Friday, September 28, 2007

Perkara yang membatalkan Islam(Bahagian 15) Sebelas tanda-tanda Syirik.

Shadow-Allson Klana
foto by tokasid






E- sebelas tanda-tanda Syirik.

(a)Syirik Pada 'Iqtiqad
# 1-Percayakan kuasa selain dari ALLAH.

# 2- Menghalalkan dan mengharamkan.

# 3-Mengetahui yang ghaib.

(b) Syirik pada Amalan.

# 4-Tangkal dan Mentera

#5-Sujud kepada selain ALLAH

#6-Mengagungkan seseorang secara keterlaluan

#7- Faham Wahdatul Wujud

#8-Menyeru di kubur Wali


(c) Syirik pada Perkataan

#9- Menyamakan undang-undang ALLAH

#10-Ikut guru tak ikut Rasulullah s.a.w.

(d) SYAK

#11-Syak.

Huraian:


# 1- Percayakan kuasa selain dari ALLAH.

Syirik berlaku pada 'iqtiqad atau keyakinan, seperti seseorang berkeyakinan dalam masaalah ketuhanan, wujud kekuasaan selain daripada ALLAH (Na'uzubillahi min zalik)~ dapat menghidupkan dan mematikan. memiliki dan berkuasa sama seperti ALLAH.

Inilah yang dilakukan oleh banyak dikalangan pengikut agama lain.Mereka percaya kepada ubsur-unsur yang bukan-bukan, umpamanya mereka percaya di angkasa ada kuasa-kuasa yang tidak dapat ditandingi oleh kuasa ALLAH.


Kadang-kadang terbawa-bawa keyakinan ini- percayakan nasib,percaya kepada sial-majal; seakan-akan sial-majal itu penentu dan penguasa yang boleh menentukan untung rugi; mengatasi atau seiras,seimbang atau sama dengan kekuasaan ALLAH SWT.


Next: ....Menghalal dan mengharamkan.

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Wednesday, September 26, 2007

Uncle Sam menghina Kaabah

Yang tulin dan yang ciplak
foto dari e-mail

(UPDATE: Di sini ada artikel dan gambar structure yang di buat oleh Apple. Kisahnya, gambar yang saya siarkan adalah ketika struktur ini di bina dan di tutupi dengan penutup hitam ketika construction. TQ untuk Accia dan Fauziah kerana memberitahgu ttg struktur Apple di Fifth Avenue)

Salam buat semua.
Dah hampir separuh Ramadhon kita lalui.Semoga ALLAH berikan keizinan agar kita boleh meneruskan ibadah puasa.

Semalam selepas balik Tarawehah dan sambil dok tunggu game Rugby, aku buka kotak e-mail. Dapat satu mail dengan gambar yang membuat aku jadi marah dan beristighfar panjang.
Na'uzubillahi min zalik.

Kata e-mail sahabat ni, gambar ini adalah pembinaan sebuah bar di Midtown Manhattan,New York. Ianya di buat dengan reka bentuk seperti Ka'abah baitullah.
Ini adalah satu penghinaan nyata oleh kafirun terhadap umat Islam dan Islam sendiri.
Dan penghinaan ini mendapat restu bandaraya New York dan kerajaan Amerika sendiri.
Sudah lah Islam digambarkan sebagai pengganas, Nabi Muhammad saw pernah mereka hina dengan membuat lakaran kartun, kini institiusi Kaabah yang menjadi Kiblat umat Islam di replikakan sebagai tempat minuman keras.

Aku nyatakan di sini, aku tidak tahu samada ngambar ini di superimpose atau tidak berlatar belakangkan Manhattan. tetapi sesiapa yang biasa atau masih mempunyai rakan teman di New York, minta tolong suruh di confirmkan benar atau tidak. Aku tak mahu jadi orang fasik yang sebarkan berita palsu. jadi sapa yang ada kemampuan tolong find out. Kalau benar replika Kaabah ini ada di Manhattan, aku rasa nak buat tunjuk perasaan kat Kedutaan USA di Kuala Lumpur.

Tengok lah gambar2 kat sini. Mana tak menggelegak darah dan berhangin satu badan??





Pembinaan Bar dgn rekabentuk Kaabah, di Manhattan
foto dari e-mail




Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Monday, September 24, 2007

Perkara yang membatalkan Islam(Bahagian 14):Syirik

Side mirror and a bird
foto by tokasid








( Sisipan: Sila lihat bro muteaudio on Angkasawan Malaysia)

D. Syirik Besar dan Syirik Kecil.

Setelah kita memahami dan mengetahui perkara-perkara asa yang boleh mencemarkan aqidah seseorang muslim, kini dihuraikan satu dari perkara yang membatalkan Islam itu.Perkara yang paling utama ialah masaalah SYIRIK.

(Syirik ialah menjadikan sekutu bagi Allah dalam melakukan sesuatu perbuatan yang seharusnya perbuatan itu hanya ditujukan kepada Allah (hak Allah), seperti menjadikan tuhan-tuhan lain bersama Allah, menyembahnya, mentaatinya, meminta pertolongan kepadanya, mencintainya atau melakukan perbuatan-perbuatan lain seperti itu yang tidak boleh dilakukan kecuali kepada Allah swt. ~ petikan ulasan Sheikh al-Qaradhawi)

Ramai antara kita, apabila di sebut syrik,akan membayangkan seseorang pergi dan menyembah berhala(tokong).Atau perbuatan tunduk dan sujud kepada batu atau objek-objek tertentu( busut jantan atau pangkal pokok).Itu saja syirik yang di fahami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat kita. Selain dari perbuatan begitu,mereka tidak menganggap sebagai syirik.


