Saturday, April 12, 2008

Apa nak jadi?

Dia melangkah longlai bila nama di panggil.
Keningnya mengerut sehingga alis mata bagaikan bercantum menjadi satu.
Satu senyuman paksa,tidak ikhlas menjelma di bibirnya. Senyuman lesu dari bibir yang lesu.

"Duduklah..." pelawa aku sambil menunjuk ke kerusi di sebelah kanan aku.Kerusi plastik putih kelabu.

Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. namun dia tidak memandang aku.Matanya tertumpu ke lantai dan kemudian ke jari-jari tangannya sendiri. dan dia menggaru-garu telapak tangan yang aku yakin tidak gatal barang sedikit pun.

Memang banyak yang bermain di fikirannya. Kening sudah tidak mengerut lagi.Sudah terpisah menjadi dua alis mata. namun dia menghela nasfas yang panjang. Sepanjang masaalah yang beliau alami,fikir ku.

" Ha...apa masaalah awak hari ni? Nampak tension saya" aku mula bicara. Aku memegang pergelanggan tangan kanannya dan merasai nadi.

" Saya selalu sakit kepala le doc...sampai tengkok pun sakit", ujar beliau sambil tangan kirinya meraba-raba tengkok seolah-olah memicit-micit tengkok.

" Dah lama ke macam ni? "

" Lama jugak doc! terutama pada waktu pagi"

" Awat tidur okay tak? Lewat masuk tidur kot!"

"Tak jugak doc. Masuk tidur awal...biasanya jam 10.00 dah masuk tidur"

" Masuk tidur awal tapi awak sukar nak lena kan? Awak ni ada masaalah besar ni saya rasa..." umpan aku. Aku tahu sering kalau wanita sukar tidur selalunya mereka ada masaalah yang besar yang meruntun fikiran mereka.

" Tak ada masaalah lah doc. Mana ada....semua okay". Ah ! Dari nada suaranya aku tahu dia berbohong pada aku.Ada yang mahu di sembunyikan.Tapi aku tahu pada masa yang sama dia mahu meluahkan apa yang tekumpul dalam sanubarinya keluar.

" Macam ni lah...saya dah kenal awak dah lebih 12 tahun. Tak payah nak sembunyi dari saya. bagi tahu saya apa masaalahnya? kalau saya boleh bantu saya bantu lah"

Dia diam sebentar. Matanya kembali ke lantai. Lama. Bagaikan mahu mengira berapa jumlah bakteria atau virus di lantai itu.

"Saya ni tension tentang suami saya la doc..."akhirnya dia bersuara. suara yang sayu kali ini. Suara yang lemah yang mahukan pertolongan.

" Awatnya dia? Dia ada pompuan lain ke?"...ahh!!Mengapa soalan itu yang aku ajukan. mengapa aku stereotype kan impression aku bila sang isteri berkata ada masaalah dengan suami?

"Tak doc. Bukan tu. Saya risau sebab saya rasa suami saya terlibat dengan ajaran sesat lah doc!"

Ajaran sesat? Terkedu aku sebentar bila dia beritahu begitu. Ap[a maksud wanita ini dengan ajaran sesat? macam Ayoh Pin ke?

"Ajaran sesat macamana? Cerita sikit kat saya"

" Laki saya ni ada bapak angkat,orang Indonesia tapi dah dudok kat Krubong. Setahun dulu dia selalu bawa bapa angkat dia datang rumah dgn 2-3 orang kawan dia. Saya nampak pak angkat dia macam menurun. kata suami saya nak hantar duit ke langit supaya dapat buat ibu duit ke apa ntah...Saya pun tak pasti sangat doc"

" Astahgfirullah...Macamana dia kenal orang tu?"

"Ntah lah doc..tau-tau dah jadi bapa angkat."

