Wednesday, March 5, 2008

Dakwat oh dakwat...


Rashid SPR dan Musa Hassan KPN kata menggunaan dakwat utk PRU 12 di batalkan kerana ada 4 lapuran polis KONON-KONOnya ada kumpulan( sapa lagi maksud depa kalau bukan pembangkang) dah beli dakwat dari luar negara( dari Siam ka?) dan nak tipu pengundi yang tak faham tentang penggunaan dakwat.

Aku nak kata macam ni: Rashid dan Musa kalau nak kelentong rakyat,kelentong lah secara bijaksana. Jangan lah jadi ngong.Jangan lah bangap.

Kalau lah benar dakwaan Rashid dan Musa( dua orang ni memang susah nak di percayai), tak boleh kah di educatekan rakyat?

Begini caranya nak educate rakyat:
Buat satu clip tentang penggunaan dakwat. Suruh Yasmin Ahmad buat. Sheih kickdafella pun boleh. Muteaudia pun boleh. Jangan suruh Finas saja becoz if you ask Finas you Finis.

Bila dah siap, setiap kali ada waktu iklan di TV, siarkan saja. Tak boleh ka macam tu?Awat tak boleh pulak?

Yang seminggu ni semua stesen TV dok tunjuk BN itu BN ini setiap kali ada break iklan tu apa? Awat yang tu boleh?

Ohh...pasai kalau ajar rakyat tentang dakwat hangpa susah nak tipu lah masa PRU nanti? Susahlah pengundi hantu interstate dan mengundi 2 kali macam 2004 dulu ya?

Sebab kalau bukan sebab nak bela pengundi hantu aku tak nampak alasan mengapa dakwat tak boleh di gunakan.

PAk Lah hang pun tak payah nak bagitahu kami kata SPR ubah itu ini bukan sebab tekanan politik BN. Poorah!!!Jadi selama ni SPR dan Rashid saja-saja syok tukar segala peraturan pasai nak bagi semua parti gabra? kalau sebab tu,awat yang hang pi sambung kontrak dia dan pinda perlembagaan sebab nak bagi dia jaga SPR?

21 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr.Zulhisham, I am your old friend and tinggal kat KT. Dah lama dah i nak jawab your comments in your blog ....... Bila baca all your blogs mengenai islam tentang firman Allah SWT dan hadith Rasullullah saya memang sanjung tinggi mengenai effort yang telah dibuat oleh you kepada semua pembaca....tapi bila you sentuh sikit mengenai politik apa sebab you ni cepat melenting.?? Sebagai seorang terpelajar, mengapakah dalam soal-soal berkaitan langsung tidak gunakan ciri ciri sebagai seorang yang yang beriman dalam memberikan pandangan dan pendapat. Contohnya sebagai issue penggunaan dakwat semasa pilihan raya.Cepat sangat melenting dan entah syaitan mana yang masuk dalam kepala you. Saya tak nafikan your comment tu mungkin betul atau tidak ....tapi cara menjawab dan menuduh mereka mereka yang berkaitan dengan begitu tak elok sekali. Tak adakah cara yang lebih baik kah untuk menegur kalaupun apa yang you fikirkan itu betul? Adakah dengan menegur dengan cara jujur akan membuatkan imej you bertukar? Atau adakah dengan cara menegur sedemikian rupa akan menjadikan you seorang popular?? Tegurlah secara ikhlas. Tak kisahlah orang lain buat salah dan perlukah kita yang berotak ini mengikut mereka-mereka dalam kerajaan atau pun dalam pembangkang. Balik soal dakwat tadi mungkin apa yang dinyatakan oleh SPR dan KPN itu betul... jadi tak terfikirkah kamu?(Ya lah dulu semua orang kata macam2 kat Dr.Mahathir tapi sekarang?)Atau kalau terbukti yang ianya betul masih kah kamu nak kata yang kamu itu betul??Macam juga issue ISA, Dulu heboh tapi bila timbul kes Hindraf semua diam! I punya pendapat kita masih perlukan ISA tapi cara penggunaannya sja yang tak betol jadi kita kena lawan dari segi penggunaannya. Tapi kita ni yang tau akibatnya apasal nak pi gatal2 cari sakit.Tapi kalau pembangkang memerentah sya rasa dia pun kena pakai ISA untuk solve the issue... Kita manusia nii tak akan kemana, satu hari nanti akan mati juga dan selalulah kena bersyukur dengan apa yang kita ada..dan cuba sebaik mungkin untuk menambah kebaikan selama kita hidup. Saya nak tanya you satu... kalau kita sokong kerajaan tak bolehkah kita buat seperti mana yang kita buat sekarang?? Saya pun tak setuju dengan apa-apa yang tak elok yang dibuat oleh kerajaan. Bukannya saya ikut shj dengan membabi buta? Yang mana elok kita ikut yang mana tak elok kita bangkang tapi ini tak bererti saya tak menyokong kerajaan.. Kalau sokong pembangkang akan menentukan semuanya akan jadi baik, saya tak ada masaalah nak sertai pembangkang, tapi dari rekod2 yang ada dan kenyataan, tak pasti pembangkang dapat nak buat sesuatu yang baik dan ini soal memerintah negara bukannya boleh buat try and error??? Kita tiada pilihan kecuali menyokong akan kerajaan yang ada. Kalaupun you masih nak sokong pembangkang, go ahead tapi jangan lah jadi seorang yang bertukar imej....tak bersyukur dan cepat sangat melenting,menggunakan perkataan yang tak elok, percaya dengan semua yang didengar tanpa kesahihan sebenar dan menghebahkannya pula.....Tak bolehkah kita jadi what we are,fikir secara tenang, menulis secara berhemah dan tak semudahnya fikiran kita diracuni oleh sesiapapun....Well mungkin kita tak sehaluan tapi sekurang kurangnya saya dah cakap dengan u, jadi janganlah marah.............sekian dulu and hope to see you another day Sham, ada kerja sekarang dan saya sambung dilain kali..TQ and Assalamualaikum? omaq

Anonymous said...

Saya rakyat telah diperbodohkan..
Kejap ada ..kejap takde..

Sudah terang lagi bersuluh...
Mula2 isu cukai stem..
Sekarang isu dakwat...
mak sudah terang rakyat diperbodoh-bodohkan..
Rakyat mana yang nak percaya...
Adakah penduduk kampung..

saya berpendapat apabila kita telah diperbodoh kan maka dirumah kita kita mempunyai kebebsan untuk bertindak..

Tahniah Dr..
Sya menyokong anda 100%

tokasid said...

Wa'alaikumussalam Omaq:

lama tak dengaq habaq dari hang. Ingatkan masa kenuri di rumah Ustad Mehat hang balik tapi hang tak cuti. ramai jugak kawan2 lama kita yang ada( 3-4 batch senior dan junior kita).