Sebenarnya sirik lebih luas dari fahaman tersebut.Syirik adalah musuh utama kepada aqidah, sehinggakan Luqman didalam surah Luqman,telah berpesan kepada anaknya yang membesar dibawah pendidikan beliau,dengan pesanan agar anaknya menjauhkan diri daripada syirik.Kata Luqman dalam Surah Luqman 31:13 yang maksudnya:-


Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".


Mana lagi kezaliman yang lebih besar apabila seorang hamba yang diciptakan oleh Penciptanya, mempersekutukan penciptannya yang Maha Agung.


Apabila seseorang anak derhaka kepada ibunya,tidak mengiktiraf ibunya dan melakukan sesuatu yang tidak wajar kepada ibu yang melahirkannya, tidak ada hati atau diri yang dapat menerima perbuatan anak tersebut. Dan kita akan mengatakan bahawa dia anak derhaka.Perbuatannya tidak wajar.Dia anak yang tidak baik.Dia anak yang zalim.


Namun adakah kita dapat menerima seorang insan yang diciptakan oleh ALLAH.dan segala apa yang dimilikinya juga diciptakan oleh ALLAH, dan alam tempat yang kita huni ini juga dicipta oleh ALLAH Jalla wa A'la, tiba-tiba insan itu melakukan syirik kepada ALLAH. Insan yang begini adalah seorang hamba yang jahat,derhaka dan tidak mengenang budi.

Syirik ertinya meletakkan suatu bandingan; suatu penyekutuan atau menyamakan sesuatu dengan ALLAH SWT~ kebesaranNya,keagunganNya, kedaulatanNya sebagai Tuhan; pada namaNya; pada sifatNya. Apa saja perbuatan yang cuba menyaingi atau menandingi ALLAH , menyamakanNya atau melebihkan dariNya... segala perbuatan,perkataan,kepercayaan yang seperti itu menjadikan pelakunya dianggap sebagai melakukan syirik.


Hukum syirik: Adalah dosa besar yang tidak diampunkan, Na'uzubillahi min zalik.

Ini di jelaskan oleh ALLAH dalam Surah An-Nisaa':Ayat 48


Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.

dan dalam Surah An-Nisaa': Ayat 116


Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.


Syirik terbahagi kepada dua :-



1- Syirik yang Besar( 'as-syirk ul akbar). : sesiapa yang yang melakukan syirik yang besar maka dia terkeluar daripada Islam.



2-Syirik yang kecil( 'as-syirk ul-asghar): Walaupun namanya "kecil",tetapi ia adalah dosa yang paling besar dalam Islam. Perbuatan syirik yang kecil ini tidak terkeluar daripada Islam,tetapi menghampiri daerah-daerah untuk terkeluar daripada Islam.



Next: ....Sebelas tanda-tanda syirik.



(Penjelasan ringkas tentang syirik,murtad,nifaq dan fasiq boleh baca kat sini)


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Saturday, September 22, 2007

Hadith palsu fadhilat tarawih...berhati-hati


Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu ‘alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawih pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.


Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh…


Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini.

Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya :


Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka.
(Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu’ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim.

Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.

Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga.

Fiman Allah bermaksud:

Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan.
(An-Najm: 3-4).



Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi:

Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa’bah…..

(hadith palsu)

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud:


Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
(Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud:



Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang.
(Al-Muddatsir)



Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan/palsu) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.


2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis shohih.


3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.


4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan “Ya Ali” sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.


Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w.Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT
SUNNAH RASULULLAH S.A.W.






Solat Ghaib Jenazah

Salam buat semua.

Kita semua telah dikejutkan dengan berita paling menyayat hati. berita pembunuhan kejam ke atas Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin.

Alhamdulillah ramai rakyat yang bersimpati telah memberi takziah kepada keluarga Nurin di sini.

Saya berharap, selain ucapan takziah dan doa yang diiringi, adalah baik juga jika kita dapat lakukan solat janazah(ghaib) untuk Nurin.
Solat ghaib boleh kita lakukan secara bersendirian atau berjamaah. caranya macam solat janazah yang lain juga iaitu 4 takbir.

Solat bermula dengan takbiraturihram dan berakhir dengan salam.
Takbir pertama: baca Al-Fatihah
Takbir kedua: Bacaan Selawat ke atas Nabi saw
Takbir ketiga: Doa
Takbir ke empat: Salam.( boleh juga sedikit doa sebelum salam, seperti yg kita lakukan di Malaysia).


Solat jenazah ghaib boleh dilakukan dalam tempoh 3 hari dari waktu jenazah sudah dimandikan dan di kafankan.( maknanya sampai esok 23 September 2007)

Lihat fatwa ini untuk kesahihan.

Kita melakukan solat ghaib bukan lah kerana sebagai fardhu kifayah (kerana Nurin telah disolatkan) tetapi sebagai mendoakan beliau.
Tidak menjadi kesalahan jika tidak kita lakukan.


Jazakallah khair.


Di bawah ni saya sertakan pendapat Ibn Qayyim dan Ibn Taymiyyah berkenaan solat ghaib, untuk menambah ilmu kita yang saya jumpa di sini.

Solat Mayat Hilang?

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah: "Dan bukanlah dari petunjuk dan sunnah Nabi s.a.w. mengerjakan solat jenazah ke atas setiap mayat yang ghaib.Sesungguhnya telah mati ramai dari kalangan orang Islam dan mayat mereka ghaib, sedangkan Nabi tidak pula mengerjakan solat jenazah untuk mereka, dan yang sahih dari baginda: Bahawa baginda telah mengerjakan solat jenazah untuk Najasyi sepertimana solat untuk mayat..."

