tinggalkan kat kedai mamak di main road before taking the bus to school)

Bapa will put the carriage bakul kat galang depan and my brother will seat there.Aku akan dok di seat be;lakang dan peluk perut bapak.

Aku mula distant dgn bapak sebab aku gi sekolah di KSAH dan dok hostel.

Tapi bila aku dah dapat anak, aku kamcing semula dgn bapak.Bila aku balik cuti aku akan sembang lama.selalunya selain tanya kesihatan dia aku akan tanya kisah2 kampong kami di Merbok tentang Tok danTokwan aku.

The pesanan- most parents will do the same.For me tak ada faedah apa kalau kita menyombong dan tak ada rugi apa kalau kita tak sombong.Betul tak?

Kisah aku jumpa akak?...Tungguuuu....

tokasid said...

Lukman:

Aku rasa ayah hang frust kot pasai hang kantoi Asasi Sem3. Mesti dia ingat hang main2 saja di PAS dulu kot ,tu yg dia marah sangat.

Yang penting semua dah balik ke asal, betul dak?Alhamdulillah.

KAMATO said...

Telalu nostalgia entry ini, teruskan sambung lagi

jaflam said...

Salam Toasid,
Gitulah caranya masa kita dulu, susah ayah/ibu nak jadikan kita orang berilmu.

Saya baru lepas hantar anak ke UM untuk Assasi Sains Hayat, walaupun untuk lepaskan bukan jauh Bangi ke Lembah Pantai pun sayunya hati. Anak yang bongsu menangis lihat kakaknya pergi, kat rumah sekarang rasa sunyi tak ada dia. Nak tunggu weekend untuk ambil dia pun rasa lama sangat. Harap satu hari nanti dia dapat jadi doktor yang beriman dan berjasa.

Walaupun dapat dua tawaran ke luar negeri akhirnya dia dan kami sepakat UM adalah pilihan yang terbaik mengikut naluri minatnya dan prestasi menara gading tersebut. Alhamdulillah.

Anonymous said...

dear doc

Tulisan saudara mengenai perjalanan keretapi dari Taiping ke KL bukan sekadar satu nostalgia. Ia sebenarnya membawa kesan mendalam mengenai paparan budaya kehidupan penuh kesedaran dan budi pekerti yang masih utuh ketika itu.
Di zaman itu perjalan menaiki kereta api mengundang keistimewaan tersendiri. Bagi mereka yang menggunakan kaedah pengangkutan ini pada zaman lebih awal dari zaman saudara, tentulah mereka masih ingat lokomotif Sumpitan Emas, Panah Hikmat dan Senandung Malam yang menarik gerabak-gerabak keretapi penumpang mel malam.
Begitu juga Bandar Taiping dalam konteks ini di mana perkhidmatan kereta api pertama di Tanah Melayu adalah di antara Taiping dan Port Weld.
Perjalanan dengan kereta api menjadi inspirasi kepada banyak penulis pada satu ketika dulu. Membaca entry saudara, saya teringat novel Desa Pingitan (oleh Ibrahim Omar), buku yang memenangi hadiah kedua sebuah saymembara yang dianjurkan oleh DPB ( mungkin dalam tahun 60-an dan atas sebab yang hanya diketahui oleh panel pengadil hadiah pertama telah tidak dimenangi oleh mana-mana buku). (Gosh! Some judges there.)
Novel itu dikatakan berlatarbelakangkan sebuah kampung tertentu di Perak yang pada ketika itu hanya dapat dihubungi menerusi perkhidmatan kereta api.
Tulisan dalam novel tersebut mirip paparan dalam entry saudara. Ia adalah sebuah cerita yang mamaparkan budaya zaman.
Mudah-mudahan mereka yang membaca blog saudara dapat memahami mesej yang tersirat di sebalik yang tersurat dan menjadikannya sebagai iktibar betapa sesiapa sahaja boleh menempa kegemilangan (bukan cemerlang, gemilang, terbilang) tanpa perlu membelakangkan budaya lama kita.

ummisara said...

Salam,

Muteaudio...3 km from USM? uihhh dekat sangatttt ... saheh dok umah lah nih ulang alik...gelugoq mari .... :P

Kerp! I setuju...nanti mestilah doc kena crita mai kat kita semua perkenalan dia dengan forever young Mrs. TA ;)

Doc, Sambung jangan tak sambung....

tokasid said...

Pak Kamato:

InsyaALLAh selagi terdaya akan di sambung.

tokasid said...