"Dah lah gitu..Dia marah saya dengan anak kalau kami sembahyang. Dia tak sembahyang tu dah lah satu hal...ini siap maki hamun saya kalau sembahyang bila dia ada kat rumah"

" Sampai sekarang dia macam tu?"

"Yang tak sembahyang tu memang sampai sekarang. Puasa pun tak pernah. Ada sekali bulan puasa tahun sudah, waktu siang dia balik suruh saya masak nasi. Sekali tu pulak bulan puasa jugak..siang-siang hari dia paksa saya projek dengan dia. Orang kata saya kena buat puasa 60 hari berturut-turut Ye ke doc?"

"Tentang masak tu tak jadi masaalah. Dia tanggung lah sebab dia yang tak puasa. Tentang kena puasa 60 hari terus tu, sebenarnya bukan awak yang kena puasa 60 hari berturut-turut. Itu kena pada suami saja bukan isteri. kalau isteri yang kena puasa mana mungkin dapat 60 hari terus. kan awak orang perempuan ada haid!"

"Tapi doc, saya tanya orang mereka kata saya yang kena puasa.macamana?"

" Orang tu tak faham tentang hukum kot....dalam bab jimak di bulan Ramadan ni selalunya yang tak menyabar orang lelaki lah....kalau dia tak ajak isteri jimak maka tak jimak lah, Pokok pangkal suami yang sepatutnya kawal nafsu. Katakan lah isteri yang hendak pada siang bulan puasa,tapi kalau suami tak mahu maka tak adalah jimak. Tapi kalau suami mahu isteri tak mahu beri dah jadi derhaka. jadi dalam hal ni suami lah yang kena puasa 60 hari tanpa henti walau sehari. kalau stop sehari...dia kena start balik dari day 1 semula. Keadaan ini amat mustahil bagi wanita kerana ada haid. faham dah sekarang?"

" Ohh....sekarang saya faham. tapi suami saya puasa sehari pun tak nak ini kan p[ulak nak puasa 60 hari doc! kira burn saja lah tu"

"Itu masaalah dia dengan ALLAH. jadi sampai sekarang dok menurun hantar duit ke langit lagi?"

" Masih doc. Dia dah lah tak kerja tetap. Makan minum kat rumah semua saya tanggung. Dia siap minta duit dari saya lagi doc! Kadang-kadang dia curi duit saya...Sedih sungguh macam ni doc"

"Awak ada bagi tau pada mak bapak dia?"

" Saya bukan orang DT doc. Saya dari melaka.mak ayah saya pun dah tak ada.yang saya ada laki dan anak yang sorang tu je lah. Dulu mak mertua pernah tegur suami saya..tapi dia marah mak dia balik doc! jadi dalam hal ni memang mertua saya atau adik beradik laki saya memang tak boleh tolong"

" Macam ni saja lah....Saya nak bagitahu pada Pak Imam Masjid kita tentang suami awak. Saya nak Imam pantau aktiviti suami awak. Dia dah syirik ni..."

" Tu lah yang saya risau doc. Dia pernah kata kat saya...yang engkau sembahyang tungging terbalik ni buat apa? Tak payah nak sembahyang sembahyang ni...."

"Sebab tu saya nak bagitahu Pak Imam. Kita tak mahu dia terus sesat macam gini....."

" Baiklah doc tapi jangan pulak sampai dia syak saya yang cerita pada doc atau Pak Imam. Nanti dia maki hamun saya lagi...saya taku lah doc"

"InsyaALLAH saya pandailah nak cover line awak. Okay ni saya bagi awak ubat untuk sakit kepala dan untuk tenang perasaan awak. saya bagi cuti hari ni kat awak"

Dia angguk dan ucapkan terima kasih. Mungkin ada harapan bagi dia dan anaknya. Mungkin masih tidak terlambat bagi menyedarkan suaminya dari terus di lamun kesyirikan.
Aku termenung sebentar. Aku teringat ada beberapa lagi orang-orang veteran di sini yang sibuk mencari "ibu duit". Mencari tangkal itu ini atau duit syiling lama untuk di buat ibu duit.