Terima kasih atas komen hang. Aku faham hang tak selesa pasai aku guna bahasa yang kasaq.Aku juga faham hang tak selesa pasai aku kawan hang dan hang tau dulu-dulu aku kalau bergabang tak macam la ni.

Nak kata melenting tak jugak Omaq. Bila SPR kata dakwat tak wajib last week aku jadi hairan tapi masa tu aku tak komen. Aku cuma tunggu apa alasan yang SPR nak berikan. Kemudian paper semalam keluar kenyataan PM supaya SPR jelaskan tentang keputusan.PM kata tolong jelaskan bahawa keputusan tersebut bukan kerana tekanan politik BN.Dan semalam keluar di TV press conference SPR bersama KPN dan AG. Alasan di berikan. Jadi semalaman aku fikir jika benar apa yg KPN kata tidak adakah cara supaya dakwat masih boleh digunakan? Kesimpulan nya aku rasa jika SPR gunakan media sepenuh2nya selama 3 hari ini(TV,Radio dan paper) tentu masaalah ini boleh di atasi dgn mudah.Aku yakin ianya boleh diatasi jika SPR benar2 mahu.
tetapi memandnagkan SPR sering mengubah pendirian atas keputusan yg SPR sendiri buat( seperti pada saat-saat akhir tak perlu stamping duty kerana ramai calon BN tak sempat stamping terutama di Kelantan dan Trengganu(Marang kesemua calun BN tak dak stamp duty).Tindakan2 begini menampakkan SPR berat sebelah dan tidak amanah. Tentang senarai pengundi memang tak selesai-selasai.
Bila ada calun2 pembangkang mahu berjumpa pengurusi SPR tentang isu stamp duty, beliau enggan berjumpa walau mereka telah hadir di pejabat dia.Dan kalau kita ingat pada 2004 dulu SPR pada petang hari mengundi tiba2 announce di Selangor masa mengundi di lanjutkan sehingga jam 7.00 malam tanpa pemjelasan yang munasabah. Juga isu pondok panas pada tahun 2004.Siapa yang menjadi mainan SPR pasti akan skeptikal seperti aku.

Pendirian aku tentang Dr Mahathir tetap sama walaupun sekarang kenyataan2 dia membidas Pak Lah.Bagi aku apa yang DrM kata pada Pak Lah seperti meludah ke langit saja sebab dia sendiri pernah mengcengkam beberapa institiusi dan UMNo seperti mana yg dia tuduh sekarang.

Tentang Hindraf,aku tidakmpernah keluarkan kenyataan menyokong mereka.Aku faham mereka ada isu yang mahu di ketengahkan walaupun keterlaluan.Mereka ada hak untuk bersuara. Jika kita nak marah orang berdemonstrasi kita kena marah semua pihak yang berdemonstrasi termasuk Pemuda UMNO sendiri.

Tentang ISA pendirian aku tetap sama.Ia perlu di mansuhkan. Jika ternyata individu atau kumpulanyang melakukan unsur subversif,pihak Polis perlu kumpulkan bukti dan dakwa mereka di mahkamah secara adil dan saksama.Mereka wajib di beri peluang membela diri. Jika telah tersabit bersalah mereka mestilah di hukum secara setimpal. jika kes2 ISA tidak di dakwa bagaimana kita tahu mereka benar2 bersalah? Aku yakin ramai(bukan semua) adalah mangsa mainan politik.

Tentang kerajaan yang ita ada sekarang(dan masa Dr M dulu pun) perkara yang baik memang aku sokong. Perkara yang tak baik memang aku akan lantang menentang.Apa yang aku tentang amat jelas: Rasuah,salah guna kuasa, kroni,nepotisma, pecah amanah, pilih kasih antaranya.
Ini bukan sekadar tuduhan malah lapuran Ketua Audit Negara membuktikan nya.
Abang hang kalau masih dengan BPR tentu maklum kes2 begini tapi kita pun tahu dia telah akujanji tentang tugas2 dia.

Aku juga tak setuju dengan tindakbalas2 yang di lakukan kepada yang tidak menyokong kerajaan.Jangan di zalimi kerana orang berlainan pemikiran dengan pihak berkuasa.Aku telah alami semua itu.

Jikalah pembangkang dapat memerintah dan mereka lakukan seperti mana kerajaan BN sekarang, aku akan lantang menentang jugak.Kerana ini bukan soal parti politik.Ini soal keadilan,amanah dan prinsip. kalau PAS buat macam tu, aku akan tulis begini jugak.Kalau PKR atau DAP begitu aku akan lantang macam ni jugak.

Teguran2 aku adalah luahan hati aku secara jujur.Bukan nak cari populariti kerana aku tak perlu semua itu.Aku tidak akan hebat di mata orang.Ada perkara yang aku tulis secara lantang.Ada jugak aku tulis secara sinikal dan ada secara kiasan. Tapi kebanyakan yang aku tulis adalah berdasarkan fakta cuma assumption nya aku buat setelah aku fikir setakat pengalaman dan pengetahuan yang ada.Mungkin andaian aku benar mungkin tersasar tapi aku bertanggungjawab atas apa yang aku tulis.

Akan ada yang suka dan akan ada yang meluat baca tulisan aku. Ada yang komen sokong ada yang tak sokong ada yang kutuk tapi semua aku terima dan aku tak pernah delete komen2 yang orang berikan.

Terima kasih kerana prihatin terhadap aku. tak ramai kawan2 begitu. Aku hargai dan aku hormati walau pun ada beberapa perkara kita berlainan pendapat.

zlaa said...

Tok, saya setuju dgn Tok.

Unknown said...

Doc, aku betoi2 ingat nak maki depa kaw kaw tadi tapi bila terbaca komen member hang tak mau lah aku nanti dia kata, hang guna tempat ni untuk tempat mencarut pulak. Aku memang betoi2 bengang dengan bangang2 tu so aku nak mencarut secara terhormat. Alat sulit mak depa. Ha lega rasa. Kalau hang nak delete aku tak ambik hati.

Anonymous said...

Assalamualaikum Doc? Lagi sekali dan i nak sambung sikit sebab yang semalam tuu tak habih lagi.......