Wassalam Dato' J:

Alhamdulillah anak pak memasuki PAS UM. Jika dia berminat nak buat perubatan atau dentistry elok jugak ke PAS.

Pengalaman saya dan rakan2( mokk dan drzeze dan CGOPD antaranya) mematangkan kami.Eventhough we were doing matriculations tetapi kami telah tinggal di main kampus macam mahasiswa2 dari fakulti. This exposure is priceless.

Saya harap anak Dato' J akan berusaha keras dan berjaya mencapai cita-cita beliau.
(Dia tinggal di Kolej mana? Kolej 12 ke?)

Memang sayu nak lepaskan anak zaman sekarang ni. saya pula setiap(almost) Ahad akan ke SMAP Kajang utk melihat Hafiz di sana.

tokasid said...

Pak Shirzad:

Thanks for the input esp about the sayembara part.

True enough, those days tren was the main mode of transportation for long distance destination.

The scenery in those days were very pristine esp by train. I have not taken a train ride for more than a decade coz by driving I can reach Taiping faster from Melaka.

I still remember the Taiping -Port Weld(now Kuala Sepetang) track.
Me and train is very closely related since I was in primary school.Our house is right infront of the railway track(now they are making a double track.mak told me last month that the gomen dah mula pengambilan tanah.Alhamdulillah our house tak kena but soon it will be nearer to the tracks.

tokasid said...

Min:

Sabaq Min sabaq.
nanti sampai lah jugak.....heh3

Anonymous said...

Salam Doc,
Thanks for sharing the experience! Memang zaman saya dulu pun lebihkurang gitu jugak... ayah hantar. Tapi generation anak2 kita dah lain pulak, especially kat Saudi ni, dan anak perempuan... terpaksa hantar balik Malaya sambung college... last year eldest daughter, this June, 2nd daughter, next year, 3rd one... I'm "losing" my children every year... ingat kena balik lah kot setahun dua lagi!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
tokasid said...

Salam Dhahran sea:

Tentang your daughters tu, nak buat lagu mana kan? Mungkin di Saudi peluang utk depa nak sambung tertiary level payah s kena lah hantar balik sini.At least ada good reason your family nak balik selalu ke malaya ni.
Dan anak-anak mudah kenal tanah tumpah darah ayah depa,tak gitu?

Kerp (Ph.D) said...

terbukak mata jugak la, reading this entry. me and dad talks more often amongst us now btw. esp on footie, politics etc...

*sometimes terfikir jugak apa yg untungnya menyombong.

*I'm always fascinated with the old train station especially in perak's small towns. taiping takleh kira sebab mcm ipoh, stesen dia besor. i'm referring to stations in the likes of Tapah Road, Batu Gajah and Bidor for example. its classic, unique and rich in history.

tokasid said...

Kerp:

Actually I started to talk a lot with bapak after I turn 30.maybe bcoz I was already a bapak myself at that time.

Anonymous said...

Thanks Doc for your view... tapi itulah as parents, dengan anak perempuan pulak, thousands of miles away, kalau kat Malaya tu apa-apa hal boleh terus drive je... Nak tunggu Part IV of the story. Take care & salam

Anonymous said...

Hai Tokasid
U ingat tak ur 3 lovely sweet sisters kat 2nd RC yg sayang kat u. Eny, Zau & Ash. I know that u are in Malacca but dont know how to keep in touch with u. did ask Bronk. Hope u are doing very well. give me a call bila datang KL. Salam Ash

peace said...

Hai Tokasid
ingat tak ur 3 lovely sweet sisters in 2ndRC - eny/zau/ash. How are u ? Must be doing very well. Did ask Bronk about u. He said he has not be keeping in touch with u. If u happen to be in KL do call me to catch up with things. Salam fr me. Ash

tokasid said...

Dhahran sea:

InsyaALLAH part IV is a prequel.

tokasid said...

Salam Kak Ash:

How can I forget you,Eny and Zau.
Its been a while since I heard about you.Last years's ASASI gathering I was expecting to see you there but somehow you didn't appear.
Bronk have your no?

Nice of you dropping by and leaving a comment.
Thanks sis.

peace said...

Hai adik
ya, bronk has my no. can email to aisahsu@gmail.com
gathering macam mana nak pi- not invited. Anyway it is very nice to know that u are Tokasid cos i m not sure if this is ur blog. Very motivating and inspiring write-ups. Well done!

ZABS said...

Salam Doc.,
Lambat sikt baca, cuti-cuti Malaysia. Ahmad Termizi tu, jadi Dr. dalam Tentera kah dia selepas itu?