Aku teringat tentang beberapa suami yang tidak pernah berwudhu' mahupun mandi hadas. yang hidup mereka hanya untukmcari duit dan kemudian berjoli sakan.
Aku teringat tentang anak-anak yang aku khatankan tetapi tidak tahu bersolat. Tak tahu kerana ayah tidak pernah bersolat malah tidak pernah ke masjid pada hari Jumaat.

14 comments:

Unknown said...

Maaf doc, dalam hal ini aku terus terang tak setuju dengan tindakan hang. Hang salah besaq doc. Hang patut pujuk bini dia asah pisau tajam2. Bila laki minta nak projek, bila dah macam negaraku tu, potong saja, sampai habis lepaih tu pi cari mana ada anjin bagi depa makan. Hang salah, aku betoi.

mokk said...

salam mamat..

Kat sini ada juga aku dengar org menurun duit...siap cari batu delima merah..besi kuning ..keris lama yang pernah bunuh org...
..tapi tak kaya-kaya juga depa tu..

cakapaje said...

Salam Doc,

Orang kat atas nak duit untuk buat ibu duit...kat atas tu dia nak belanja kat mana? :)

Bergen said...

Dulu saya ingat hanya orang yang tak ada ilmu saja yang akan sesat. Tapi bila bekas pelajar University Al Azhar yang jadi pengikut Ayoh Peng pun sesat juga, jelaslah kepada kita bahawa hati kita sebenarnya tak stabil. Dalam masa sesa'at kita boleh jadi sesat walaupun semumur hidup kita beriman. Inilah yang paling saya takut sekali. Begitu juga sebaliknya, ada orang seumur hidup dalam kufur tapi bila sa'at akhir, Allah beri hidayah kepadanya dan dia jadi insan yang beriman.

Kita sentiasa berdoa supaya Allah kekalkan kita dalam iman kerana Dia berkuasa membalikkan hati hambaNya jika Dia kehendaki.

Tentang ajaran hantar duit ke langit tu saya rasa, ajaran ini asal dari amalan masyarakat China, iaitu amalan bakar bahan2 duniawi yang diperbuat dari kertas seperti replica kerete mercedes, vcd, credit card, rumah, handphone dan perkakas2 seumpama dengannya - untuk kegunaan mereka di alam sebelah sana.

Bagi mereka yang diberi Allah kebijaksanaan akal, kita akan kata nak hantar duit ke langit macammana? Pakai poslaju ke DHL atau UPS? Kalau boleh hantar, sapa yang posmen? Kalau kat langit hantar duit kat sapa? Tuhan nak pakai duit ke? Soalan2 ini sudah cukup untuk kita mengambil keputusan yang ajaran ini karut. Tapi apabila Allah menghendaki hati kita hitam, benda2 yang jelas macam ini pun kita tak boleh nampak.

Kalau pergi kat pusat pemulihan akidah, kita akan jumpa macam-macam konsep ajaran yang kita sendiri naik takut bila dengar cara diorang explain. Tapi biasanya ketua ajaran sesat ni sebenarnya nak duit, perempuan dan kuasa. Kalau pasal perempuan, diorang ni boleh 'order' macam order roti canai bila naik 'ra'

Good entry, Doc. Thank you for this.

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Budak baru belajar pun tahu yang turun dari langit bukan duit tapi air atau salji atau worst case scenario, kapalterbang terhempas.
My mother selalu guna metaphor "hah, tunggu lah duit turun dari langit" when we wanted money to spend unnecessarily.
Satu lagi, she always say "tunggulah menang loteri", when we know for a fact we have never bought lottery tickets in our life.

tokasid said...

Che'gu:

Kalu suruh buat lagu tu nanti kena tikaq nama dia jadi Minah Bobbit pulak.

tokasid said...