Ok pasai mengundi ni.. yang nak tibai SPR sangat ni pasai apa? Sham., kalau rakyat dah tak suka hang buat macam mana pun, pakai dakwat ke tak pakai ke, stamping ke tak stamping ke pengundi hantu ke syaitan ke, mesti rakyat menang punya... tak kan hang nak menang pasai technical sahaja... Kena accept the fact le.. alah setakat nak buka awai dan tutup time mengundi what the big issue,..pokok nya kalau majority dah tak suka, hang buat mcm manapun tak boleh. Hang kena faham yang itu dulu....Baru2 ni di kelantan ada calun pas menang. so what? tapi kalau orang nak jadikan issue dia boleh kata itu saja kerajaan nak bagi sebab nak bagi nampak fair? Orang yang mcm kita ni nak percaya semua tu...
Pasai pengundi hantu...mana ada, ok i nak cerita sikit ini jadi kat my wife sendiri.....we all plan nak balik mengundi, i kat pekan Malau Kedah, dan my wife kat Kusial, T/Merah, Kelantan. ( I pun tak ingat mcm mana boleh split tapi dulu masa mula2 undi both of us kat kelantan sebab mula2 kerja in 1983 kat sana. Mengorat dan kawin pun kat sana walaupun wife i org kuala lipis, pahang). Tapi disebabkan kes hantu ni nak balik mengundi pun dah rasa takut esp. my wife nak ke t/merah, kelantan. Maklum lah dah tak pi kawasan tu dah lebih 15 tahun? Nanti orang kata kita jadi hantu susahlah...takut juga, silap2 nahas nanti... tapi tak taulah masih belum finalise lagi. So kalau wife pi mengundi jugak orang nak kata hantu jadi lah hantu....

Ok i nak tanya you sikit sebab video tube yang kat blog you tuu... kalau ada kat blog u maknanya u tolong distribute walau pun messagenya tu boleh diterima atau tidak...mungkin ada orang akan support you tapi tidak bagi saya. The issue is simple bcos Tn Guru D Nik Aziz cakap pasai orang utan...video tu pun attach sekali dengan gaya KJ, D Sri Aziz, Adun Kijal,MB Pahang yg kelakuan dan kata2 kesat dan at the end ada firman/hadis* to support what u beleive.......well i tak salahkan video itu, it is right on issue pengunaan kata tak elok.. Kita pun sama2 kita mencarut sana sini....But for Tn Guru D Nik Aziz, with that type of personality and what he said will be followed by many many people, he defenately cannot behave like that...well that is my beleive and i might be wrong..?? So conclusionnya kita jangan lah jadi low thinker dan ikut dgn alasan utk membetulkan benang basah,than buat sesuatu dan distribute pula...for your info Adun Kijal Dato' Ahmad Said tuu i kenai dia pun dah lama juga, tapi dia nii memang gedebe sikit tapi hati dia baik.........Pasai ISA pula aku still rasa ia mesti ada sebab kita malaysia nii sensitive sikit pasai racial issue, so kalau tak ambil tindakan segera, nak cari bukti dulu, bila ramai dah mati, terbakar sini, terbakak sana baru nak ambik tindakan dah tuu late...lepas tu salah kerajaan pula lambat ambik tindakan...bila suruh disperse elok2.. salah polis pulak..Aku tak tau lah ini teori simple sangat tapi orang saja nak salah juga susahlah....tapi kadang2 ISA disalah gunakan..itu aku pun marah. Tapi orang2 yang nak timbulkan masaalah ini pun kena fikir lah akibatnya... Dah tau kalau dia cakap yang pelik2 akan kena tangkap...dia buat juga..kalau aku jadi KPN pun aku tangkap dia juga..............
Pasai Dr.M mula apa yang hang dok marah sgt kat dia.. Kita ni sham, if we make decision hari ni tak semestinya minggu depan decision tu masih valid...kena la ikut keadaan yang penting sangat ialah keikhlasan masa buat decision. Yangg seronok nya dulu orang kata kat dia mcm2. ada yang kata dia akan jadi PM sampai matilah,yang nu dia buat tak betui lah, dia baik dgn orang nu dan nii laa. Tapi bila banyak yang tak betui...orang yang kata dulu masih mcm dulu juga...I tapi tetap appriciate dia sebab no matter what people said, tapi dia lah salah satu nya rakyat malaysia yang boleh masuk dalam KAABAH di Mekah. You ingat sebab dia jadi PM kah yang dia boleh masuk Kaabah......fikir fikirlah sendiri... ....
Sham, aku nak tanya hang sikit...i kat Kuala Terengganu nii masa nak mengundini nii boleh tahan juga, kat keliling rumah aku nii banyak sangat bendera bulan..tapi aku tak percaya sangat pasai bendera2 ni...Hang tengok dalam 4 tahun lepas, banyak sangat development yang dibuat.in term of fizikal dan juga spiritual termasuk budak2 kecik katham Quran.... Sampai pulau Wan Man (TTI) pun jadi issue dan dikatakan membazir.. for me tidak sebab itu untuk long term investment bagi Terengganu... tapi bila dengar ceramah pas ( kat rumah i tu malam2 semua ceramah boleh dengar ) cara dia cakap tuu, kalau bagi orang2 kampong kat situ i rasa dia orang boleh percaya ..ini yang aku nak tanya hang.... siapa yang salah?. Orang kampong yang tak berapa expose nii esp org tua2 lama, i rasa akan percaya.....dan kita tak boleh salahkan orang2 kampong nii sebab kita bagi feed back kat dia yang salah.I bukan nak marah pembangkang sebab kat USA pun ada pembangkang..Tapi kalau Terengganu kalah, what happened to the planned development..Dulu masa dia perentah Terengganu, mcm2 pelik pun dia buat, malah ada juga yang lebih teruk dari kerajaan sekarang.siapa yang rugi... rakyat juga yang rugi...tak boleh kah depa sokong BN tapi selalulah kacau BN kalau BN buat silap...... You see kalau PAS perintah pun..Kalau ada 5 contracts, yang mintak 50 so yang dapat 5 tuu akan suka kerajaan tapi yang 45 lagi akan marah. Kalau development baru ada you boleh bahagikan kemudian, tapi kalau tak ada development nanti jadi semua orang akan marah...so nak buat macam mana...dan u dah tahu kalau tak ngam dengan Pusat peruntukanpun kuranglah..Macam kat terengganu laa nii, bukan masaalah tak dak duit, tapi nak perabih fund pun susah.... Kalau nak percepat sikit development, panggil org luar, org terengganu marah....so so kesudahannya kita tak akan dapat kesemuanya. You get some you lose some..Yang pentingnya
keikhlasan kita buat kerja...

.....Aku pun kadang2 confuse jugak dalam hal hal macam nii....tapi cara kita fikir at our level ni lain sikit dgn level2 kat bawah...dan kita ni jadi leader at our own level....jadi kena lah fikir secara rasional.. kalau pembangkang perentah pun harga barang tetap akan naik... Harga Minyak Sawit aku pun pun dah naik RM4300/ton against last year around RM2200/ton dan kita pun kena bagi subsidise pada kerajaan sebab nak stabilise cooking oil, walau pun kita rasa not fair tapi mcm i cakap tadi...we cannot get all..