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taymiyyah: "Sekiranya seseorang mati di suatu negeri dan mayatnya belum disolatkan, hendaklah dikerjakan solat jenazah ghaib untuknya, sepertimana Nabi s.a.w. solat untuk Najasyi, kerana beliau mati di kalangan orang kafir dan mayat beliau belum disolatkan. Sekiranya mayat telah disolatkan selepas kematiannya, tidaklah dikerjakan solat jenazah ghaib untuknya, kerana kewajipan tersebut telah gugur setelah orang Islam mengerjakan solat jenazah untuknya, dan Nabi s.a.w. telah mengerjakan solat ghaib dan meninggalkan solat ghaib, perbuatan baginda yang mengerjakan dan meninggalkan adalah sunnah, apabila baginda mengerjakan sesuatu maka pada keadaan tersebut menjadi sunnah dilakukan, dan apabila baginda meninggalkan sesuatu maka pada keadaan tersebut menjadi sunnah ditinggalkan."

*Solat ghaib untuk Najasyi diriwayatkan dari ramai Sahabat (Abu Hurayrah, Jabir ibn Abdillah, 'Imran ibn Husayn, Jarir ibn Abdillah dll) oleh imam-imam hadith yang enam, Ahmad dan al-Tayalisi.

[Zaad al-Ma'aad fi Hady Khayr al-'Ibaad 1/500-501]


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Friday, September 21, 2007

Perkara yang membatalkan Islam(Bahagian 13): SYAK

Taiping Lake Garden
foto by tokasid








(Innalillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un di ucapkan kepada keluarga adik Nurin. Ujian DNA pertama mengesahkan mayat yang dijumpai dalam beg sukan adalah adik Nurin. Kita doakan keluarga Nurin akan sabar tabah dan redha dengan ujian berat ini. Kepada kawan yang tahu mengerjakan solat jenazah ghaib, mari kita lakukan selepas jenazah Nurin di kebumikan. Sesuatu yang sudah pasti, Nurin sudah menjadi ahli syurga ALLAH)

4- Syak sebagai punca rosaknya Aqidah.

Punca keempat ialah SYAK~ iaitu meragui tentang kebesaran dan kebenaran ALLAH dan RasulNya. Dia tidak ber'iqtiqad, dia tidak melakukan perbuatan dan tidak mengeluarkan kata-kata, tetapi dia syak tentang kekuasaan dan keagungan ALLAH SWT. Seperti dia syak : Aku tak pasti al-Quran ini benar atau tidak. Aku tidak pasti apa yang Rasul cakap benar atau tidak.Aku tak pasti ALLAH Taala adil atau tidak.

Dia tidak mempunyai keyakinan ALLAH zalim tetapi dia syak terhadap keadilanNya. Dia syak terhadap kebenaran Rasul, sedangkan iman menuntut keyakinan yang mutlak.

Sesiapa yang syak terhadap perkara yang telah diputuskan benar oleh al-Quran dan Sunnah,maka dia terkeluar daripada Islam.Terkeluar dari daerah iman.Sekalipun pada zahirnya kita lihat dia sebagai seorang muslim.




Maka hendaklah seorang muslim atau mukmin itu berhati-hati supaya keempat-empat punca yang membatalkan aqidah ini dapat diselamatkan. Supaya tidak ada satu atau lebih dari punca-punca ini terjejas ,yang akhirnya akan menjejaskan iman dan keyakinan kita( dan keIslaman kita) yang akhirnya menjerumuskan kita ke daerah kufur. (Na'uzubillahi min zalik)

Next; Syirik besar dan syirik kecil




Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Thursday, September 20, 2007

Tagged: All Fives.

Gotong royong(tag-team)


(UPDATE: Tadi ada kawan hantar sms, katanya: Babi-babi yang sepatutnya di pindahkan keluar dari Alor Gajah telah mendapat penangguhan lagi(tak di sebut bila). Nampaknya babi-babi Paya Mengkuang di layan dan dibelai manja oleh kerajaan. Rupa-rupanya amat beruntung menjadi babi daripada menjadi pengundi di Paya Mengkuang. Ini lah hadiah Hari Raya terbaik yang KM Melaka berikan kepada masyarakat Muslim di kawasan tersebut.)


I was tagged by Fauziah Ismail and bro kerp last week under the Tagged: All Five
(I looked into Wikipedia for the tag and you can read it here.)

The last time Fauziah(I think. Or was it Elviza?)tagged me, i didn't write anything. I totally forgot about it. So this time, I'll be a sport and write down something.

Here goes........
Five things in my bag(slingbag-beg tabung haji):

1-my( actually Mrs TA punya tapi aku dah jadi Belanda ambik tanah) mp4 player and its charger
2-my digital camera( ni aku punya)
3-a black pen( ntah sapa punya..dah dalam beg aku,aku punya la kot)
4- notes of the last Ustaz Abdullah Yassin's kuliah.
5-a rubber band( mana mari getah ni pulak dah...)

Five things in my wallet:

1- My Mycard
2-My Driving licence( bila ntah nak kena renew. jangan jadi macam Don sudah, lupa renew sampai 8 bulan)
3-ATM card( satu saja. Kredit kad tak dak)
4-photocopies of Hafiz and Mrs TA's mycard(laminated...senang kalau nak isi apa-apa borang...bukan borang nikah lain tau..heh3)
5- PDRM ticket for speeding at the Highway( entah bila masa nak gi bayar tak tau lah)

Five things in my office:

1- my 2 aquariums( with fishes inside lah...)
2-This old PC for my blogging activities
3-Books and books(non-medical)
4-Hundreds of CDs and VCDs: Kuliah ugama, ceramah politik, lagu dikir barat, jazz and fusion, Kembara and M nasir,Hattan, Sweet Charity and Ramli sarip, Black Dog Bone, Doel Sumbang and Iwan Fals.
5-hundreds of old ballpens of various shapes and size but unfortunately dakwat dah kering.