Mamat:

Memang puak2 macam ni dok cari barang2 lama dan pelik2 nak buat ibu duit. Ada yg pernah mai jumpa aku dan offer nak bagi ibu duit. Aku cuma kata: Awak ni dah ada ibu duit punya lah lama tapi saya tengok dari dulu sampai sekarang tak kaya-kaya jugak pun?

Pak Zawi said...

Salam Doc,
Nampaknya ada juga yang salah akidah kat Malaysia ni ya. Tapi yang kat London tu juga yang mereka suka perbetulkan. Mungkin glamour sikitla kalau pegi London nak betulkan Sufiah bab dia otak terer. Yang kat Mesia tu memang tadak otak.

tokasid said...

Shah:

Yang dapat duit tu sebenarnya org yg buat kerja menurun saja. Dia lah org atas. yang ngong ni org yg percaya kat penipu2 ni...sanggup bergolok gadai

tokasid said...

Bergen:

Knowledge doesn't always equate to iman. That is why we see many knowledgeable person with Masters or doctrate in Islamic studies too gets involve in practices forbidden by Islam.

And as we know, there is pasang surut of iman.

The few guys that I know(in Durian Tunggal) who doesn't solat or puasa
apparently doesn't have any knowledge about Islam at all. They didn't solat coz they don't know how to.Their parents never taught them. And they don't even bother to have the effort to learn.
few years ago I spoke to ne chap who doesn't know how to solat(after his wife told me). I told him I'm willing to teach him some basic things about rukun Islam and rukun Iman and teach him solat. After a while he just told me: Tak apalah doc. Saya jawab lah nanti dalam kubur saya.

So for this case. I'm hoping the pak Imam can help this guy out.

ps- I do worry about how my ending will be.Keep on making du'a to die with iman in me.Ameen.

tokasid said...

Fauziah:

That is the point. Anak dia yg sekolah pun tahu apa yg bapak dia buat tu syirik dan sia-sia saja.
But this guy and a few more are just too dumb or what?

In a different case(also in Durian Tunggal) an ex-headmaster( secondary school) also believe in this ibu duit thing. He 'invested' a huge sum for it and went hunting for old keris and old coins.So when it comes to money/greediness it doesn't matter how high your level of education is,I guess.

Unknown said...

Doc,
Common sense jadi uncommon bila dah nafsu naik angin. Benda yang budak-budak buleh fikir pun jadi susah nak faham.
Kalau yang jenis tak makan nasihat ni, bukan syaitan je yang punya angkara. Nafsu dan ego pun besar jugak peranan dalam hal-hal macam ni.
Gila kuasa, gila duit, gila pompuan...memang gila!

tokasid said...

Pak Zawi:

Betul tu pak.
Kat Malaysia ni ramai jugak anak2 gadis Melayu yang belajar di IPTA dan IPTS yang terjebak menjadi escort samada utk menanmpung hidup atau utk menampung kehidupan mewah yg mereka impikan.

Saya teringat sejak awal 80an dulu ada pelajar wanita menjadi 'penjual tubuh' di Travel's Lodge(atas Puduraya).

Sekarang lebih2 sakan perbuatan ini kerana mereka mahukan fesyen latest dan gadget2 terkini.

Jadi sebenarnya mereka yg lebih memerlukan pertolongan daripada Sufiah/Shilpa Lee.

tokasid said...

Akmal:

Memang begitu yg sering kita lihat .Bila nafsu gila sudah menguasai diri perkara khurafat dan syirik menjadi pilihan. Kes ini ttg org yg tak berilmu.Tapi kita juga maklum yg ada akal dan kedudukan pun sama jugak.

Contohnya selepas pembubaran parlimen, berapa ramai yg pergi berbomoh supaya di pilih jadi calun dan menang pilihanraya, tapi aku rasa ramai yg akhirnya kecewa.