Sebagai kesimpulannya, setakat ini aku masih akan menyokong BN tak taulah masa depan....sebabnya kita still boleh perjuang islam walau pun dalam BN seperti Mufti Perlis, dan banyak yg kita boleh lakukan dengan effektif kalau kita masih didalam kerajaan berbanding jika kita didalam pembangkang..

Oklah Sham, aku mintak maaf byk2 dgn hang, walaupun aku tak semestinya betul dan hang tak semestinya salah.....but we are still friend.Kirim salam family aku utk family hang....... Assalamualaikum & TQ

Anonymous said...

salam Doc,
bagi saya komen kawan doc tu adalah komen seorang rakyat malaysia yang hidup dengan selesanya...dia tak nampak ramai lagi yang sepatutnya berkongsi kekayaan negara..well, itu hak dia sebagai warganegara..yang saya tak nampaknya..apa pekdahnya pulau wan man tu pada yang merempat , yang melarat..nak beli beras pun, kena kira2 duit dulu...nak isi minyak motor pun, kena jimat...

anak terengganu..

taufiksalimabbas said...

Rashid sebenarnya you ni betul2 Raw Shit! Kenapa lah bapa you bagi you nama yang begitu mulia di sisi Islam sedangkan perangai you macam Iblis Laknatullah. Tak sedar ke umur tu dah dalam tahap subsidi dan Allah akan panggil bila2 masa saja? Apa nak dijawap kepada Allah di mahkamahNya nanti tentang penipuan2 yang you lakukan ni? Atau ada kah you dah lupa kewujudan Allah? Na'uzubillah min zaalik! (Kami bermohon kepada Allah dari perbuatan yang keji ini) Jangan lah di neraka nanti memohon kepada Allah supaya di letakkan di bumi Allah kembali untuk membetulkan kesilapan2 yang sudah. Pintu taubat itu masih terbuka lagi. Rebutlah peluang ini.

Bukan ape ... I ni nak mengingatkan you saje! Maklumlah, kita umat Islam ni kene selalu ingat-mengingat antara kita.

tokasid said...

Anon 5 march:

Noted. Ini adalah antara isu2 SPR yang membuat kita hilang keyakinan dan kepercayaan.

tokasid said...

Zlaa:

Terima kasih atas penerimaan pandangan saya.

tokasid said...

Che'gu:

Thank you for toning down. Omaq had given his thoughts the way he sees it and I have to respect that.He has always been a reasonable friend since our secondary school but of course we don't expect all our friends to have a same opinion or ideology as we do. Omaq will certainly wanted me to see things the way he sees it but our experiences in life is what made us feel differently.But amng our school/hostel friends there are many who are in UMNO and many in PAS at the moment.

tokasid said...

Omaq:

Tentang SPR- aku tibai atau kritik SPR atas perkara yang terlalu nyata.
Apa yang aku noticed,SPR mula hilang kredibiliti sejak Rashid menjadi pengurusi SPR, sejak zaman Dr M lagi.Aku di fahamkan pihak opposition telah banyak kali bersemuka dengan Rashid tentang beberapa hal terutamanya senarai pengundi yang mana beberapa kali Rashid berjanji akan melakukan sesuatu tetapi sebaliknya kemudian dia berdalih tak boleh itu dan tak boleh ini.
Begitu juga dgn keputusan tentang duty stamping dan penggunaan dakwat baru-baru ini. Sikap flip-flop beliau yang membuat ramai yang hilang keyakinan kepada SPR.
hari pengundian ada beberapa perkara yang mesti di turuti oleh semua pihak dan ini telah ditetapkan oleh SPR.jika SPR mahu buka pusat mengundi sehingga jam 7 malam, mestilah dari hari penamaan calon lagi di umumkan agar semua parti bertanding tahu dan mestilah di lakukan bagi seluruh negara.Tapi bila pada 2004, pengumuman di buat melalui TV dan radio sejak jam 4ptg( lebih kurang)dan khusus utk Selangor adakah pihak lawan akan berpuas hati.Bila tiada penjelasan kukuh yang di berikan.
Itu lah big issue bagi aku. kalau dari awal SPR telah putuskan semua pusat undi di seluruh negara akan di buka hingga 7 malam dan di beri sebab kenapa, aku mungkin tak ada masaalah dgn SPR.

Aku bukan hentam SPR sebab aku ahli parti pembangkang.Aku hentam atas dasar aku percaya SPR sepatutnya tidak berat sebelah dan SPR mesti melakukan kerja mereka 'without fears ot favours'.Kalau aku tak sertai PAS pun ,aku akan tibai macam ni jugak.

Tentang menang teknikal tu, bukan calun PAS saja menang.Pada hari penamaan calon BN telah menang 7 kerusi atas dasar teknikal I have no problem with that selagi SPR apply masaalah teknikaliti kepada semua.Dari segi teknikaliti bagi aku itu adalah kecuaian parti politik masing2 kerana gagal menyelidik bakal calon. 2004 dulu di Parlimen Penggerang dan DUN Penawar(Jhor) PAS cuai dan letak calon yg ada kes bangkrup jadi 2 org kawan aku menang( Azalina dan Dr. Azam Raudzan, kawan2 semasa di Kolej Kedua UM dulu).Dan tahun ni di Kijang BN letak calon yg ada kes bangkrup. Jadi ini tak jadi masaalah bagi aku.
Menang kalah pilihanraya adalah lumrah. Sapa yang dapat majoriti dia lah yang menang. Aku tak pernah pertikaikan hal itu. Cuma umpama perlawanan bolasepak atau ragbi, kedua-dua team perlu referee yang tidak pilih kasih dan menggunakan undang2 yang sama bagi kedua-dua team. Jika team B pegang bola jadi handball maka kalau team A pun kalau pegang bola mesti lah handball jugak.Pengadil janganlah buat-buat tak nampak.
Untuk dapat keputusan yang adil, padang biarlah sama rata dan undang2 di gunakan jugak samarata.

Berkanaan video You tube, memang aku nak sebarkan.Setakat ini orang tengok apa yg TV3 atau RTM tunjuk saja . dan dari TV3 kita lihat najib,Mahyudin dan rafidah kata itu bukan budaya UMNO. Tetapi vide di You Tube telah membuktikan kenyataan Najib,Mahyudin dan Rafidah salah. Ramai YB-YB UMNO juga menggunakan bahasa kesat melabel orang lain sebagai binatang , gila, pondan dan iblis. Isu yg video tu tunjukkan ialah TV cuba manipulasi keadaan sebenar dgn menyorok/tidak siarkan perlakuan pemimpin UMNO.