Five things I would like to do:

1- Nak gi Makkah and Madinah again( tak kisah lah umrah ke haji)
2-Tak buat apa-apa langsung. Dok rumah dengar lagu dan baca buku saje...(and blog sama lah)
3- Beli camera D40
4- Travel for a few days with my buddies by road all over semenanjung with that new camera with me. Better still travel alone. My buddies might disagree if I want to stop hera and there to snap a shot of cows grazing the grasses or a boy chased by his mom for 'ciloking' his brother's ice-cream.
5-Make Malaysians realise they don't have to be so penakut towards the gomen that is screwing them left-right,front-back and top-bottom. Wake up Malaysians!!!Awat hangpa takut sangat nak ubah gomen??

Five things I'm currently on:

1- Thinking hard......nak beli apa buka posa nanti.
2-Calming my self not to worry about the hutang to those pharmaceutical companies.
3-Converting several dikir barat cassettes into mp3 format(or AAC) so I can upload to my blog.Working on Megat Nordin and Jali Bunga Tanjung(with Mat Glamour)
4-Planning nak balik Raya Taiping macamana ni...kalaukah tak ada traffic jam kan best.
5-Menguap tak berhenti....ngatuk daa..

Okay...settled. Now sapa pulak aku nak tag ni eh?
Lai lai li tam plom!
Oooo......Som!
Lammm..pritttt!!!

Dengan segala hormatnya aku ngetag Matsalo, Pak Mior, Cakapaje , mamat mokk and sis Elviza.

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Tuesday, September 18, 2007

He abused me during Ramadhan

Teratai
foto by tokasid


When I arrived this morning,they were in the waiting room. The three of them. Sisters. They just sit on the chairs silently. Three pairs of eyes focusing on the floor. Or are they scrutinising my floor? Whatever.

I gave salam to an elderly couple. The husband raised up his head and nodded. A gentle smile came about his old mouth and he answered my salam: "Wa'alaikumussalam doktor..."

I went in, put my sling bag down, switch on my PC and feed the fishes. At least all of my fishes are still alive and swimming in both aquariums. The Ikan Semilai( fighting fish) was extremely graceful today.

Then I asked my staff to call the first patient.The three of them came in. The sisters. I let them take a seat each. The one who wanted to see me sat near my table on my right. The 2 sisters sat across by table,facing me. Gloomy faces,the three of them. Sad faces.Anxious faces. Angry faces. Fearfull faces. All these expressions these sisters have.

Sister 1. My patient, seated on my right.Her name is FA. I didn't get sister 2 and sister 3's names.

Sister3: Doc, tolong cek kakak saya satu badan.

I looked at FA. There was sadness and fear in her eyes.
TA: Apa kena dengan awak?

FA kept quite but took out a piece of paper from her handbag and handed it to me. I unfolded it.
It was a police report. While I was going through the report, FA poured out:
"Doktor.....Sabtu lalu suami saya pukul dan cekik saya".

My eyes was still on the report but my ears picked up every single word she said. Yes its written in the report, which she made in Putrajaya yesterday. Her husband( 8 years younger than she is) allegedly had slapped her, choked her with both hands and kicked her in the butt.

TA: Boleh cerita pada saya ?

FA noded and continued:" Hari sabtu lalu, 15 haribulan,malam...suami saya marah dan maki hamun saya macam-macam. Kemudian depan mak dia dia tampar muka saya dan cekik leher saya doktor. Mak dia marah-marah dan kata dia anak tak guna masa tu. Di lepaskan leher saya dan tendang saya kat punggong. Esok pagi dia terus maki hamun saya lagi. Saya tak tahan dah doktor. Saya terus pergi ke airport dan balik ke semenanjung..."

TA: "Balik semenanjung? Dia pukul awak ni di mana?"

FA: " Kami tinggal di Sabah doktor. Lepas kahwin saya pindah ke Sabah ikut dia. Ni bukan kali pertama di pukul saya doktor. Dah selalu sangat tapi saya masih bertahan. Kat kaki dan paha saya banyak parut sebab di simbah air panas. Kat paha kiri ada parut di buat saya dengan sterika panas. masa tu kami bertunang baru..."

She showed me those scars. Yes,there was a triangular scar similat to the tip of a hot iron.

FA: "Saya terus balik ke Melaka jumpa keluarga saya. Semalam saya dah pergi buat polis report di Putrajaya. dan semalam adik saya bagitahu dia datang ke rumah mak saya doktor. Saya takut sangat ni..."

Sister1: "Memang doktor...dia datang semalam. Jahat dan ganas betul laki adik saya ni. Dia orang Bugis"

I looked up to Sister 1 and told her: " Dia buat macam ni bukan sebab dia orang Bugis. Tak elok awak kata macam tu. Orang Melayu,orang Jawa, orang Minang, orang Cina,India pun ada yang macam ni"

Sister 1: " Tak doktor.....err...kami pun orang Bugis jugak..". She was apologetic now.

TA:" Perkara ni berlaku kerana dia memang jenis panas baran. Mungkin sejak kecil dia dok tengok perkara suami pukul isteri ni selalu sangat...Dia ni ada sakit jiwa sikit ni...satu lagi dia ni tak faham apa tanggungjawab dia sebagai suami.kalau dia faham dia tak akan buat begini pada isteri dia"

I then continued to examine her. I look for any signs of recent abuse and old scars and documented. She was having her menses,so she's not pregnant.
FA wanted me to write a medical report. She wanted to make an official report to the Pejabat Agama. She had decided to file for fasakh. She knew she had taken so much abuse from him and she refuse any of it anymore. And she is also asking for an immediate transfer to teach back in semenanjung.

I wrote the report and took some photo to go along with the report.
I never ask her what was it that made him became abusive to her.



Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Monday, September 17, 2007

E-book tentang Kemusykilan puasa Ramadhon dan yg berkaitan puasa.

Senja di Mahkota
foto by tokasid


Salam buat semua.

Ada cerita2 lama ttg puasa masa kanak2 nak saya tulis, tapi tak tertulis-tulis juga. Weekend sibuk sikit jadi tak sempat nak tulis.

Tapi di sini saya nak beri beberapa link untuk sama-sama kita menafaatkan sempena bulan puasa ni. Link-link pun berkaitan puasa.

Anda ada banyak kemusyikilan tentang puasakan. nak tanya orang, kawan2 kita pun dua kali lima macam kita.Tak berapa faham jugak. Dah tu kawan ni kata macam ni, kawan tu kata lagu tu..Jadi untuk senang kita semua apa kata tengok di sini dan boleh download to our PC atau Notebook E-book Kemusykilan Puasa.

Kat bawah ni ada beberapa syarahan video jugak tentang puasa:

1- KSB(Kuliah Soheh Bukhori): Adakah dikatakan Ramadhan atau bulan Ramadhan....

2-KSB : Bab Ar-Rayyan untuk orang2 berpuasa....
3- KSB: Bab Puasa itu adalah penghapus dosa.
4-KSB: Bab kelebihan Puasa.

5-KSB: Bab kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan


Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Friday, September 14, 2007

Perkara yang membatalkan Islam(Bahagian 12) 'Iqtiqad yang merosakan aqidah.


dragonfly
foto by tokasid









(UPDATE: Adab berbuka puasa mengikut Sunnah- penjelasan Dr MAZA Mufti Perlis.)


'Iqtiqad yang merosakan aqidah.

Walaupun tidak mengatakan sesuatu(perkataan) dan tidak membuat sesuatu(perbuatan),tapi dalam hatinya terhimpun satu keyakinan atau 'iqtiqad (yang membawa dia berkeyakinan dalam hati) yang mengandungi nilai menyekutukan ALLAH,menghina atau memperlekehkanNya.Contohnya, dia yakin di dalam hatinya al-Quran ini lapuk dan tidak sesuai lagi zaman sekarang.

Namun dia tidak memberitahu kepada sesiapa pun.Dia tidak pernah menunjuk reaksi pada mukanya.Tetapi dalam hatinya berkata al-Quran bukanlah sumber rujukan yang patut diambil. Ataupun dalam hati dan keyakinannya ~syurga dan neraka itu tidak wujud. Atau dia rasa undang-undang Islam adalah zalim.Ataupun baginya Rasulullah s.a.w. tidak relevan.

Walau tak pernah dilafaz atau ditunjuk perbuatan/reaksinya, ALLAH SWT Maha Mengetahui apa yang di dalam hati orang ini. Di sisi ALLAH dia telah kafir.


Walaupun ketika mati nanti, dia dimandikan,kafankan dan di solat jenazah secara Islam, dikebumikan di tanah perkuburan Islam; tetapi jika hati,perasaan dan keyakinannya mengandungi 'iqtiqad yang kufur,dia tetap kafir di sisi ALLAH dan akan kekal dalam neraka buat selama-lamanya.


Inilah perkara yang yang sangat bahaya( wal'iyaazu billah atau Na'uzubillahi min zalik).Inilah yang menyebabkan orang-orang munafik sekalipun mereka solat di belakang Nabi s.a.w.,mereka lafazkan kata-kata iman,'iqtiqad mereka ialah 'iqtiqad yang kufur.Mereka kufur di sisi ALLAH SWT.



Kita bimbang ramai orang Islam hari ini, hasil dari serangan pemikiran yang dilakukan oleh sistem jahiliyyah( atau pun dunia barat),atau kempen media barat, sehingga menyebabkan anak-anak generasi baru Islam( atau muncul di kalangan orang Islam) yang tidak berkeyakinan dengan agamanya.Yang menganggap al-Quran sudah lapok dan kisah-kisah dalam al-Quran sebagai mitos.

Cuma,oleh kerana dia sebagai seorang Muslim,dia merasakan tidak wajar perkara ini di beritahu kepada orang lain. Dia diamkan dalam dirinya sahaja. Dia menyembunyikan keyakinan barunya itu.Tidak pernah dia memberitahu kepada yang lain, tidak pernah ditunjuk perbuatan yang dia tidak yakindengan Islam.Hatinya mengandungi makna yang kufur.Dia sebenarnya di sisi ALLAH,telah kufur.


Ini sangat membimbangkan.Maka tidak pelik jika kita mendapati umat ini ramai,tetapi yang kekal imannya disisi ALLAH barangkali sebahagiannya tidak.


( lihat Surah Kahfi ayat 103-106 yang ALLAH describe apa terjadi kepada orang yang rosak 'iqtiqad dan aqidah mereka. Segala amal-amal mereka adalah sia-sia dan akan ditempatkan di Neraka Jahanam ( na'uzubillahi min zalik))


[103]Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?


[104] (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".


[105] Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.


[106] (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan. )


Next: Syak.....


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Wednesday, September 12, 2007

Pesanan tentang Berpuasa Romadhon







Salam untuk semua. Alhamdulillah kita bakal bertemu dengan Ramadhon mulai esok. Bulan yang paling istimewa bagi umat Islam, iaitu bulan kebaikan. Bulan Ramadhon adalah bulan yang dipilih oleh ALLAH kepada umat Muhammad s.a.w. dan tidak pernah dipilih kepada umat-umat sebelum ini.

Secara umum ada beberapa kategori manusia di bulan Ramadhon:

1-Muslim yang berpuasa tetapi masih bergelumang dengan noda dan dosa. Malah ada jugak yang langsung tidak berpuasa( dengan sengaja). Tanpa segan silu, siang atau malam mereka lakukan maksiat. Apabila ditegur atau di nasihati,pandai pula mereka naik marah.