Pengalaman aku (yang sedikit) mengikuti kuliah dan ceramah Nik Aziz, beliau seorang guru yang sering mengingatkan orangramai tentang solat,puasa zakat dan sedekah. Tentang kematian dan tentang apa yg akan ALLAH persoalkan kita di Mahsyar nanti.

Ayat 175-176 dan 179 surah Al-'Araf menggunakan perumpamaan manusia umpama binatang ternakan dan anjing jika mempunyai beberapa ciri.Nik Aziz menggunakan perumpamaan orang utan atas beberapa sebab.( Aku sebenarnya tidak setuju secara peribadi tentang penggunaan perumpamaan binatang oleh mana-mana guru agama. Tetapi dari apa yang aku ikut belajar dari Mufti Perlis Dr Asri sendiri sejak beberapa tahun ini, memang ada ulama-ulama hebat pernah menggunakan perumpamaan seperti ini)

Prinsip aku tentang kesalahan( samada ISA tau yg bukan ISA) mengikut Islam pihak yang menuduh mestilah membuktikan keslahan orang yang di tuduh dan orang yang di tuduh mestilah di beri peluang membela diri.dalam hal itu aku jelas dan tetap tak akan ubah kerana itulah yang Rasulullah s.a.w. telah tunjukkan kepada kita untuk di lakukan.
Pasai Mahathir ni pendirian aku berubah sejak 1994. sebelum itu aku akan sentiasa mengikuti ucapan penutup Perhimpunan Agung UMNO yang sering di buat pada petang Jumaat. tetapi sejak 1994-1998 aku dapati beberapa kenyataan Mahathir tentang hukum agama boleh menjejaskan aqidah rakyat. Aku tak kisah kalau dia nak hentam PAS atau nak hentam Nik Aziz atau Allahyarham Fadhil Noor. Tapi bila dia kata itu ini tentang hukum Islam yang termaktub dalam al-Quran dan dalam hadith2 sohehah rasulullah s.a.w. ,aku tak boleh terima.Sejak itu pandangan aku terhadap DrM berubah.Aku tak nafikan banyak kemajuan material yang di bawa kepada Malaysia. Malaysia terkenal di dunia kerana dia itu aku akui. Tapi bila soal perlekeh hukuman ALLAH, minta maaf...orang sebegini bukan untuk aku ikuti.Sebab itu pandanag aku terhadap dia tak berubah. Mungkin kalau satu hari dia secara terbuka mengakui di tersilap dalam hal itu( sebab kenyataan dia buat dari 1994-98 adalah secara terbuka dilancarkan secara langsung dari PWTC), mungkin aku bisa kendur terhadap dia.( Aku pernah print-out speech dia tentang hal2 ni dari laman web UMNO.Tak tahu samada la ni ada dak lagi kat website UMNO).

Tentang ceramah parti politik time mengundi ni terpaksa kita sama-sama pekak telinga dan tahan sabaq. memang dah adat orang Melayu berpolitik macam tu kot terutama di east Coast memang berpolitik ni berbeza dari kita di sebelah sini.

Pembangunan Trengganu jika sebagaimana yang hang katakan Alhamdulillah. tetapi Trengganu dulu mundur bukan sebab sepenggal pemerintahan PAS. Apa yang PAS terima adalah waisan dari BN sewaktu Wan Mokhtar perintah dulu. Aku percaya PAS ada plan memajukan Trengganu tetapi apabila wang royalti di tarik balik dan wang itu di salurkan sebagai wang ehsan melaui UMNO Trengganu, memang pembangunan tidak dapat di lakukan.
selama setahun aku berulang alik ke Trengganu sban minggu, aku berkenalan dengan ramai ahli UMNO yang bekerja dgn wife aku. Info ini aku dapat dari mereka.Bukan dari orang PAS. Sewaktu PAS perintah, orang UMNO di pelbagai peringkat jadi mewah. UMNO di bawah Idris Jusoh menggunakan wang ehsan terutama di Ketengah dari Jerangau hingga ke Bukit Besi hingga ke Kemaman. Ketika ini lah elaun di berikan kepada penduduk2 dan ketika inilah kelas-kel;as tambahan di buat bagi pelajar2 sekolah.Guru2 di beri elaun tuition sebanyak RM300/= sebulan. bantuan2 seperti basikal utk pelajar sekolah mula di berikan. kata kawan2 UMNO aku di KT, kalau PAS tak perintah ini semua tak akan kami dapat! itu yang ahli UMNO bagitau aku. Betul ka tak betul aku tak tahu.kalau yang bagitau tu orang PAS mungkin aku akan skeptikal.

Cuma bagi aku secara peribadi, Monsoon Cup dan Masjid Kristal adalah pembaziran.

Yang aku tahu Pulau Wan Man tu tak ramai penduduk sekita beberapa ratussaja. To built a multimillion masjid is too much. Aku tetap berpegang masjid di bina untuk di imarahkan dan berteraskan takwa. masjid bukan untuk menunjuk2 kehebatan kita. Mungkin ramai dari kita yang lupa ada hadith soheh di mana rasulullah s.a.w. bersabda di akhir zaman nanti masjid2 akan di bina dgn besar dan indah tetapi tidak di imarahkan. Ini salah satu tanda akhir zaman.
Bagi aku masjid tak perlu terlalu cantik dan mahal tetapi tidak dipergunakan sebaik mungkin.( dah ada solat Jumaat ke kat masjid Kristal?).bagi aku dengan jumlah bermillion-million itu, boleh saja di gunakan untuk biayai lebih ramai pelajar yg perlukan biasiswa bagi kursus-kursus yang kritikal.

Tentang harga barangan yang semakin meningkat, memang ada faktor2 luaran yang tidak dapat di kawal. Tetapi aku yakin kerajaan masih bleh kurangkan bebanan ini jika ada kesungguhan. Mungkin perlu lebih banyak barangan perlu di masukkan sebagai barangan kawalan.Aku tak dapat mendalami tentang hal ini kerana aku tiada ilmu mengenainya.

InsyaALLAH kalau aku ada peluang pi KT aku akan kontak hang dan mungkin boleh jumpa Hussin kambin sama( di Kerteh kot dia la ni).

wassalam.

tokasid said...

Anak Trengganu:

Terima kasih kerana memberi pandangan. Wallahu'alam tak tahu saya samada kawan lama saya selesa atau tidak.tapi yang pasti dia dan saya tidak melarat hidup kami.