2-Golongan yang hanya berlapar dan dahaga sahaja kerana mereka telah melakukan perbuatan keji seperti mengumpat, bercakap kotor dan lucah etc. Puasa mereka mungkin sah, tetapi tidak ada nilai di sisi ALLAH. Ada juga yang jadikan Ramadhon sebagai peluang menjamu selera sehingga membazir( apa lagi kan pasar Ramadhon banyak kat tempat kita). Ada pula yg ambil peluang berjaga malam, tetapi bukan utk baca Quran atau zikir atau bermunajat tetapi menyambung aktiviti melepak di warung hingga waktu Subuh!

3-Golongan yang berpuasa dan menjaga segala larangan dan adab berpuasa. Mereka menjaga perkataan dan perbuatan mereka. Mereka membuat kebajikan seperti bersedekah,membaca al-Quran dan solat malam.

Persediaan menghadapi Ramadhon al-Mubarak:

1-Berazam utk bertaubat dan menyerah diri pada ALLAH serta melahirkan cita2 utk mengimarahkan bulan Ramadhon dgn amalan soleh.

Firman ALLAH dalam Surah Toha ayat 82:

Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.

2-Memanafaatkan Ramadhon sebaik mungkin,mudah-mudahan bermula sehingga berakhir Ramadhon akan menambahkan kebaikan dan kesan mendalam dalam diri kita.

3-Mengambil peluang untuk sucikan diri dan membuat perubahan agar kembali taat dan mengingati ALLAH.

4-Sentiasa mengaungkan Asma al-Husna(nama-nama ALLAH) dan menghayati maksud setiap nama tersebut.

5-memperbanyakan zikrullah seperti membaca al-Quran,bertahmid, bertasbih bertakbir dan seumpamanya.

6- memperbanyakan doa-doa pada waktu yg afdal:
(i)-waktu hampir berbuka puasa
(ii) waktu antara azan dan iqamah
(iii)-Satu pertiga malam terakhir iaitu ketika waktu sahur.

7-Memperbaiki akhlak kita dan sentiasa sabar dengan karenah manusia.

8-Ramadhon adalah bulan keampunan.Celakalah sesiapa yang tidak mendapat keampunan pada Ramadhon.

PUASA: dari segi syarak bermakna~ menahan diri dari segala makanan dan minuman bermula dari terbitnya fajar(Subuh) sehingga tenggelam matahari(maghrib), di sertai dengan niat.

Rukun Puasa:

1-Niat. Seperti semua amalan ibadah puasa mesti disertai dgn niat pada malam harinya(untuk puasa wajib). Niat itu di hati, ianya gerak hati kita hendak melakukan sesuatu amalan. Jumhur ulamak tidak mensyaratkan lafaz niat.

2-Imsak: maknanya menahan diri dari makan dan minum bermula dari terbit fajar(Subuh) hingga tenggelam matahari.

3-Islam,baligh,berakal dan berkemampuan.

Perkara yang membatalkan puasa:

1- Jimak-puasa terbatal dan wajib mengqada' serta di kenakan kiffarah(denda) mengikut turutan(dalam hadith riwayat Abu Hurairah ra di dalam Sohih Bukhori dan Muslim)

(i)-membebaskan seorang hamba yang beriman( zaman sekarang tiada lagi perhambaan)
(ii)-wajib berpuasa selama 2 bulan berturut-turut dan tidak boleh di selangselikan. Jika tertinggal maka di lakukan semula selama 2 bulan berturut-turut jugak.
(iii)-Jika tidak mampu berpuasa 2 bulan , hendaklah memberi makanan kepada 60 orang miskin.
( nota: Kaffarah adalah yg pertama dahulu,kalau tiada hamba maka wajib yang kedua, jika tidak mampu( kerana zakit atau uzur) barulah boleh yang ketiga)

2- mengeluarkan mani dengan sengaja(pada siang hari bulan ramadhon)- puasanya terbatal dan wajib mengqada'kan pada bulan yang lain. Tetapi jika air mani terkeluar di sebabkan mimpi, tidak batal puasanya( kerana itu bukan atas kehendaknya atau perbuatannya).Org itu hanya perlu mandi wajib dan teruskan puasanya.
( suami isteri yang bercumbu atau memeluk isteri tetapi tidak keluar maninya, puasanya tetap sah)

3- Makan dan minum secara sengaja( sedar dan ingat dia sedang berpuasa). tetapi jika tidak sengaja atau terlupa dia puasa( eg tidur petang, bila bangun dia tak ingat dia puasa,lalu makan. Tapi ketika makan dia teringat dia puasa atau ada org lain menegur, dia mesti terus berhenti makan/minum dan teruskan puasa)

4-Muntah dengan sengaja( eg jolok jari dalam mulut sampai muntah). Jika tak sengaja,puasa nya sah dan mesti teruskan puasa.

5- haid dan nifas.

Perkara yang diharuskan ketika puasa.

Ini adalah keringanan yang diberikan oleh ALLAH kepada hamba-hambaNya.

1-Bersiwak/gosok gigi.

2-Berbuka bagi musafir,orang sakit dan sesiapa yg tidak mampu.

3-berkumur-kumur atau memasukkan air ke dalam hidung, tetapi hanya sekadar menghilangkan debu dan kotoran dalam mulut dan hidung.

4- Merasa makanan(taste..not eat)- selagi hadnya tidak sampai ke halkum.begitu juga masaalah berkaitan ubat gigi.

5- Mandi dan basuh kepala utk menghilangkan kepanasan dan dahaga.( hadith riwayat Abu Daud)

6- memasukkan ubat ke telinga atau mata.

Sunnah dan Adab berpuasa:

1- Berdoa ketika melihat anak bulan.

2- Sahur

3- Melewatkan sahur

4-Meninggalkan kata-kata keji dan perbuatan jahil

5-Tidak membalas cercaan atau makian.

6- Tidak di benarkan berbohong( riwayat al-Bukhori)

7-Bersedekah. Nabi s.a.w. banyak bersedekah pada bulan Ramadhon.(hadith riwayat Bukhori)

8- membaca al-quran. Dalam hadith riwayat Bukhori: Jibril a.s. menemui Nabi saw setiap malam di bulan Ramadhon dan Nabi saw memperdengarkan bacaan Quran kepada Jibril a.s.

9-Melakukan Umrah(jika mampu)

10-Menyegerakan berbuka puasa.

11-Memperbanyakan doa sebelum berbuka

12- Berbuka puasa dengan Rutab, tamar atau Air( ikut turutan itu,mana yg ada): ini yang sering Nabi saw lakukan.

13- Segera mengerjakan solat Maghrib.

14- Berbuka secara sederhana( ini yang ramai kita tak boleh buat)

15-Menjamu orang yang berbuka puasa.

16-Mengerjakan solat tarawih.

17-Berusaha mendapatkan Lailatul Qadar.

18-Beriktikaf pada sepuluh terakhir Ramadhon.


Tentang fadhilat berpuasa boleh baca apa yang telah di blog oleh Pak Mior.
And some nice artwork tentang fadhilat Romadhon di sini.


Semoga Ramadhon tahun ini akan memberi perubahan yang baik kepada kita semua. dan semoga ALLAH menerima puasa kita dan Mengampunkan segala dosa-dosa kita. Ameen Ya Rabb.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Sunday, September 9, 2007

Salam to all.

There are two things that irrates me today.
The first one I saw on the front page of Sunday STAR. The second I saw over the TV news.

The first irritants was the Auditor General's report that mentioned the body that handles PTPTN bought certain utensils for thousands of RM, when in actual fact it would only cost several hundred RM. Something similar here.

I'm sure there are hanky-panky involved. Hopefully( we can only hope) BPR will investigate.

The second incident which made we 'windy'( thats hangin) is the clash of the opposition supporters with our Police force and of course the darai FRU.

Last night's incident in Kuala Trengganu had proven che'gu's accusation that the FRU are DARAI is incorrect. The police especially the FRU are brave men who will act against any unruly crowd. But for them to act bravely as jantan, please make sure the location is nowhere near a pig farm( especially pig farm in Paya Mengkuang Melaka).

So, why was I upset by the proper FRU actions ?
Because it proved what I said in Che'gu's posting. The FRU/PDRM will act ASAP when the crowd( okay they said unruly crowd) is from the opposition or Malays.

Wasn't the 'pig' crowd in Masjid Tanah unruly?They were, but FRU chose to become a DARAI.

And in KT, the PDRM and a Senator Wan Farid said, there was no provocation on the police part. Can you believe that? The police didn't provoke? I remember they say the same thing during the reformasi movements. I think Tian Chuan, Azmin,Ezam, Mahfuz, Hishamuddin Rais have heard the same excuse before.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Wednesday, September 5, 2007

Perkara yang membatalkan Islam(Bahagian 11): Perbuatan yang merosakan aqidah.







Perbuatan sebagai punca rosak aqidah.


Kadangkala manusia tidak berkata-kata pun.Tetapi dia membuat dengan sesuatu perbuatan,iaitu perbuatan yang mencemarkan ALLAH dan Rasul; seperti perbuatan menyembah,mempersekutukan ALLAH, menenung nasib, mencabut sesuatu untuk mengetahui masa depannya(Tarrot Card atau yang Hindu dok guna burung Nuri di kaki lima), kerana dia percaya ada makhluk lain yang mengetahui perkara yang ghaib(yang hanya dikatahui oleh ALLAH).

( Kita sering membaca dalam akhbar terutamanya harian Metro tentang golongan yang menurun di kuburan lama, di busut2 untuk mendapatkan nombor ekor. Ada yang memuja barangan-barangan lama untuk mendapat ibu duit. Ini adalah perbuatan yg merosakkan aqidah. Juga adakala kita terlihat ada orang Melayu yang berjumpa dengan seseorang yg menggunakan burung yang memagut kad tenungan nasib. yang hairannya, ahli tukang baca kad tu pun tak tahu-tahu ke nasib dia sendiri? Bila kita tanya orang Islam yang membuat hal ini di jawabnya: Taklah..saya saja suka-suka je...)

Perbuatan menghina seperti mencampak al-Quran,memijak-mijak al-Quran seperti yang sering dilakukan oleh bomoh atau tukang sihir(untuk mendapat darjat dalam ilmu sihir mereka).

(Pernah di khabarkan 5-6 tahun lalu di sebuah tempat di Utara Perak, seorang lelaki telah mengoyak-ngoyak naskah Quran dan melemparkan ke tali air di kampung tersebut. Pada malamnya telah terjadi ribut besar sehingga berpuluh2 batang sawit tumbang dan tiang TNB serta telifon tumbang. Yang menakjubkan, kampung bersebelahan tidak apa-apa berlaku. Adik lelaki saya telah pergi untuk melihat sendiri tempat itu( 20 km dari rumah mak) dan menceritakan kepada saya)


Menghina,walaupun tak berkata-kata, seperti menuding jari secara biadab kepada al-Quran dan kepada sunnah; ataupun memperlerkehkan seperti membuat mimik muka ketika orang membaca al-Quran,dengan maksud mempertikaiakan atau menghina Quran. Atau dia mencebik ketika orang menyebut perkataan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam,walaupun dia tidak melafazkan dengan apa-apa perkataan.