Tetapi simpati saya pada yang amat kesempitan . Di Melaka ramai yang saya jumpa mengeluh tentang kos hidup yang semakin naik. Tapi kata kebanyakkan mereka,: Doc,Kami tak ada pilihan lain, kena pilih BN jugak.kalau tak DAP pegang melaka mungkin lagi susah.Itu yang mereka risaukan.Saya fahami mereka.
Jika mereka risau tentang PAS mungkin boleh saya perjelaskan tetapi bila mereka risau DAp saya pun tak tahu nak explain macamana.

tokasid said...

Taufiksalimabbas:

terima kasih kerana singgah dan memberi komen.

Ada beberapa perkara yang pak taufik tidak jelas di sini lalu mensedekahkan title iblis laknatullah kepada saya.

Pertama sekali nama saya bukan Rashid.Allahyarham bapa saya tidak pernah memberikan saya nama Rashid.Dalam surat beranak dan Mykad pun bukan rashid nama saya. jika pak taufiksalimabbas membaca posting ini dan komen2 yang kawan2 saya berikan pasti Pak taufik akan tahu nama sebenar saya.

saya telah ziarah beberapa blog yang Pak taufik punyai dan saya dapati pak taufik meminati poetry dan dunia kesufian.Alhamdulillah.

Cuma saya nak tahu di bahagian mana perangai saya yang iblis laknatullah.Tuduhan pak taufik adalah berat sekali dan saya nak tahu apa salah saya yang membolehkan saya di gelar iblis laknatullah. Ada beberapa ciri-ciri dalam Islam sebelum seseorang itu di gelar iblis laknatullah. Salah satu ialah selaguii seseoarng itu tidak mati kita tak boleh panggil mereka laknatullah kerana kita tidak tahu kesudahan mereka nanti. Malah kita juga tidak tahu bagaimana kesudahan kita nanti. Itu hanya ilmu ALLAH Azza Wa Jalla.

tetapi sebagai seorang yang meminati al;am kesufian mungkin pak taufiksalimabbas sudah mencapai maqam yang tinggi sehingga boleh mengetahui saya ni laknatullah tetapi gagal melihat kumpulan yang tidak amanah dengan tanggunjawab masing-masing.

Sebagai insan saya tahu saya akan mati dan akan di adili oleh ALLAH Azza Wa Jalla. saya akan di pertanggungjawabkan dengan apa yang saya lakukan di dunia ini. jika saya memfitnah sesiapa saya tahu orang itu berhak menuntut pembelaan dari ALLAH terhadap saya.

Tetapi saya juga tahu saya berhak mendapat pembelaan dari ALLAH terhadap orang yang memanggil saya iblis laknatullah tanpa alasan-alasan dan dalil-dalil.

terima kasih kerana mengingatkan saya.memang saya pelupa dan perlu di inagtkan.

Saya juga mengambil peluang ini untuk ingatkan pak taufiksalimabbas
jangan mudah gelar orang lain sebagai iblis laknatullah kerana kita jika itu satu fitnah orang itu mungkin akan menuntut pembelaan dari ALLAH. Selagi orang itu tidak kafir,walau sefasik mana sekali dia, ALLAH akan beri keadilan yang setimpal.

ZABS said...

Salam Doc.,
Sungguh menarik balas-berbalas komen antara tuan dan kawan tuan itu.
Saya faham dengan luahan rasa tuan dalam pelbagai isu yang dibangkitkan itu, dan dapat menerimanya apabila diluahkan dalam nada yang agak lembut pula.
Jadi saya bersetuju dengan kawan tuan itu, yang mungkin mengenali peribadi tuan, merasa ada perubahan ketara dalam nada tulisan dan pemilihan perkataan yang tuan guna sekarang. Wallahua'lam.

Anonymous said...

Assalamualaikum sahabat ku Dr. Zulhisham, terima kasih kerana membalas semula....... Kalau macam ni aku pun boleh jadi geng hang...

Tapi sebelum tuu,....inilah jadinya kalau cepat sangat emosi..fikiran dah jadi tak tentu, kawan kita tu... Taufiksalimabas, dia bukannya kata dekat hang tapi dia kata kat tan sri Rashid, pengerusi SPR...tapi yang hang berasa pula apa pasai....Itulah sham, kalau kita tunjuk satu jari kat orang, lima jari tunjuk kat kita balik....so hang pun becareful dan fikir fikirlah....

Nevermind, lets forget it..hari ni friday, i tak kerja dan boleh tulis banyak sikit...actually i selalu juga baca blog2 nii tapi i never reply...except kali nii, itu pun sebab i kenai dgn you sham...dan timbul obligation antara kawan dengan kawan...( sebab i rasa i betui dan u salah dan i dah cakap dengan u, so kalau apa2 jadi dengan u i dah lepas dgn Allah....mungkin juga sebaliknya sebab u mungkin rasa u betui dan i salah)...

Tapi dari segi pendidirian u tuu i sokong cuma dengan tulis dalam blog saja dgn kawan2 u tuu i rasa tak akan jadi apa2..Kita kena fikir, kalau pas perintah pun benda2 koruption, crony, tamak akan tetap jadi juga...so kalau u dok tulis saja, tak buat apa.. apa akan jadi?...termasuk juga dengan kawan2 u sekali...U tengok bila kita pilih calun yang baguih be it in BN or PAS, does it gurantee the fellow will be clean at all time...sham orang nii kalau dah dapat kuasa dan duit macam2 boleh jadi...Jadi aku rasa lebih baik kita declare sokong BN dan kita lawan betui2 supaya depa semua kat atas tuu berubah...Kita dok sebut saja orang nii corruption, orang itu crony tapi adakah kita sendiri tulis surat kepada pihak atasan..mungkin sekali orang tak peduli tapi kalau kita buat 2 , 3 kali dengan bukti nyata dan cc copy kepada semua jabatan dan sultan, siapa yang kat atas tuu tak kecut.. Yang jadi masaalah kita kita cuma dengar dari kawan, kawan dari kawan, kawaqn dari kawan, lepas tu tulis dalam blog, mencarut sini, mencarut sana.....this is not going to work. Aku pun belum sampai ketahap tuu....tapi among my level with my 15 managers under me, aku dah basuh depa dah....kalau depa tak mau dengak itu depa punya pasai sebab aku dah doing my work... Bila kita declare kita ni penyokomg kerajaan dan bertindak it will work better macam juga kalau state tak ngam dgn federal siapa nak bagi fund dengan mudah..it is simple,itu dah jadi lumrah...kalau aku jadi PM pun aku tak bagi, kalau dia tak sehaluan dengan kita...alah dengan anak2 kita pun kita tak boleh 100% perfect.. So kalau kita dah tahu sistem dah macam tuu buat apa kita nak head on...kita cari lah jalan lain....after all u tengok, banyak kementerian dah berubah sekarang sekarang nii..walau pun masih ada lagi head of department yang buat silap....org baik hari nii, mungkin besok berubah (so this process not going to end)

Aku pun fikir2 nak tolong orang susah juga...contohnya kalau peruntukan 250 million RM TTI pulau wan man diconvert dan buat rumah murah and then bagi kepada orang2 susah...adakah itu akan membuatkan orang itu senang atau pun kita mengajar dia menjadi lebih malas and kesudahannya, letrik tak bayar, air tak bayar dan masih hidup merempat...itu aku tak tahu dan aku pun nak tanya hang....main dengan orang ni susah sikit...

You tengok zaman Dr.M, siapa yang berusaha gigih dia berjaya, dan siapa malas akan ketinggalan...tapi hakikatnya yang ketinggalan itu pun rakyat malaysia juga....dan ada yang miskin kedana...kadang2 aku pun kesian juga jika dibandingkan dengan hidup kita nii...tapi nak buat macam mana....gamaknya itu sebab kita kena keluar zakat untuk bagi kepada mereka2 yang memerlukan..

So sham, kita golongan yang ada tanggungjawab sendiri....dan how best to fulfill our life tu terpulang lah dgn cara masing2.

Pasai Tn Guru D Nik Aziz, aku tak nafikan dia memang tok Guru, dan kita tak boleh kata dia salah sebab mungkin exposure dia setakat itu...Tapi aku lebih suka kalau at his level fikir fikirkan bagaimana cara untuk berdakwah kepada Presiden Bush......?He must prepare himself before doing so, kalau setakat cara sekarang nak pi jumpa pun rasa2 tak boleh..Tak tau lah sham, Allah yang tahu segala-galanya.......

Ok Sham, lagi satu aku nak habaq kat hang.....kita selalu rasa kita ni sorang saja yang betui, aku kata ni kat diri aku juga.....so kalau buat sesuatu kita selalu rasa orang akan ikut kita...jadi macam mana kita nak atasi masaalah ini........Contohnya pilihanraya, kita rasa kita akan menang, tiba2 kalah dan kita mula tuduh orang lain tak betul..jadi mcm mana? Mcm juga kat Terengganu nii, anything can happens....kalau Pas menang i punya post pun silap2 akan terbang juga....tapi kalau kita dah prepare benda2 macam tuu i rasa tak lah teruk juga untuk dihadapi. dan harap2 boleh terima keadaan....therefore kes2 dakwat, time mengundi, technical reasons taklah sangat i ambik kira.......
and for me not so important..Tapi hakikatnya kalau rakyat dah tak suka hang buat mcm mana pun tak akan menang punya.....betui tak?

So aku berenti kat sini dulu, aku mintak maaf kalau ada yg silap.Selamat mengundi dan Assalamualaikum.....& TQ.
(... Teringat bila hari minggu masa kat KSAH, kita ramai2 pi tengok wayang kungfu cina kat alok setar...kah,kah..)

Anonymous said...

Salam perjuangan pada rakyat Malaysia!

Tuan yang empunya blog,
Sebelum saya teruskan posting saya ini, terlebih dahulu saya memohon ampun dari tuan atas kelalaian saya yang membuat tuan menyangka yang kata2 saya tempoh hari itu ditujukan kepada tuan. Ma'af, beribu2 ma'af. Langsung saya tidak berniat demikian.
(Rupa2nya, saya ni tersalah blog)

Kata2 itu sebenarnya ialah untuk Abdul Rashid Abdul Rahman, pengerusi SPR, yang sejak kebelakangan ini sangat2 mengganggu kesihatan saya (B.P. naik hingga 240/180) dengan tingkah lakunya yang tidak mengambil kira faktor Allah dalam hidupnya. Nampaknya dia ni sangat2 tekad untuk menghancurkan elemen2 Islam yang ada pada kita hari ini, sebab itulah saya tergamak memanggilnya Iblis laknatullah.

Kita ni, umat Islam, dalam percaturan kita hari2an, kenalah mengambil kira keredha'an Allah, bukan buat sesuka hati kita atau orang atasan. Yang paling penting tingkah-laku kita itu mestilah memberi manfa'at kepada manusia sejagat, bukan untuk orang2 tertentu saja.

Perbuatan saya memanggil dia ni Iblis Laknatullah bukanlah dibuat secara spontan ("spur of the moment") tapi saya telah memikirkannya masak2 dan membuat solat isytiharah sebelum menulisnya di dalam blog tuan. Tujuan saya pun bukan nak menghina, tapi hanya untuk mengejutkan dan mengingatkan kita yang lalai.

Saya bukanlah manusia yang hebat, hanya insan yang selalu ingat kepada tanggung jawab sebagai kalifah di dunia yang fana ini. Saya sangat2 berharap dapat pengampunan dari tuan dan dari Allah atas kesilapan saya itu.

Do'a: "Ya Allah, pada hari pertembungan antara puak yang mempertahankan hak2 rakyat dengan puak yang munafiq, berikanlah kemenangan kepada pihak yang Engkau redha'i. Amin." (Saya ni suka berdoa dalam bahasa yang Allah faham dan yang saya faham - ia itu bahasa hati.)

Sekian, wassalam.

tokasid said...

Pak zabs:

Jazakallah khair pak.
Blantant manipulations and lies made me harsh with words during this period. You would have noted most of my words are not like this. InsyaALLAh when things cool off I'll be back to my normal self.

tokasid said...

Salam Omaq:

Just for your info, sejak di UM aku di panggil Tok Rashid oleh seorang sahabat dari Sg Petani(Sg Pasiaq) kerana dia tengok muka aku nak sama dengan kawan dia di TI Penang( sama tempat dgn kawan kita usahawan berjaya Amran Aziz). Sejak itu ramai panggil aku Tok Rashid atau Tokasid(nama blog) dan ada yang panggil aku Rashid saja. Setengah tu bila tau nama IC aku depa tak kenai langsung. So to many kawan2 sejak 1980 aku di panggil dgn nama Tok rashid,Tokasid atau rashid.

jadi bila Pak taufiksalimabbas kata Rashid iblis laknatullah....aku tak tahu samada dia kata kat Rashid SPR atau aku. Jadi sebab aku anggap dia ingat nama aku Rashid aku ingat dia kata kat aku.tapi aku tak terasa hati atau marah kat dia sebab InsyaALLAH aku tak berperangai iblis laknatullah walaupun banyakali juga desakkan iblis suruh buat benda2 yang ALLAH murka.Setakat ni Alhamdulillah aku masih dapat bertahan.
Aku jawab kat dia bukan sebab aku emosi atau terasa hati, cuma yang aku belajar dari Dr Asri selagi seseorang insan itu belum mati walaupun dia jahat dan kafir kita tak bleh panggil dia laknatullah sebab kita tak tahu kesudahan dia lagu mana. Dia mungkin di saat akhir sebelum pintu taubat tertutup ALLAh berikan hidayah dan mendapat iman. jadi aku cuma tanya Pak taufiksalam abbas apa ciri-ciriyang dia kata iblis laknatullah. Kalau dia tujukan pada Tan Sri Rashid SPR sekali pun, aku tak setuju. Walau pada aku Tan Sri Rashid banyak buat kesalahan dan kurang amanah, aku tak tahu apa sebab dia buat begitu.Adakah kerana dia dengan rela buat begitu atau kerana tekanan atau apa saja.

As for orang yang punyai kuasa menyalahgunakan kuasa,corrupt dan sebagainya, aku tak condone perbuatan itu. Tak kira samada orang tu dari BN atau PAS atau PKR.Perkara salah tetap salah tak kira sapa yang buat. Kalau PAS menang aku akan berdoa agar depa yang buat benda tak amanah macam tu.Kalau depa pun macam tu juga, then I will not give my support to them anymore. Aku maklum akan ada sorang dua yg buat lagu tu tetapi parti masing2 kena handle dan pastikan tindakan di ambil terhadap orang2 yang begini. Parti2 tak boleh biarkan kebobrokan ini dilakukan. Jika pucuk pimpinan parti nak cover orang2 begini maka aku tidak akan melibatkan diri dan aku akan kritik seperti mana aku kritik BN sekarang.

Cubaan nak ubah UMNO atau BN dari dalam dah lama ramai yang cuba tapi malangnya semua yang cuba kecundang dan di cantas( ada kawan yg jadi YB di Johor cuba nak buat perubahan di peringkat bahagian di sana...tak sampai sepenggal kena reject). Tapi aku harap dapat satu masa nanti akan ada karakter dalam UMNO yang boleh ubah UMNo agar dapat di hapuskan sifat kerakusan yang ada sekarang. tapi kerana buat masa sekarang aku tak nampak perkara itu akan berlaku,aku akan tetap dengan parti yang menyediakan wadah dan fikrah yang senada dengan ilnu yang aku ada ni(walaupun ada perkara yang aku tak setuju).

sampingan:
Masa kenuri rumah ustaz mehat, reyuh bila Krimugem dok buka cerita pasai zaman hostel dulu. Kebanyakan kawan2 kita wajah tak berubah.yang berubah cuma saiz badan,pakat perut buncit. Ada yang dah kepala botak(Li Kentut dan Wan 90)).Jamaludin balin pun ada ,dia la ni di Aloq Staq.Tu lah first time aku jumpa kawan2 kita secara ramai-ramai sejak keluaq sekolah dulu.Ustaz Mehat nampak masih kuat dan cergas lagu dulu jugak.

Wassalam.

tokasid said...

Salam Pak taufiksalimabbas:

Pak, sebenarnya saya tak terasa hati dengan ungkapan itu. Mungkin saya salah faham kerana walaupun nama saya bukan Rashid, tetapi sejak di Universiti saya di gelar Tok Rashid atau Tokasid dan ada kawan2 yang memang sangka nama saya Rashid. jadi sebab itu saya anggap ungkapan itu di tujukan pada saya. Saya pun mohon maaf kerana tersalah anggap. Walaubagaimanapun sememangnya saya tidak berkecil hati pak.

Saya juga ingin nyatakan di sini saya tidak setuju pak taufik panggil Tan Sri rashid begitu, walau pun banyak perkara yang dia dan SPR lakukan kita pandang sebagai tidak amanah dan tidak adil. walaupun semangat kita nak tegakkan Islam sebaik mungkin tinggi, tetapi ada beberapa hal yang kita tak boleh buat antaranya gelaran laknatullah. It hanya hak ALLAh nak laknatkan sesiapa bukan kita. kita cuma boleh kata orang yang berbuat begini-begini mempunyai ciri-ciri sesuatu( sebab begitulah yang Qur'an gambarkan). saya harap saya dan Pak taufik akan berhati-hati. saya faham adakala emosi kita menjuruskan kita berkasar. walaupun kita telah fikir panjang dan menulis dalam keadaan tenang,sedikit sebanyak emosi kita akan pengaruhi.
Saya faham ramai yang boleh terima kritikan jika kita tidak harsh. Tetapi al-Quran pun adakala harsh dan adakala berlembut. Saya akan berbuat demikian juga selagi saya tidak melampaui batsan agama,InsyaALLAH.

Pak taufik, saya terharu bila ada insan yang sayangkan agama ( saya baca blog2 pak taufik dan pak taufik banyak qoute dari al-Quran dan hadith sahih).ramai yang kata mereka jugak sayangkan agama. Tapi bila saya tengok blog2 pak taufik saya tahu ak taufik memang sayangkan agama( sebab itu saya terkejut bila pak guna iblis laknatullah). Kita cuba perjuangkan apa yang ALLAh kehendaki dari kita sebagai hambaNYA berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah.

tentang hal salah faham kita jangan lah pak taufik gundah atau risau.Saya memang tidak terasa hati.Tidak ada apa yg perlu saya maafkan sebab saya tidak anggap itu satu hinaan kepada saya.

Semoga ALLAh sentiasa berikan hidayah dan taufik kepada kita dan sentiasa di redhai perbuatan baik kita dan di ampuni kesilapan kita.Semoga nyawa kita bila di cabut nanti di atas landasan iman.
Ameen Ya Rabb.

Assalamu'alaikum.

Anonymous said...

As 'kum Doc,

Alhamdhulillah, saya baru selesai bermunajat pada Allah sebentar tadi memohon limpah kurnia Nya membantu supaya kita yang berjuang di atas landasan Nya mendapat kemenangan. Sempat juga saya selitkan permohonan supaya terbuka hati Doc untuk mema'afkan kesilapan saya terhadap Doc. Rupa2nya, apabila saya masuk balik ke ruang Doc ini saya dapati doa saya itu telah pun dikabulkan dengan pantasnya kerana Doc sudah pun mema'afkan saya. Alhamdhulillah!

Saya anggap ini suatu petanda yang baik hajat saya yang besar itu juga akan dikabulkan "Fa'alul lima yurid" - 'Yang berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya' (Al Buruj, 85:16)

Doc, ma'af sekali lagi, saya terpaksa berundur sebentar kerana ada tanggung jawab sebagai rakyat Malaysia yang perlu saya tangani hari ini. (Hidup ini, selalu kena multi-tasking.) Saya dan keluarga, insya Allah, akan menyumbang lima undi.

Semoga panjang umur dapat bersua lagi.

Wassalam.