Perbuatan-perbuatan yang seperti itu adalah perbuatan syirik ataupun perbuatan kufur.Sama juga dengan mereka yang meminta pertolongan para wali.Pergi tawaf kubur umpamanya.
Atau menyembelih untuk selain dari ALLAH SWT.Ada sesetengah tempat masih lagi membayar nazar,walaupun dia tak menyebut apa-apa,tetapi dia sembelih.Bomoh kata: "Kau sembelih ini kalau nak selesaikan masaalah kau.."' Atau sembelih kerana tok keramat sekian-sekian. Sembelih kerana wali sekian-sekian.Sekalipun tidak pernah menyebut nama wali atau tuk keramat itu,tetapi tujuan penyembelihannya adalah kerana tuk keramat atau wali.


Jelas sekali ini adalah perbuatan syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam.

Next: 'Iqtiqad yang merosakan aqidah.





Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Monday, September 3, 2007

...Siapakah yang dituduh merogol??

Pengumuman: Blog penarik beca sudah di jangkiti virus according to Bakaq. He advised us to avoid it for the time being. He had opened a new blog Tak Nak Lah as a replacement.

????


Seorang kenalan baru pulang dari Jakarta beberapa hari lalu. Kata beliau sekarang amat kecoh tentang 2 kejadian terhadap rakyat Indonesia di Malaysia. Yang pertama tentang kes pengadil karate yang telah di belasah oleh 4 anggota Polis Malaysia Berita lanjut kes ini boleh baca sini.

Kes kedua lebih menggemparkan sehingga mungkin boleh membahayakan rakyat Malaysia yang berada di Indonesia khususnya di Pulau Jawa dan boleh menjadi ketegangan antara Indonesia-Malaysia. Malah kerana kes ini, di katakan( ini tidak dapat nak verify) seorang ahli Majlis Perwakilan( macam Ahli Parlimen di sini) telah menyarankan jika kes ini tidak selesai, agar 'di ganyang' rakyat Malaysia yang tinggal di Indonesia( kata kenalan, kenyataan ini di siarkan dalam stesyen TV Metro di sana).

Kes apa kah yang sampai orang awam Indonesia khususnya di Jawa sampai maeah-marah( atau ribut-ribut)?

Kononnya, seorang Menteri Kabinet Malaysia telah merogol salah seorang pembantu rumah beliau.Konon nya kejadian ini berlaku pada Januari 2007 di kediaman Menteri tersebut. Kejadian ini juga diketahui oleh 3 lagi pembantu rumah warga Indon yang lain dan juga oleh isteri Menteri ini. Untuk menutup perkara ini, keempat-empat pembantu rumah telah di hantar pulang ke Jawa( selepas sebulan kejadian) dan kononnya satu penyelesaian telah di buat dengan keluarga mangsa.

Tuduhan ini amatlah berat sekali dan boleh menjejaskan kredibiliti kerajaan Malaysia( yang memang sedang dipandang sebagai tiada kredibiliti). Sebelum ini telah terdapat andaian ada Menteri terlibat dengan pembunuhan orang Mongolia.

Aku tidak pasti samada tuduhan ini benar atau tidak. Jika benar , siapa kah Menteri yang juga perogol tersebut? Jika tidak benar, mengapa beliau di tuduh melakukan jenayah tersebut? Apakah motif dan untung yang boleh di raih oleh pembantu rumah tersebut?

Aku berharap agar pihak berkuasa menyiasat pertuduhan ini, kerana di Jawa nampaknya api kemarahan sedang membara kerana 'kejadian' ini. Satu kenyataan rasmi mesti di keluarkan agar rakyat Indonesia faham kedudukan sebenar. Juga agar rakyat Malaysia di sana tidak menjadi mangsa keadaan.

Jika benar sebagai yang di tuduh..soalan cepumasnya ialah: Siapakah Menteri tersebut?


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Sunday, September 2, 2007

Ingat Lagi Kg Berembang ,Ampang??

UPDATE: Sambungan tulisan Cakapaje di sini tentang Kg Melayu Sentosa ,Sg Buloh, Selangor yang bakal mengalami nasib yang sama.
Just read cakapsaje of Talk Only latest entry. Bro Talk Only had an account of his visit to Kg Berembang here.

Their temporary shelters. Werethey hit by an earthquake or Tsunami?


You can read reports about the demolitions of Kg Berembang kat sini , tang ni, here .


MPAJ- Just doing their job.Kami yang menurut perintah.



Here to protect. Protect whom from whom?


All emotions flared up. Where are we gonna stay?







The aftermath...........victims in your own homeland



Over here, describing who are the people behind Kg Berembang's incident.

As we celebrated our Mega Merdeka, Kg Berembang folks( 10 km from KLCC) still put up in tents.



Hundred of thousands 'burnt'


Gemilang, cemerlang terbilang. But for Kg Berembang its Temberang
"Kg Berembang? Never heard of it before...."

And Ramadhon is just around the corner with 'Eidul Fitri lurking too.

Kg Berembang.....they have dentist there or not ah?


Can Kg Berembang folks claim they had MERDEKA?

Saudara Cakapaje memperjelaskan hari ini( 3 September 2007):-

Penghuni telah dijanjikan perumahan. Namun, kerana jaraknya 30km jauh ke Puchong, bagaimana harus mereka menerimanya?

Bayangkan anak yang bersekolah di Ampang dan juga ibubapa yang ramainya samada berkenderaan awam atau bermotosikal, bagaimana mereka hendak berulang balik setiap hari?

Selain dari kos kehidupan yang meningkat, kos harian mereka turut bersama sedangkan pendapatan mereka tidak seberapa.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa